Sunday, April 27, 2014

PENCAPAIAN NEGARA YANG MEMBANGGAKAN MALAYSIA


Antara pencapaian Malaysia ialah berjaya membina Litar Sepang serta Menara Berkembar Petronas. Selain itu, Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia serta Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Selain itu, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta program Angkasawan Negara dan kejayaan Lee Chong Wei dalam dunia badminton turut menjadi kebanggaan.
Di samping itu, Datin Paduka Sharifah Mazlina yang merentasi Kutub Utara serta pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) turut sama menjadi mercu tanda.
Pencapaian dalam penciptaan kereta nasional turut membanggakan negara, seperti Proton dan Perodua.
Selain itu, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut menaikan nama Malaysia

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN MESIR PURBA


Masyarakat Mesir mendiami Lembah Nil yang menjadi nadi kepada Mesir. Mereka membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian. Selain itu, membina peralatan kawalan air dan terusan dan ini dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.
Mereka juga mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan akhirnya menjadi perkampungan. Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar. Bandar ini kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Semua nome ini disatukan dengan salah sebuah bandar menjadi pusat pentadbiran.

Wednesday, April 23, 2014

SUMBANGAN TAMADUN HWANGHO (TARGET 2014)



SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO


1)      Pengaruh Sistem Pemerintahan China Kuno
2)      Pembinaan Sistem Pengairan
3)      Pembangunan dlm sektor pertanian
4)      Sistem tulisan
5)      Kepercayaan Memuja Nenek Moyang Sejak Dinasti Shang
6)      Konsep Yin & Yang Serta Feng Hsui
7)      Memperkenalkan Sistem Kalendar 30 Hari Sebulan, 360 Hari Setahun
8)      Falsafah Perang Sun Tzu

1)      Pengaruh Sistem Pemerintahan China Kuno
ü  Sistem pemerinthan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
ü  Hanya sedikit perubahan dilakukan -- gelaran “raja” tukar “maharaja”
ü  Konsep anak syurga & mandat dr syurga dikaitkan dgn raja
ü  Amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20

2)      Pembinaan Sistem Pengairan
ü  Pemimpin zaman Shang amat prihtin terhadap pembangunan pertanian
ü  Banyak terusan dibina utk
a)      Mengairkan kws pertania
b)      Mengelakkan banjir
 
3)      Pembangunan dlm sektor pertanian
ü  Kemajuan dlm teknologi pembajakan & penciptaan cangkul & sabit
ü  Petani mula guna batas utk tujuan penanaman
ü  Petani menggantikn alat pertanian drpd kayu dgn besi

4)      Sistem Tulisan
ü  Penggunaan tulisan dlm bidang penulisan & percetakan
ü  Tulisan diajar di sekolah2 di China
ü  Penggunaan tulisan ideogram berkembang penggunaannya oleh orang Korea & Jepun

5)      Kepercayaan Memuja Nenek Moyang Sejak Dinasti Shang
ü  Unsur korban manusia tidak diamalkan lagi & diganti oleh makanan, duit kertas & brgn hiasan

6)      Konsep Yin & Yang Serta Feng Hsui
ü  Kepercayaa ini masih terdapat di masyarakat China
ü  Orang China percaya alam semest & kejdiannya terdiri drpd 2 unsur yg saling melengkapi, iaitu Yin & Yang. Yin ialah kuasa pasif & Yang ialah kuasa aktif
ü  Falsafah alam semesta yg merujuk pd hubungan manusia dgn alam sekitar.





7)      Memperkenalkan Sistem Kalendar 30 Hari Sebulan, 360 Hari Setahun
ü  Raja guna kalendar utk menentukan musim menanam & musim menuai
ü  Kalendar utk menjalankan aktiviti harian spt
a)      Upacara perkahwinan
b)      Perburuan
c)      Pengebumian

8)      Falsafah Perang Sun Tzu
ü  Karyanya “the Art of War” – membicara selok belok perang & cara menangani musuh telah diulang cetak dlm pelbagai bahasa,
ü  kini, falsafah ini diaplikasi sbg taktik dlm urusan perniagaan.