Monday, February 4, 2013
TAMADUN MESIR PURBA
Sampel Soalan (esei)
Soalan A
Jelaskan lokasi Tamadun Mesir Purba (hlm. 17) - 4 markah
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterrenean. (1 m) Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. (1 m) Sungai Nil ini berpunca dari daripada dua anak sungai, (1 m) iaitu Sungai Nil Biru (1 m) yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia (1 m) dan Sungai Nil Putih (1 m) yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda (1 m).
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. (1 m) Selain itu, tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. ( 1m)
Soalan B
Huraikan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba. - 5 markah
Dalam Tamadun Mesir Purba, pendidikan hanya dikhususkan kepada kanak-kanak dari keluarga atasan. (1 m) Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. (1 m) Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat (1 m) dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. (1 m)
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan ( 1m ) terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih (1 m). Ilmu geometri (1 m), matematik (1 m) dan sains diajar (1 m) bagi melahirkan golongan yang terlatih (1 m) yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian (1 m), pengawalan air Sungai Nil (1 m) serta pembinaan bangunan dan piramid (1 m).
Soalan C
Huraikan empat kejayaan yang telah dicapai oleh Tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. (6 markah)
Tamadun Mesir telah berjaya melahirkan pengamal perubatan (1 m). Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat (1 m) dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat (1 m). Mereka juga maju dalam proses memumiakan mayat (1 m). Tahap keilmuan mereka yang maju dalam bidang fizik (1 m), kimia (1 m), perubatan (1 m) dan pembedahan (1 m) memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga kini. (1 m)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment