Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 9, 2010
PANIK DALAM PEPERIKSAAN?

MENGATASI PANIK DALAM PEPERIKSAAN
1. Berhenti sekejap menjawab soalan.
2. Guna teknik duduk.
3. Pejamkan mata.
4. Lakukan senaman nafas (tarik nafas dan hembus).
5. Tumpu fikiran dan tenaga tersembunyi.
6. Letakkan kedua-dua tapak tangan ke hidung dan mulut.
7. Bernafas.
8. Ulang langkah 6 dan 7 beberapa kali.
9. Tumpu fikiran bagi otot muka, tengkuk dan tangan.
10. Selawat dan baca tasbih Nabi Yunus
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
a. Nyatakan lima (5) isi penting Persekutuan Tanah melayu 1957 (Buku Teks hlm. 127)
i. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
ii. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
iii. Melalui senarai persekutuan dan senarai negeri
iv. Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara
v.Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuatkuasa undang-undang permohonan dan naturalisasi
vi. Prinsip jus soli diterima
vi.Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
viii.Agama Islam sebagai agama Persekutuan
ixTanah simpanan Melayu dikekalkan
x. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
xi. Yang Di Pertuan Agung menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran
b.Senaraikan lima (5) kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
i. Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk dengan konsep Raja Berperlembagaan
ii. Wujudkan perpaduan yang jitu dan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
iii. Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
iv. Peluang kepada penduduk tempatan mentadbir negara mengikut acuan sendiri
v.Setiap kaum bersatu membentuk identiti masyarakat yang merdeka.
vi. Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan kaum diketepikan
c. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan keharmonian negara?
i. Bersikap toleransi antara kaum
ii. Hidup bersatu padu ke arah memajukan negara
iii. Mana-mana isi yang munasabah

Sunday, August 8, 2010
TAMADUN MESIR PURBA
Sampel Soalan (esei)
Soalan A
Jelaskan lokasi Tamadun Mesir Purba (hlm. 17) - 4 markah
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterrenean. (1 m) Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. (1 m) Sungai Nil ini berpunca dari daripada dua anak sungai, (1 m) iaitu Sungai Nil Biru (1 m) yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia (1 m) dan Sungai Nil Putih (1 m) yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda (1 m).
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. (1 m) Selain itu, tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. ( 1m)
Soalan B
Huraikan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba. - 5 markah
Dalam Tamadun Mesir Purba, pendidikan hanya dikhususkan kepada kanak-kanak dari keluarga atasan. (1 m) Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. (1 m) Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat (1 m) dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. (1 m)
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan ( 1m ) terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih (1 m). Ilmu geometri (1 m), matematik (1 m) dan sains diajar (1 m) bagi melahirkan golongan yang terlatih (1 m) yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian (1 m), pengawalan air Sungai Nil (1 m) serta pembinaan bangunan dan piramid (1 m).
Soalan C
Huraikan empat kejayaan yang telah dicapai oleh Tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. (6 markah)
Tamadun Mesir telah berjaya melahirkan pengamal perubatan (1 m). Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat (1 m) dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat (1 m). Mereka juga maju dalam proses memumiakan mayat (1 m). Tahap keilmuan mereka yang maju dalam bidang fizik (1 m), kimia (1 m), perubatan (1 m) dan pembedahan (1 m) memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga kini. (1 m)

Thursday, August 5, 2010
Pelindung Dua Bandar Suci
Sultan Selim 1 : berjaya menguasai Akkah dan Madinah pada tahun 1517. Beliau menggunakan gelaran ’ Pelindung Dua Bandar Suci”
Maksud Dua Bandar Suci ialah :
1. Makkah
2. Madinah
Maksud Dua Bandar Suci ialah :
1. Makkah
2. Madinah
INTISARI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
Contoh Soalan : Huraikan empat intisari kandungan Piagam Madinah (12 markah)
Panduan : Soalan jenis tertutup ini memerlukan calon memasukkan empat intisari dan perlu dimasukkan Fakta (F), Huraian (H) dan Contoh (C). Ini bermakna setiap satu isi merangkumi 3 markah.
Contoh jawapan :
Dari segi politik, Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah. Baginda bertindak sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
Dari sudut agama, masyarakat di Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Selain itu, dari segi sosial, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah. Mereka mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dtuntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
• Catatan : Isi kelima boleh ditulis tetapi tidak dikira dalam markah kerana telah memenuhi markah maksima 12 markah

Subscribe to:
Posts (Atom)