Sunday, August 5, 2012

FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

a)Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu (8 markah) Faktor pertama ialah pengenalan system politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik tradisional. Ini kerana residen telah menggantikan pembesar tradisional. Perubahan sebegini telah mencabar amalan dan tradisi orang tempatan. Selain itu, pendudukan Jepun turut membangkitkan nasionalisme. Slogan Asia Untuk Asia telah menarik perhatian masyarakat yang terpedaya dengan janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan. Akan tetapi kesengsaraan semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat. Gerakan Pan-Islamisme sedunia juga turut menyumbang kebangkitan nasionalisme. Syeikh Muhammad Abduh telah memulakan gerakan itu sekaligus berjaya membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam. Konflik perkauman yang timbul akibat penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari turut membangkitkan semangat. b) Jelaskan perjuangan gerakan Islah (6 markah) Golongan ini berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam iaitu kembali kepada ajaran Quran dan hadis. Antara tokoh Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin dan Syeid Sheikh al-Hadi. Mereka juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka turut menerbitkan majalah seperti al-Imam dan Pengasuh. Kaum Muda ini mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu. Mereka juga menubuhkan beberapa madrasah yang menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat. Mereka juga member peluang kepada kaum wanita mendapatkan pendidikan. Malangnya mereka ditentang hebat oleh Kaum Tua dan hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat sahaja. c)Andaikan anda menjadi Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menjadikan persatuan tersebut sebuah persatuan yang paling berjaya di sekolah anda? Saya akan mewujudkan suatu perlembagaan yang jelas demi kebaikan persatuan. Selain itu, saya akan mewujudkan misi dan visi yang spesifik serta membuat perancangan yang baik. Saya juga akan membina kerjasama yang baik dengan seluruh persatuan di sekolah saya, di samping mengenakan yuran berpatutan demi kebaikan ahli. Akan tetapi, jika terdapat ahli yang tidak memberikan kerjasama saya akan mengenakan hukuman yang sewajarnya. Saya juga akan menerbitkan buletin persatuan sebagai salah satu aktiviti.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

a) Huraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia (8 markah) Faktor pertama ialah sebab keselamatan. Lee Kuan Yew bimbang ancaman komunis di Singapura yang boleh mengancam kedudukannya. Ini kerana Barisan Sosialis telah memenangi pilihanraya kecil Hong Lim yang dianggap sebagai parti yang berhaluan kiri. Bagi Lee Kuan Yew, pembentukan Malaysia penting kerana Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam menghadapi komunis semasa darurat. Selain itu, pembentukan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan beberapa buah wilayah seperti Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam perhimpunan agung PBB, timbul usul agar diberi kemerdekaan kepada tenaga di tanah jajahan. Lagipun, pembentukan Malaysia juga akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas kerana Tanah Melayu kaya dengan dengan getah dan bijih timah, Sabah kaya dengan balak dan Brunei kaya dengan petroleum. b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah) Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan idea pembetukan Malaysia dalam majlis makan tengah hari di Singapura. Selepas itu, Tunku telah melawat Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan matlamat penubuhan Malaysia. Rundingan telah dilakukan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. JPPK juga menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia di samping turut mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Singapura. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan yang disertai oleh dua orang tokoh tempatan seperti Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasilnya, satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Gagasan Malaysia ini ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina . c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda boleh mengekalkan kemerdekaan negara kita? (4 markah) Generasi muda perlu belajar bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu ICT di samping terus mengekalkan keamanan negara. Kita juga perlu menghormati budaya kaum lain

PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM KE MADINAH (622 M)

PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM KE MADINAH (622 M) a. Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah? (4 markah) Hijrah bermaksud berpindah. Dalam pengertian tamadun Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah bertujuan mengukuhkan kedudukan Islam. Hijrah juga membawa maksud semangat ingin berubah sikap, dan cara berfikir di samping sebagai strategi baru menyebarkan Islam. b. Berikan hujah untuk menolak dakwaan orientalis Barat yang menuduh hijrah sebagai suatu pelarian. (4 markah) Orientalis Barat telah menuduh hijrah sebagai suatu pelarian, bermaksud Nabi Muhammad dan umat Islam takut kepada orang Quraisy, ibarat melukut di tepi gantang. Hujah pertama di bawah kata kunci “jemputan”. Penghijrahan umat Islam kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjian Aqabah Kedua. Hujah kedua, ketibaan umat Islam Makkah ke Madinah juga disambut dengan rela dan meriahnya oleh penduduk Madinah. Ketiga, orang Islam Makkah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka. Hujah keempat, nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah. Malah penghijrahan itu adalah atas perintah Allah. Tegasnya, hujah-hujah ini sekaligus mematahkan hujah barisan pembangkang yang mendakwa hijrah itu suatu pelarian. c. Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam. (8 markah) Melalui hijrah, dakwah Islamiah dapat dilakukan secara aman dan dilakukan secara terbuka tanpa berselindung lagi. Dengan hijrah, terjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan suku Arab Madinah. Nabi telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah dan Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan. Lebih hebat lagi, mereka diberi modal berniaga, tempat tinggal dan jaminan keselamatan. Selain itu, hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Hijrah juga berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj sekaligus melahirkan kehidupan harmoni di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membina Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat ibadat, belajar dan membincangkan masalah. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada madinah yang bermaksud kota bercahaya. Ini telah menjadikan Madinah menjadi pusat tamadun Islam. Dengan hijrah juga wujud penggunaan takwim Islam mengikut kiraan tahun hijrah yang digunakan secara rasmi oleh Khalifah Umar. Yang lebih penting, hijrah telah merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua negara. d. Sebagai pelajar, bagaimanakah hijrah dapat dijadikan amalan untuk meningkatkan kecemerlangan diri? (4 markah) Sebagai pelajar, kita perlu berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin. Kita juga perlu strategi belajar yang berkesan dan terancang untuk mencipta kejayaan. Kita juga perlu membuang sifat nakal agar menjadi murid yang baik. Kita juga perlu belajar menepati masa dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencipta kejayaan.

TAJUK PENTING SPM 2012

Tingkatan 4 1. Ciri-Ciri Tamadun & Tamadun Hwangho 2. Sistem Pendidikan dalam Tamadun Yunani, Rom, India dan China 3. Kedatangan agama Hindu Buddha ke Asia Tenggara & pengaruh Hindu Buddha dalam aspek pemerintahan dan kesenian 4. Perjanjian Aqabah & Hijrah 5. Kerajaan Abbasiyah 6. Zaman Gelap 7. Kesan-Kesan Dasar Ekonomi British - Sistem Pendidikan Vernakular Tingkatan 5 1. Faktor Pemangkin Nasionalisme 2. Gerakan Islah 3. Warisan Negeri-Negeri Melayu - Kelantan : Sistem Jemaah Menteri & Negeri Sembilan : Prinsip Demokrasi 4. Pergerakan Politik di Sarawak & Sabah 5. Suruhanjaya Reid & Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 6. Pembentukan Malaysia & Suruhanjaya Cobbold 7. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan 8. Wawasan 2020 9. Perang Dunia Pertama

Sunday, February 26, 2012

SKEMA SEJARAH TINGKATAN 4 UJIAN 1 2012

Bahagian B
Soalan 1
a) X – Tamadun Indus
Y – Tamadun Mesir Purba

b) X – Sungai Indus
Y – Sungai Nil

c) i. Tanah subur untuk pertanian
ii. Kemudahan bekalan air
iii. Kemudahan bekalan makanan
iv. Kemudahan perhubungan
v. Kemudahan pengangkutan

d) i. Hukuman denda kepada orang yang mengotorkan sungai
ii. Mengadakan gotong royong membersihkan sungai
iii.Mengadakan aktiviti sukan air
iv.Mengawal sisa toksik daripada dibuang ke dalam sungai
(mana-mana isi yang munasabah)

Soalan 2
a) i. Parsi
ii. Mesir
iii. Turkistan
iv. Samarkand

b) i. Kematian Alexander the Great
ii. Kemunculan Empayar Rom

c) i. Tidak menekankan kekuatan tentera
ii. Menekankan dasar lebih lembut
iii. Menekankan dasar terbuka
iv. Penekanan kepada penyebaran agama Buddha

d) i. Mengakibatkan dunia huru-hara
ii. Setiap negara ada hak untuk menentukan hala tuju sendiri
iii. Setiap negara mempunyai kedaulatan
iv. Semua agama tidak menggalakkan umatnya menceroboh hak orang lain
(mana-mana isi yang munasabah)


Bahagian C
Soalan 1
a) Maksud tamadun
Pandangan Barat
F1 pembangunan lahiriah
F2 hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
F3 Gordon Childe menegaskan pencapaian lahiriah sebagai kayu ukur kemajuan tamadun
F4 Darcy Riberio dan R. A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun ( maks : 2 markah)

Pandangan Islam
F1 pembangunan lahiriah dan rohaniah
F2 Ibn Khaldun menganggap kehidupan bandar terbentuk hasil daripada semangat assabiyah, bekerjasama dan saling membantu.
F3 Syed Mohd Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi
F4 dan kebudayaan yang luhur ( maks : 2 markah)

b) Ciri-ciri tamadun :
F1 Petempatan kekal
H1a corak hidup bersistematik
H1b kemajuan pertanian tanam / simpan
H1c Alatan mencangkul dan teknologi pengairan
H1d Wujud inovasi
H1e Mewujudkan lebihan pengeluaran

F2 Kehidupan berorganisasi
H2a mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka
H2b perimgkat awal, wujud pada tahap paling ringkas, iaitu sistem keluarga
H2c Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi
H2d membawa kepada proses pembahagian masyarakat lebih kompleks.
H2e berbentuk pirami dan bersusun lapis
H2f lapisan paling atas : bangsawan
H2g lapisan kedua : pembesar
H2h lapisan ketiga : rakyat biasa
H2i lapisan keempat : hamba

F3 Sistem pemerintahan
H3a pemimpin @ raja guna unsur magis
H3b mendakwa diri sebagai tuhan
H3c membawa kelahiran sistem perundangan
H3d menjadi panduan kepada masyarakat
H3e demi menjaga keamanan dan kemakmuran

F4 Pengkhususan kerja
H4a menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
H4b barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
H4c menghasilkan sistem barter
H4d titik permulaan bagi aktiviti perdagangan
H4e berlaku pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya
H4f hubungan dengan tamadun luar

F5 Agama dan kepercayaan
H5a berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap pemerintah
H5b pembahagian sosial masyarakat
H5c perkembangan ilmu pengetahuan
H5d kesenian
H5e pembinaan
H5f manusia cuba memahami dan menyesuaikankehidupan dengan alam sekeliling
H5g alam sekitar seperti pokok, batu, matahari dan laut
H5h kuassa ghaib
H5i animisme
H5j secara evolusi bertukar jadi agama
H5k politeisme

F6 Bahasa dan tulisan
H6a bahasa tertua – Yunani dan Sanskrit
H6b hieroglif, cuneiform, ideogram
H6c main peranan dalam penyebaran ilmu pengetahuan / perhubungan
H6d urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan
H6e intsrumen paling penting utk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatat idea & pemikiran Maks : 8 markah



c) Tamadun Awal bermula di lembah sungai :
F1 kesuburan tanah
F2 sesuai untuk pertanian
F3 kemudahan pengangkutan
F4 kemudahan perhubungan
F5 bekalan air
F6 bekalan makanan
Maks : 4 markah
d) Punca kemerosotan sesebuah tamadun :
F1 kezaliman pemerintah
F2 bencana alam
F3 pemberontakan rakyat
F4 serangan dari musuh-musuh
F5 kepincangan masyarakat
F6 perpecahan rakyat
(Mana-mana idea yang munasabah diterima)

Maks : 4 markah

Soalan 2
a) Perbezaan demokrasi di Athens dengan Malaysia :
Athens
F1 Berbentuk penyertaan secara langsung
F2 Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian
F3 Berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan

Malaysia
F1 Berbentuk penyertaan secara tidak langsung
F2 Demokrasi berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya
F3 Wakil ini yang mengganggotai Dewan Rakyat

Maks : 4 markah
b) Ciri-ciri sistem pemerintahan republik di Rom :
F1 Tiada pemerintah berkuasa mutlak
F2 Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul
F3 Konsul ini dilantik oleh Dewan Senat
F4 Kedua-dua konsul mempunyai kuasa yang sama
F5 Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan
F6 Membiincangkan hal-hal pentadbiran negara
F7 Merangka perundangan
F8 Sebelum seseorang ahli dilantik sebagai konsul, beliau dikenali sebagai praetor / pemrintah tentera
F9 Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom
F10 Keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan


Maks : 8 markah

c) Undang-undang yang digunakan dalam tamadun Rom :
F1 Berbentuk undang-undang bertulis
F2 Merupakan undang-undang Rom pertama
F3 Kekal selama 400 tahun
F4 Hukum Kanun Dua Belas dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas
F5 Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
F6 Undang-undang awal lahir pada zaman Republik
F7 Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan, membukukan undang-undang yang rumit
F8 Lahir Kod Undang-Undang Rom 527 M
F9 Dikenali Undan-Undang Justinian
F10 Terdiri drp 3 cabang iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural
F11 Semua manusia sama di sisi undang-undang
F12 Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
F13 Keadilan terhadap setiap individu
F14 Berasaskan bukti yang cukup
F15 Menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.


Maks : 6 markah

d) Undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan :
F1 Mencegah jenayah
F2 Menjadi hukuman kepada pesalah
F3 Pengajaran kepada semua masyarakat
F4 Memastikan keamanan negara
* Mana-mana isi yang munasabah
Maks : 2 markah





Disediakan oleh :
Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin
SMK St. Teresa
27.02. 2012

BEBERAPA PEDOMAN MENGATASI KELETIHAN BELAJAR

1. Minum setengah gelas air bersih setiap 15 minit sekali. Jangan minum air berais atau bergas. Pengisian badan dengan air membolehkan sistem limfa teraktif dan mengeluarkan toksin, termasuk asid laktik yang menjadi penyebab utama anda terasa letih atau mengantuk.
2. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali : bernafas dalam kiraan 1, 2 ; tahan hingga 2 ...saat dan hembuskan nafas sehingga kiraan 1, 2, 3, 4. Lakukan latihan bernafas sewaktu duduk tegak ataupun berdiri. Latihan ini akan memaksa tekanan udara mengarah ke dinding peparu. Darah mendapat udara dan memindahkan oksigen ke otak anda menyebabkan anda terasa jaga.
3. Lakukan 10 kali gerakan mendepangkan dan mengecilkan dada atau berlari setempat selama 30 saat. Tambahkan denyutan nadi anda dengan menyempitkan dan melebarkan otot-otot anda.
4. Dongakkan kepala ke arah syiling sambil menarik nafas setiap sepuluh minit. Lakukan begini semasa duduk membaca atau semasa duduk mendengar guru sedang me ngajar. Anda boleh juga menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan selepas setiap 20 minit.
5. Picu kelanjar adrenal anda. Ada satu tempat pada tapak tangan anda yang apabila digosok sehingga 30 saat akan mengepam adrenalin ke dalam sistem anda. Gosok tempat ini apabila

TAMADUN HWANG HO

Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
• Golongan raja
• Golongan Pembesar
• Golongan artisan
• Golongan Tentera
• Golongan Petani
• Golongan Hamba
( 2 markah )

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.
• Animisme
• Politeisme
• Penyembahan roh nenek moyang
• Menyembah tuhan syurga/Shang-ti/tuhan bumi/Tu
• Menyembah sungai/bukit/gunung
• Menilik nasib menggunakan tulang oracle
( 2 markah )

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam
• dan musim menuai
• Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian
( 2 markah )

(d) Senaraikan dua ciri negara kota anyang dalam tamadun Hwang-Ho.
• Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana/kuil/pusat pentadbiran
• Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
• Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani
( 2 markah )

(e) Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada peradaban manusia.
• Pembinaan sistem pengairan/terusan
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul/sabit
• Penggunaan batas
• Mencipta alat pertanian berasaskan besi
( 2 markah )