Saturday, May 8, 2010
MOTIVASI : TUMPUAN KETIKA GURU MENGAJAR
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Hari ini saya ingin kongsikan satu petua belajar yang sangat berkesan iaitu "TUMPUAN KETIKA GURU MENGAJAR".
Pelajar sekalian,
Mengikut pakar-pakar psikologi, tumpuan sangat penting ketika guru sedang memberikan pengajaran di kelas. Malah, keberkesanannya lebih daripada kita MENYALIN NOTA 10 KALI jika kita tidak hadir ketika itu.
Atas sebab itulah, saya nasihatkan pelajar agar jangan sekali-kali keluar kelas ketika guru mengajar (kecuali atas sebab tertentu), kerana asas keberkatan belajar bermula dari penerangan guru.
Justeru, kita mesti :
1. Hadapkan wajah ke arah guru yang sedang mengajar.
2. Simpan semua hal yang tidak berkaitan dengan subjek berkenaan, contoh simpan dulu buku lain jika guru Sejarah sedang mengajar.
3. Angkat tangan jika ingin bertanya.
4. Jangan bersembang dengan rakan-rakan ketika guru mengajar.
5. Catat isi-isi penting atau soalan-2jika ingin bertanya selepas itu.
6. Jangan malu bertanya selepas proses P & P.
Pepatah mengatakan : "Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut"
Contohilah seorang pelajar terbaik Malaysia dalam STPM (gambar atas)yang mengamalkan konsep TUMPUAN, iaitu Wan Roslina bt Ahmad
sekian dari,
Cikgu Yasmin ibn Hashim Al-Kelantani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment