Tuesday, August 21, 2012
BAB 10 TINGKATAN 4
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
Pengenalan.
Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ).
Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka.
Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial.
British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka.
EKONOMI TRADISIONAL.
PENGERTIAN
• Dikenali sebagai ekonomi sara diri
• Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk
untuk tujuan pemasaran.
• Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri
CIRI-CIRI
• kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan
• berskala kecil
• teknologi mudah
• kegunaan keluarga
• lebihan untuk tukaran barangan lain
• dilakukan bersama ahli keluarga
EKONOMI DAGANGAN.
PENGERTIAN
Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.
Pengeluaran
o dalam skala besar
o tenaga buruh yang banyak
o modal besar
o teknologi tinggi
o pemasaran yang luas.
Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah pasarkan hasil bijih ke China, India dan Jepun.
Bijih juga digunakan oleh orang Melayu untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.
Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
Kaedah perlombongan : mendulang.
Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial ).
Penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur.
Kewujudan permintaan biojih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan pertanian yang berkembang pada abad ke 19.
SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL.
British menekankan sektor pertanian berasaskan eksport kerana pertanian komersial merupakan penyumbang utama sumber pendapatan British di Tanah Melayu.
Tanaman komersial yang digalakkan ialah :
o Ubi kayu
o Tebu
o Lada hitam
o Gambir
o Tembakau
o Kopi
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir di Johor dilaksanakan melalui Sistem Kangcu.
Pemodal Eropah dan China banyak menumpukan kepada pertanian komersial.
Mereka dapat menguasai pertanian komersial ini kerana :
o Mempunyai modal
o Mempunyai teknologi tinggi
o Mendapat konsesi tanah yang luas
o Mendapat tempoh pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu sebaliknya masih terikat dengan pertanian sara diri.
Pada abad ke 19, British hanya menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan lada hitam, gambir dan ubi kayu.
Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
PERUSAHAAN GETAH.
Revolusi Industri telah meningkatkan permintaan getah terutamanya untuk perusahaan automobil.
Bagi memenuhi permintaan getah, British memperkenalkan tanaman getah sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.
Usaha memperkembangkan perusahaan getah dijalankan oleh H.N.Ridley.
Ridley selain mengagihkan benih getah secara percuma telah menemui cara menoreh secara sistem ibidem ( tulang ikan ) yang tidak merosakkan pokok.
Perkembangan industri pembuatan barangan penggunaan seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah.
Kesannya, harga getah melambung tinggi dan perusahaan ini menjadi perusahaan terpenting di Tanah Melayu.
Kemasukan modal asing melalui syarikat perwakilan di Tanah Melayu juga membantu perkembangan perusahaan ini dan pembukaan ladang-ladang baru.
Perluasan kawasan tanaman juga ada kaitan dengan dasar British yang memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.
Antara dasar British :
o Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
o Membina infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
o Untuk mengatasui kekurangan buruh, British membawa masuk pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Industri Getah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia.
Rancangan Stevenson telah diperkenalkan untuk mengatasi kejatuhan harga getah secara berterusan.
Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar dan dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928.
INDUSTRI PERLOMBONGAN
Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India.
Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi.
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19.
Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka.
Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek :
o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan
o Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka .
o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri.
Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini.
Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah.
Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana :
o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal korek
o Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek.
o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini.
Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal.
Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek.
PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR.
Kepesatan pembangunan pertanian dan perlombongan oleh kolonial British menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga buruh tempatan untuk aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.
British membawa masuk buruh dari China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
Faktor penghijrahan buruh China dan India ke Tanah Melayu :
o Galakan British
o Tiadanya tentangan dari orang Melayu
o Wujudnya hubungan tradisi antara orang India dengan Tanah Melayu
o Kemakmuran Tanah Melayu dalam sektor ekonomi membuka peluang pekerjaan
Kemasukan Buruh dari China.
Kemasukan melalui beberapa cara iaitu :
o Sistem tiket kredit
o Sistem pengambilan kakitangan
o Sistem pengambilan rumah kongsi
Sistem Tiket Kredit
o Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China oleh kheh thau ( ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan.
o Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa.
o Bakal imigran dikenali sebagai sin kheh ( imigran miskin yang tidak mampu membiayai perjalanan mereka ke Tanah Melayu )
o Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran.
o Sin kheh membuat perjanjian lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan mereka dalam suatu tempoh tertentu.
o Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan :
Pelabuhan yang akan dituju.
Keterangan sama ada Sin kheh bebas atau berhutang.
o Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh apabila sampai ke pelabuhan
o Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu
Mac 1872, British mewujudkan jawatan pelindung buruh dari China untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China
30 Jun 1914, sistem ini digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan atau sistem pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
o Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
o Tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan
o Pegawai tersebut perlu mengiringi buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi.
o Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
o Perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai ke Tanah Melayu akan dibiayai oleh pegawai tersebut.
o Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
Charles Brooke kemudiannya telah mengubah cara pengambilan buruh China dengan mengadakan tajaan melalui syarikatnya di Singapura.
Di Sarawak, kemasukan imigran berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana berikutan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu, Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
Buruh Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.
KEMASUKAN BURUH DARI INDIA.
Kemasukan buruh dari India melalui beberapa cara :
o Sistem buruh bebas / merdeka
o Sistem kontrak
o Sistem kangani
Sistem Buruh Bebas / Merdeka
o Datang sendiri dengan biayaan masing-masing
o Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu
o Mereka bebas melilih tempat atau pekerjaan yang dikehendaki di Tanah Melayu.
Sistem kontrak
o Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
o Sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu (1 - 3 tahun) dengan bayaran paling minima ( 9 – 13 sen sehari ).
o Sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung Imigresen India , 1907 kerana ia dianggap satu bentuk perhambaan tidak ketara .
Sistem Kangani
o Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur.
o Kangani yang dipercayai oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
o Akangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perjalanan buruh tersebut ke Tanah Melayu.
o 1938, sistem ini diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani sendiri.
INSTITUSI KEWANGAN DAN INSURANS.
Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan.
Selain mata wang emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain digunakan di Tanah Melayu seperti :
o Dinar emas di Kelantan
o Wang dan kupang emas di Terengganu
o Jongkong tampang di Pahang
Pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.
Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada 1580
1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
Pengenalan wang kertas ini menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.
Untuk mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank.
Ia bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.
Sistem pinjaman yang diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
Penubuhan bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Dana dari luar juga dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.
Bank juga dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan menjadikan perniagaan antarabangsa lebih licin.
Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank, pada 1859.
Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau komprador.
Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank menjadi penaja kepada peminjam.
Awal abad 20, pemodal tempatan mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri.
Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank.
Bank perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese Banking Corporation Limited.
Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama.
Perkhidmatan Insurans.
Perkhidmatan insurans juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Antara insurans yang penting ialah :
o insurans maritim / kelautan
o insurans kebakaran
o insurans harta
o insurans perniagaan dan kemalangan
o insurans nyawa
Keperluan perkhidmatan insurans maritin berkait dengan peningkatan pengangkutan laut dalam sektor perdagangan.
Insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
Insurans kebakaran wujud kerana sering berlaku kebakaran seperti kebakaran pada 1881 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur.
Di peringkat awal , syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
Akhir abad ke 19, barulah muncul syarikat insurans yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited.
Pada 1917, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran.
1948, enakmen enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.
British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu.
Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.
British juga telah mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Untuk meneruskan penguasaan British trhadap ekonomi, undang-undang berkaitan pemilikan tanah turut diperkenalkan .
Tujuannya ialah untuk melindungi orang Melayu dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada diceroboh oleh pemodal dan pelabur asing.
UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH.
Sebelum kedatangan British, pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama kerana :
o Wujud kawasan yang luas
o Kepadatan penduduk yang rendah
Hal yang berkaitan dengan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mestilah mendapat kebenaran pembesar Melayu
Tanah merupakan sumber dan tunggak kuasa politik serta mencrminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
Undang-undang adat : tanah yang diteroka dan diusahakan oleh sesorang akan menjadi miliknya dan boleh diwarisi generasi seterusnya.
Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan keadaan di Barat.
Ini adalah kerana pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna yang mencatatkan pemiliknya.
Bagi British, rekod bertulis penting kerana :
o Dapat menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
o Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga iaitu pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian.
o Mengikut konsep barat, tanah boleh dicagarkan untuk mendapatkan modal.
British telah memperkenalkan undang-undang tanah berteraskan konsep barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.
Undang-undang tanah barat yang pertama di perkenalkan ialah Peraturan Tanah Perak 1879 diikuti Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah Sungai Ujong, 1887.
Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, setiap negeri mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen.
Pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens ( dijalankan di Australia ) telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan tanah di Negeri- Negeri Melayu.
British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah
Individu atau syarikat yang ingin mengusahakan sesuatu tanah perlu membuat permohonan daripada Pejabat Tanah dan bukan lagi daripada pembesar Melayu.
Orang Melayu perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
Undang undang Tanah memberi kuasa kepada Residen negeri menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
Residen mengambil kira aspek modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia dalam membuat keputusan permohonan tanah untuk aktiviti ekonomi.
Dasar British juga membawa kepada pengenalan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu terutamanya untuk urusan pembayaran cukai hasil hutan, jual beli, sewa tanah, membeli barang keperluan dan perkhidmatan.
Penggunaan wang menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar kehilangan tanah mereka di tangan orang tengah yang menjadi peminjam wang kepada mereka.
25.11.1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan tujuan :
o menjamin kelangsungan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
o mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Akta ini membolehkan Residen mengisytiharkan mana-mana kawasan milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. ( TSM ) dan mengelakkan ia dijual atau ditukar milik kepada bukan Melayu.
Hakikatnya, TSM adalah untuk melindungi ekonomi British. Buktinya:
o Tanaman komersial tidak dibenarkan di TSM
o Kebanyakkan kawasan TSM tidak subur
o Walaupun besar tetapi tidak sesuai untuk ekonomi perladangan
Di Sarawak, Land Order, 1931 telah diperkenalkan untuk melindungi tanah pribumi dan milik komuniti daripada diceroboh oleh pengusaha dari China.
1933, Land Settlement diperkenalkan untuk memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.
Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan kepada orang asing.
Berdasarkan undang undang 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.
Land Order 1948 bahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu :
o Kawasan tanah campuran
o Kawasan tanah simpanan
o Kawasan tanah pedalaman
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak di kawasan tanah campuran sahaja.
Di Sabah, Proklamasi III, Perlindungan Hak Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889
Peraturan ini menetapkan :
o Kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
o Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi
o Penduduk pribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.
Kebanyakan pekebun kecil adalah orang Melayu.
British berusaha mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.
Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan untuk melarang penanaman getah di kawasan padi.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
Premium untuk pembukaan tanah baru untuk menanam getah dinaikkan.
Pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang sama sekali pada tahun 1930an
Di peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan tidak membimbangkan pengusaha Eropah dan kerajaan British.
Kemerosotan harga getah pada tahun 1930an menyebabkan British mula meliandungi pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.
Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Dikuatkuasakan dari November 1922 hingga Oktober 1928.
1934, dilaksanakan pula Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
Pekebun kecil diberi kuota yang rendah dan ditekan kerana British melihat golongan ini sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
Usaha usaha lain untuk meningkatkan harga getah oleh British turut memberikan kesan negatif kepada pekebun pekebun kecil.
Orang Melayu tidak mahu menanam padi kerana pulangan yang lebih lumayan dengan penanaman getah.
Kesannya, Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Myanmar dan Indo-China.
Untuk mengelakkan pergantungan bekalan beras dari luar, British bukan sahaja memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 dan TSM tetapi juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memperbaiki sistem perparitan dan tali air dan membantu kegiatan penanaman padi.
Keutamaan British sewaktu menjajah Tanah Melayu ialah ekonomi penjajah dan ekonomi peladang atau kelas komprador manakala kepentingan orang Melayu dinafikan.
Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebun kecil menyebabkan mereka jauh ketinggalan dari segi modal dan teknik baru.
KESAN KESAN DASAR EKONOMI.
Perbandaran
Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.
Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.
Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan:
o Mengalami pertambahan penduduk
o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong
o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.
Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.
Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.
Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.
Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar bandar.
Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.
Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.
Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan
Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.
Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.
Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.
Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
Dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke Tanah Melayu.
Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan dibezakan mengikut kaum.
Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di bandar.
Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain.
Sistem Pendidikan Vernakular.
Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.
Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.
British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )
Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885
Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.
Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.
Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.
Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu.
Pendidikan Tamil
Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar
Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.
Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan China.
Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa ( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.
Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari China.
1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.
Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British
Pendidikan Inggeris.
Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.
Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana:
o Terletak di bandar
o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.
Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu.
Sektor Perkilangan.
Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.
Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.
Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.
Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.
1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.
Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.
Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.
Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.
Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.
Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.
Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.
1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.
Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.
Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yang banyak.
Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.
Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.
Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.
Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
Perkhidmatan Kesihatan.
Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.
Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.
Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.
Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.
Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.
1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.
Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Ada juag hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.
Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.
Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.
Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.
1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.
Sunday, August 5, 2012
WAWASAN 2020
WASAWAN 2020 (Soalan Target 2012)
(a) Apakah yang anda faham mengenai Wawasan 2020. [ 4 markah ]
F1 gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
F2 Dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad
F3 Pada 28 Februari 1991
F4 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F5 Menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia
F6 Kemajuan yang diharapkan tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata / seperti yang berlaku di barat
F7 Inginkan kemajuan bersepadu
(b) Terangkan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. [ 10 markah ]
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
H1b Dapat dicapai melalui dasar kerajaan sepeerti Dasar pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan / Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
F2 Membina masyarakat berjiwa bebas / tenteram dan berkeyakinan
H2a Rakyat Malaysia perlu gagah menghadapi pelbagai masalah
H2b Bangsa yang gagah dapat memajukan negara / mengangkat martabat bangsa / menangkis musuh negara
F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Masyarakat demokratik bebas memilih kerajaan
H3b Perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan disalurkan melalui saluran yang betul
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a Kemajuan fizikal diimbangkan dengan moral dan etika
H4b bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya unggul
H4c kepatuhan kepada agama / pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang / keberkesanan sistem pendidikan / keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
H5a dapat berfikir secara rasional / tidak bertindak melulu
H5b dapat membebaskan diri daripada berfahaman sempit / sedia menerima perubahan / pandangan orang lain
F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
H6b masyarakat bertunjangkan ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi
H6c mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti
H6c mempunyai amalan kreatif
H6d mempunyai sikap inovatif
F7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a dicirikan dengan kehidupan bermuafakat / saling memahami dan menghormati / bekerjasama dan saling membantu
H7b tidak individulistik / meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
H7c asas pembinaan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama / nilai-nilai murni amalan tradisi / institusi kekeluargaan
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a kemajuan negara yang dinikmati mkelompok tetrtentu akan membawa rasa tidak puas hati
H8b contoh berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
H8c keadilan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a masyarakat yang hidup dalam kemewahan
H9b mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9c pendapatan isi rumah / negara berada pada tahap yang tinggi
(c) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda boleh merealisasikan Wawasan 2020? [ 6 markah ]
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(a) Apakah yang anda faham mengenai Wawasan 2020. [ 4 markah ]
F1 gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
F2 Dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad
F3 Pada 28 Februari 1991
F4 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F5 Menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia
F6 Kemajuan yang diharapkan tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata / seperti yang berlaku di barat
F7 Inginkan kemajuan bersepadu
(b) Terangkan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. [ 10 markah ]
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
H1b Dapat dicapai melalui dasar kerajaan sepeerti Dasar pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan / Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
F2 Membina masyarakat berjiwa bebas / tenteram dan berkeyakinan
H2a Rakyat Malaysia perlu gagah menghadapi pelbagai masalah
H2b Bangsa yang gagah dapat memajukan negara / mengangkat martabat bangsa / menangkis musuh negara
F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Masyarakat demokratik bebas memilih kerajaan
H3b Perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan disalurkan melalui saluran yang betul
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a Kemajuan fizikal diimbangkan dengan moral dan etika
H4b bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya unggul
H4c kepatuhan kepada agama / pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang / keberkesanan sistem pendidikan / keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
H5a dapat berfikir secara rasional / tidak bertindak melulu
H5b dapat membebaskan diri daripada berfahaman sempit / sedia menerima perubahan / pandangan orang lain
F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
H6b masyarakat bertunjangkan ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi
H6c mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti
H6c mempunyai amalan kreatif
H6d mempunyai sikap inovatif
F7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a dicirikan dengan kehidupan bermuafakat / saling memahami dan menghormati / bekerjasama dan saling membantu
H7b tidak individulistik / meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
H7c asas pembinaan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama / nilai-nilai murni amalan tradisi / institusi kekeluargaan
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a kemajuan negara yang dinikmati mkelompok tetrtentu akan membawa rasa tidak puas hati
H8b contoh berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
H8c keadilan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a masyarakat yang hidup dalam kemewahan
H9b mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9c pendapatan isi rumah / negara berada pada tahap yang tinggi
(c) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda boleh merealisasikan Wawasan 2020? [ 6 markah ]
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU
a)Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu (8 markah)
Faktor pertama ialah pengenalan system politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik tradisional. Ini kerana residen telah menggantikan pembesar tradisional. Perubahan sebegini telah mencabar amalan dan tradisi orang tempatan.
Selain itu, pendudukan Jepun turut membangkitkan nasionalisme. Slogan Asia Untuk Asia telah menarik perhatian masyarakat yang terpedaya dengan janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan. Akan tetapi kesengsaraan semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia juga turut menyumbang kebangkitan nasionalisme. Syeikh Muhammad Abduh telah memulakan gerakan itu sekaligus berjaya membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam.
Konflik perkauman yang timbul akibat penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari turut membangkitkan semangat.
b) Jelaskan perjuangan gerakan Islah (6 markah)
Golongan ini berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam iaitu kembali kepada ajaran Quran dan hadis. Antara tokoh Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin dan Syeid Sheikh al-Hadi. Mereka juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka turut menerbitkan majalah seperti al-Imam dan Pengasuh.
Kaum Muda ini mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu. Mereka juga menubuhkan beberapa madrasah yang menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat. Mereka juga member peluang kepada kaum wanita mendapatkan pendidikan. Malangnya mereka ditentang hebat oleh Kaum Tua dan hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat sahaja.
c)Andaikan anda menjadi Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menjadikan persatuan tersebut sebuah persatuan yang paling berjaya di sekolah anda? Saya akan mewujudkan suatu perlembagaan yang jelas demi kebaikan persatuan. Selain itu, saya akan mewujudkan misi dan visi yang spesifik serta membuat perancangan yang baik. Saya juga akan membina kerjasama yang baik dengan seluruh persatuan di sekolah saya, di samping mengenakan yuran berpatutan demi kebaikan ahli. Akan tetapi, jika terdapat ahli yang tidak memberikan kerjasama saya akan mengenakan hukuman yang sewajarnya. Saya juga akan menerbitkan buletin persatuan sebagai salah satu aktiviti.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
a) Huraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia (8 markah)
Faktor pertama ialah sebab keselamatan. Lee Kuan Yew bimbang ancaman komunis di Singapura yang boleh mengancam kedudukannya. Ini kerana Barisan Sosialis telah memenangi pilihanraya kecil Hong Lim yang dianggap sebagai parti yang berhaluan kiri. Bagi Lee Kuan Yew, pembentukan Malaysia penting kerana Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam menghadapi komunis semasa darurat.
Selain itu, pembentukan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan beberapa buah wilayah seperti Singapura, Sabah dan Sarawak.
Dalam perhimpunan agung PBB, timbul usul agar diberi kemerdekaan kepada tenaga di tanah jajahan. Lagipun, pembentukan Malaysia juga akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas kerana Tanah Melayu kaya dengan dengan getah dan bijih timah, Sabah kaya dengan balak dan Brunei kaya dengan petroleum.
b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. (8 markah)
Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan idea pembetukan Malaysia dalam majlis makan tengah hari di Singapura. Selepas itu, Tunku telah melawat Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan matlamat penubuhan Malaysia. Rundingan telah dilakukan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. JPPK juga menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia di samping turut mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Singapura.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan yang disertai oleh dua orang tokoh tempatan seperti Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasilnya, satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
Gagasan Malaysia ini ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina .
c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda boleh mengekalkan kemerdekaan negara kita? (4 markah)
Generasi muda perlu belajar bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu ICT di samping terus mengekalkan keamanan negara. Kita juga perlu menghormati budaya kaum lain
PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM KE MADINAH (622 M)
PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM KE MADINAH (622 M)
a. Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah? (4 markah)
Hijrah bermaksud berpindah. Dalam pengertian tamadun Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah bertujuan mengukuhkan kedudukan Islam. Hijrah juga membawa maksud semangat ingin berubah sikap, dan cara berfikir di samping sebagai strategi baru menyebarkan Islam.
b. Berikan hujah untuk menolak dakwaan orientalis Barat yang menuduh hijrah sebagai suatu pelarian. (4 markah)
Orientalis Barat telah menuduh hijrah sebagai suatu pelarian, bermaksud Nabi Muhammad dan umat Islam takut kepada orang Quraisy, ibarat melukut di tepi gantang.
Hujah pertama di bawah kata kunci “jemputan”. Penghijrahan umat Islam kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjian Aqabah Kedua.
Hujah kedua, ketibaan umat Islam Makkah ke Madinah juga disambut dengan rela dan meriahnya oleh penduduk Madinah.
Ketiga, orang Islam Makkah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka.
Hujah keempat, nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah. Malah penghijrahan itu adalah atas perintah Allah.
Tegasnya, hujah-hujah ini sekaligus mematahkan hujah barisan pembangkang yang mendakwa hijrah itu suatu pelarian.
c. Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam. (8 markah)
Melalui hijrah, dakwah Islamiah dapat dilakukan secara aman dan dilakukan secara terbuka tanpa berselindung lagi.
Dengan hijrah, terjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan suku Arab Madinah. Nabi telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah dan Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan. Lebih hebat lagi, mereka diberi modal berniaga, tempat tinggal dan jaminan keselamatan.
Selain itu, hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Hijrah juga berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj sekaligus melahirkan kehidupan harmoni di Madinah.
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membina Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat ibadat, belajar dan membincangkan masalah.
Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada madinah yang bermaksud kota bercahaya. Ini telah menjadikan Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Dengan hijrah juga wujud penggunaan takwim Islam mengikut kiraan tahun hijrah yang digunakan secara rasmi oleh Khalifah Umar.
Yang lebih penting, hijrah telah merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua negara.
d. Sebagai pelajar, bagaimanakah hijrah dapat dijadikan amalan untuk meningkatkan kecemerlangan diri? (4 markah)
Sebagai pelajar, kita perlu berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin. Kita juga perlu strategi belajar yang berkesan dan terancang untuk mencipta kejayaan. Kita juga perlu membuang sifat nakal agar menjadi murid yang baik. Kita juga perlu belajar menepati masa dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencipta kejayaan.
TAJUK PENTING SPM 2012
Tingkatan 4
1. Ciri-Ciri Tamadun & Tamadun Hwangho
2. Sistem Pendidikan dalam Tamadun Yunani, Rom, India dan China
3. Kedatangan agama Hindu Buddha ke Asia Tenggara & pengaruh Hindu Buddha dalam aspek pemerintahan dan kesenian
4. Perjanjian Aqabah & Hijrah
5. Kerajaan Abbasiyah
6. Zaman Gelap
7. Kesan-Kesan Dasar Ekonomi British - Sistem Pendidikan Vernakular
Tingkatan 5
1. Faktor Pemangkin Nasionalisme
2. Gerakan Islah
3. Warisan Negeri-Negeri Melayu - Kelantan : Sistem Jemaah Menteri & Negeri Sembilan : Prinsip Demokrasi
4. Pergerakan Politik di Sarawak & Sabah
5. Suruhanjaya Reid & Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
6. Pembentukan Malaysia & Suruhanjaya Cobbold
7. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan
8. Wawasan 2020
9. Perang Dunia Pertama
Subscribe to:
Posts (Atom)