Saturday, May 8, 2010

SOALAN PENDAPAT / KBKK



Soalan berbentuk "Pendapat" sebenarnya mudah dijawab dan hanya memerlukan sedikit idea / pemikiran calon.
Dalam SPM, soalan bentuk pendapat diajukan dalam kata kunci seperti "Pada pendapat anda," "Sekiranya anda hidup pada zaman tersebut," atau seumpamanya..
Biasanya soalan KBKK ini disoal dalam soalan pecahan terakhir.
Contoh :Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita (4 markah)
Skema :
F1 warisan sejak Kesultanan Melayu Melaka
F2 simbol kedaulatan negara
F3 lambang perpaduan rakyat
F4 payung negara
F5 ketua agama Islam
M1 mana-mana isi yang sesuai

Contoh jawapan :

Pada pendapat saya, kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita kerana ianya merupakan warisan negara sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Selain itu, institusi kesultanan juga menjadi simbol kedaulatan negara kita, di samping merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
Institusi ini juga menjadi payung negara yang menaungi rakyat, malah mengikut perlembagaan, raja merupakan ketua gama Islam. Selain itu juga, institusi raja penting sebagai pendamai jika berlaku perselisihan pendapat di kalangan rakyat atau tokoh-tokoh politik di negara kita.Raja juga penting untuk memastikan perjalanan demokrasi di Malaysia terus terpelihara.
*Perhatian : Isi dua yang terakhir itu berpandukan M1 dan M2, iaitu mana-mana isi yang sesuai.

SOALAN ESEI 'HURAIAN'



Salam sejahtera pelajar-pelajar sekalian,
Hari ini saya kongsikan teknik menjawab soalan esei berkata kuncikan "huraikan".
Soalan berbentuk huraikan memerlukan huraian, dan contoh. Selepas isi utama (F), calon perlu memasukkan huraian (H) dan contoh (C)
(b) Huraikan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam sistem pemerintahan di negeri- negeri Melayu (6 markah)
*Catatan : pelajar perlu ingat, selepas Melaka ditawan Portugis 1511, warisannya berkembang di Johor, Perak dan Pahang. Negeri lain tidak pernah wujud ketika itu
F1 Sistem Pemerintahan di Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
H1a warisan seperti adat istiadat Melayu
H1b agama Islam
H1c bahasa Melayu
F2 Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka
H2a gelaran Sultan
H2b sistem pewarisan takhta
H2c jurai keturunan bapa
F3 Sistem Pembesa Empat Lipatan
H3a seperti diamalkan di Melaka
H3b perbezaan pada gelaran pembesar
H3c perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan
F4 Kitab Undang-Undang
H4a disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka
C4a Undang-Undang Pahang
C4b disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah 1596
6 isi x 1 m = 6 markah

PERANAN BAHASA SANSKRIT


Kata kunci "terangkan" . Pelajar perlu menulis fakta dan membuat huraian beserta contoh untuk mendapat markah penuh.
Kod pemarkahan : F - Fakta, H - Huraian, C - contoh. Setiap 1 isi diberi 1 markah.

Contoh Soalan : Terangkan peranan bahasa Sanskrit dalam kerajaan di Asia Tenggara.
F1Bahasa intelek
H1a Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
F2 Maklumat / catatan
H2a Pada batu bersurat mengandungi maklumat tentang agama / pemerintahan / raja / undang-undang
F3 Menerangkan tentang keturunan raja
H3a Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
F4 Menerangkan tentang ajaran agama
H4a Batu bersurat Sg. Mas berkaitan ajaran Buddha
F5 Bahasa pemerintah / arahan
H5a Batu bersurat yang ditemui mengandungi arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
H5b Arahan raja kepada rakyat dan pembesar
H5c Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja
F6 Bahasa keagamaan
H6a Bahasa Sanskrit digunakan dalam upacara keagamaan / terdapat kitab berkaitan keagamaan
F7 Bahasa komunikasi / perhubungan
H7a Banyak perkataan bahasa Sanskrit kekal dalam Bahasa Melayu
H7b Sesetengah perkataan mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu
F8 Bidang Kesusasteraan
H8a Terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil
H8b Pengaruh kesusasteraan dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa
H8c Cerita lisan / teater / wayang kulit diperolehi oleh cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabrata.

Thursday, May 6, 2010

SKEMA KERTAS 1 TINGKATAN 5

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2010
SKEMA JAWAPAN KERTAS 1
TINGKATAN 5

No Jawapan Muka surat Catatan
1 C 2 Zaman Neolitk
2 C 8 Kesuburan tanah untuk pertanian mewujudkan tamadun awal
3 B 38-39 Ciri-ciri polis : agora, acropolis dan undang-undang sendiri
4 A 51 Kekurangan tanah untuk pertanian – luar kota
5 D 72 Tanah Melayu
6 C 80 Panduan bintang di langit
7 C 88 Memperingati orang ternama & peristiwa penting
8 B 108 Surah al-Alaq : perintah membaca
9 C 174 Kekayaan hasil bumi spt – pertanian logam & hasil hutan
10 B 187 Pesantren – pondok di Jawa
11 A 137 Gesaan bersatu padu & berpegang kpd Islam
12 D 164-165 Tamadun berasaskan pemikiran & agama
13 C 180 Mengurus pedagang dari pelabagi tempat
14 A 175 Tulisan jawi, kesusasteraan & kitab-kitab
15 D 79 Pelabuhan yang mempunyai kemudahan
16 C 215 Renaissance
17 A 218 Gereja Katolik bimbang pemikiran & kedudukan mereka tercabar
18 C 234 Pengingkatan perdgn antarabangsa/kemunculan buruh& majikan
19 A 239 Penstrukturan semula ekonomi, perubahan demografi /
komposisi etnik dan pengenlaan sistem pendidikan Barat
20 A 263 Aktiviti perlombongan
21 C 8 Datu (Barangay) & unit kecil yg tidak bersatu
22 B 15 Menyatukan rakyat tempatan
23 B 19 Penindasan penjajah Belanda & kemunduran rakyat
24 D 17 Negara kecil mampu mengalahkan negara besar
25 B 34 James Brooke menganggap orang Iban lanun
26 C 55 PASPAM – asas kesedaran perpaduan
27 A 58 MPAJA, Force 136 & PKM
28 A 53 Kebebasan / emansipasi wanita
29 C 59 Kekalahan mendadak Jepun
30 C 68 Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
31 A 68 Count Camillo Benso di Cavour
32 C 69 Tipu helah, Provokasi dan Pemalsuan dokumen
33 D 84 Menghalang British drp meluaskan kuasanya
34 D 78 Sistem Pembesar Empat Lipatan
35 C 88 Demokrasi
36 C 95 Ke arah berkerajaan sendiri
37 D 100 Menyokong konsep Melayu Raya
38 D 101 United Malay National Organization
39 D 100 Bantahan secara berterusan
40 A 110 Bercanggah dengan Perlembagaan 1941

Catatan : Soalan 1-20 berdasarkan buku teks ting. 5 dan 21-40 soalan ting. 5

Sunday, May 2, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Bulan Mei merupakan bulan peperiksaan Penggal 1 bagi kebanyakan sekolah di Malaysia. Beberapa tips perlu diamalkan, antaranya :
1. Tidur mencukupi - jangan terlalu 'berjaga' hingga larut malam. Mesti tidur sekurang-kurangya 5 jam sehari.
2. Kesihatan - jaga kesihatan meliputi pemakanan yang seimbang, elakkan memakan makanan ringan seperti mee segera, coklat, air berkarbonat.
3. Ketenangan jiwa - diperolehi melalui solat 5 waktu, solat hajat, berdoa, bertawakal.
4. Doa & restu ibu bapa - keberkatan ibu bapa menjadi senjata tersembunyi di sebalik tabir kejayaan seorang anak.
5. Restu guru - pelajar digalakkan meminta maaf kepada guru dan mendoakan keampunan & hidayah untuk semua guru.

Selamat menduduki peperiksaan penggal pertama..
"Usaha sepahit hempedu akan menghasilkan kejayaan semanis madu."
Dari :
Cikgu Yasmin al-Kelantani.

FIKIRKAN BOLEH



Jika kau fikirkan kau BOLEH
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan (kekalahan)
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
FIKIRKAN BOLEH

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
ENGKAU BOLEH

TEORI KEDATANGAN ISLAM : SEMENANJUNG TANAH ARAB


Pelajar sekalian,
Soalan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara merupakan sub topik yang popular dalam SPM. Pelajar perlu faham, terdapat tiga (3) pendapat yang mengatakan dari mana punca tersebarnya Islam ke Asia Tenggara. Teori pertama ialah mengatakan Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab, iaitu dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Hujah John Crawford:
1.Catatan Cina mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi. Sejak awal lagi pedagang Arab juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi.
2. Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan untuk menunggu perubahan angin monsun
3. Terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.
4. Catatan China mengatakan telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M.
Hujah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas :
1. Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
2. Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahasa Arab.
3. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin.
4. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh / pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail