Sunday, November 4, 2012
TAJUK WAJIB LULUS SEJARAH 2012
Tingkatan 4
1. Bab 1 :Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal • Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam • Tamadun awal yang terbina di lembah sungai • Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
2. Bab 2 : Peningkatan Pendidikan dan Ekonomi (Pertanian dan Perdagangan)
3. Bab 3 :Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
4. Bab 5 :Perjanjian Aqabah dan Hijrah / Piagam Madinah/ Pembukaan Kota Makkah
5. Bab 7 : Pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam pentadbiran, undang-undang, bahasa/kesusasteraan dan cara hidup
6. Bab 9 : Zaman Gelap
7. Bab 10 :Pembandaran di Tanah Melayu • Maksud pembandaran • Faktor kemunculan bandar baru • Fungsi bandar baru • Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan • Langkah mewujudkan pembandaran seimbang
Tingkatan 5
1. Bab 2 : Peranan Akhbar,majalah dan novel/KMS,KMM & PASPAM dan Gerakan Islah
2. Bab 3: Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan/ sistem kabinet di Kelantan 3. Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK)
3. Bab 5 : Pakatan Murni • Maksud pakatan murni • Faktor yang mewujudkan pakatan murni • Langkah mewujudkan pakatan murni • Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni • Kejayaan pakatan murni • Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni/Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
4. Bab 6 : Pembentukan Malaysia -SuruhanjayaCobbold(SC) - Nama ahli, Tujuan@peranan SC/Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK)
5. Bab 7 : Plihan Raya/Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan Negara (KBKK)
6. Bab 8 : Dasar Pembangunan Sosial,memartabatkan BM, Dasar Kebudayaan,Sukan utk Perpaduan / Wawasan 2020
7. Bab 9 : Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK)/ASEAN DAN ZOPFAN/ Perang Dunia Pertama
Saturday, November 3, 2012
KOLEKSI SOALAN KBKK : SPM
TINGKATAN 4
Bab 1
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia
F1 Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
F2 Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
F3 Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
F4 Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
F5 Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
F6 Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
F7 Teknologi pembakaran batu bata
F8 Sikap keterbukaan
F9 Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
F10 Agama Hindu
F11 Tugasan piktograf
F12 Cap mohor
F13 Ilmu pengetahuan
F14 Arca
Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar yang terancang?
Berikan alasan-alasan anda.
Ya:
F1 Ada jalan raya
F2 Petempatan tersusun, berjajar
F3 Sistem pembentungan
F4 Kewujudun majlis perbandaran
F5 Bangunan tersusun
F6 Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaa
Tidak:
F1 Petempatan berselerak
F2 Tiada jalan raya
F3 Kemudahan infrastruktur tidak teratur
F4 Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
F5 Petempatan sering dilanda bencan
Bab 2
Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?
F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak
F4 Menjamin hak asasi rakyat
F5 Tidak kejam
F6 Kedaulatan di tangan rakyat
F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
F1 Sentiasa bersikap inovatif
F2 Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3 Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
F5 Pemerintahan yang berwibawa
F6 meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8 Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10 Meningkatkan ilmu
F11 Meneroka bidang baru
Mana-mana jawapan munasabah
Sebagai seorang warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara ?
F1 Menjamin kedaulatan sesebuah negara
F2 Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
F3 Menjaga hak asasi rakyat
F4 Melaksanakan hukuman yang adil
F5 Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
F6 Membentuk sistem pentadbiran kemas dan teratur
F7 Memastikan rakyat berdidiplin
F8 Memastikan rakyat hidup bersatu padu
F9 Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
F10 Memupuk sikap saling hormat menghormati
F11 Menjamin keamanan negara
F12 Menjamin kemakmuran negara
F13 Menjamin keselamatan Negara
Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk memajukan ekonomi negara?
F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2 Kreatif dan inovatif
F3 Berfikiran terbuka
F4 Bersifat daya saing
F5 Bersifat gigih dan dinamik
F6 Berani menanggung risiko
F7 Bersedia bekerja dalam pelbagai sektor
F8 Membeli barangan buatan Malaysia
[Mana-mana jawapan munasabah]
Bab 3
Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda boleh mengekalkan bangunan bersejarah untuk dijadikan warisan generasi akan datang?
F1 Memelihara monumen
F2 Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
F3 Mewartakan sebagai khazanah negara
F4 Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
F5 Menggubal undang-undang khazanah negara
F6 Kempen melindungi monumen
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar ?
F1 Memahami budaya sendiri / negara
F2 Mempelajari segala aspek budaya tempatan
F3 Mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
F4 Tidak terikut-ikut dengan budaya luar
F5 Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mempertahankan budaya bangsa
F6 Memestikan rancangan televisyen memaparkan banyak budaya tempatan
F7 Media massa juga tidak digalakkan qq mempamerkan / mengagungkan budaya luar
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda,apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita?
F1 Membina pelabuhan
F2 Menurunkan cukai
F3 Menyediakan kemudahan moden
F4 Membina pusat-pusat perdagangan
F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut penting bagi rakyat sesebuah negara ?
i. Pendidikan
ii. Pertanian
Pendidikan
F1 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
F2 Melahirkan modal insan berilmu
F3 Memajukan negara/ membangunkan negara
F4 Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
[mana-mana jawapan munasabah]
Pertanian
F1 Menyediakan sumber makanan kepada rakyat
F2 Rakyat boleh mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
F3 Menambahkan sumber pendapatan
F4 Menyumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F5 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?
F1 Dalam bidang kesenian/pembinaan
F2 Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
F3 Kesusasteraan
F4 Keagamaan
F5 Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bab 5
Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara terus berkekalan?
F1 Mengutamakan kebajikan rakyat
F2 Mengamalkan akhlak yang mulia
F3 Saling bertolak ansur
F4 Menunjukkan teladan yang baik
F5 Mengutamakan kesabaran
F6 Memiliki kebijaksanaan
F7 Mengutamakan perpaduan
F8 Mengadakan perundingan
F9 Mengadakan perjanjian damai
F10 Menggunakan diplomasi
F11 Menunjukkan sikap persefahaman
F12 Tidak mudah menyerah kalah
F13 Menanam sikap perjuangan
F14 Cekal menempuh rintangan/ halangan
F15 Mengamalkan sikap berkecua
F16 Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah.
F1 Toleransi antara kaum
F2 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Permuafakatan
F5 Kesungguhan dalam perjuangan
F6 Menepati janji
F7 Bijak mengatur strategi
F8 Amalan bersaudara
F9 Memberi bantuan kepada yang memerlukan
F10 Berakhlak mulia
F11 Tidak mudah berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah
Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh
diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ?
F1 Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama
F2 Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan
F3 Menepati janji
F4 Kesetiaan kepada pemimpin
F5 Mementingkan sikap berdisiplin
F6 Mewujudkan persefahaman
F7 Keikhlasan
F8 Semangat setia kawan
F9 Bersifat terbuka
F10 Tolak ansur / diplomasi
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perjanjian dalam kehidupan
F1Membina persefahaman
F2 Kaedah perundingan
F3 Sumber rujukan masa hadapan
F4 Sesuatu yang dipersetujui tidak mudah dimungkiri
F5 Kepentingan ekonomi
F6 Kepentingan sosial
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar.
F1 Sifat negatif kepada positif
F2 Pemalas kepada rajin
F3 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F4 Menggunakan strategi dalam pembelajaran
Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan?
F1 Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama
F2 Mengelakkan perbalahan semasa sendiri
F3 Mematuhi undang-undang
F4 Taat kepada ketua
F5 Mementingkan persaudaraan
F6 Menjaga keamanan
F7 Mengamalkan sikap bekerjasama
F8 Bertolak ansur
F9 Mematuhi ajaran agama
F10 Sanggup berkorban
Bab 6
Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?
F1 Menjamin bakal pentadbir yang tepat
F2 Memilih pemimpin yang benar-benar layak
F3 Memastikan pemimpin yang berhemah
F4 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
F5 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
F6 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
F7 Memastikan kelancaran pentadbiran
F8 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan?
F1 Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
F2 Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
F3 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4 Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
F6 Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
pelbagai bidang ilmu
F7 Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
F8 Menggalakkan kegiatan penulisan
F9 Menggalakkan kegiatan penterjemahan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Menaiktaraf universiti di negara ini
F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8 Memajukan program penterjemahan
F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara kita perlu memberi penekanan kepada pendidikan?
F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2 Menaikkan imej negara
F3 Melahirkan masyarakat berilmu
F4 Memajukan negara
F5 Meningkatkan ekonomi negara
F6 Membina modal insane cemerlang
F7 Melatih pemimpin masa depan
F8 Membina ilmu drp pelbagai sumber
F9 Mengadun budaya positif dari tamadun lain
F10 Menjana transformasi negara
F11 Melahirkan ilmuan / intelektual
Mana-mana yang munasabah
Bab 8
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu
mempertahankan sistem beraja di negara kita?
F1 Raja merupakan ketua negara
F2 Raja lambing kedaulatan negara
F3 Warisan turun temurun sejak zaman KMM
F4 Lambang keamanan rakyat
F5 Lambang perpaduan
F6 Pelindung semua rakyat
F7 Pelindung orang Melayu
F8 Menjaga hak istif1mewa orang Melayu dan
bumiputera
F9 Memastikan keadilanj dilaksanakan
F10 Melicinkan pentadbiran
Mana-mana yang munasabah
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?
F1 Kuasa membeli
F2 Lambang status
F3 Keperluan hidup
F4 Penjagaan kesihatan
F5 Peluang pendidikan
F6 Keselesaan hidup
F7 Keharmonian rumahtangga
F8 Memenuhi kehendak
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
F1 Melalui kempen
F2 Melalui didikan ibu bapa
F3 Melalui aktiviti sekolah/persatuan
F4 Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
F5 Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
F6 Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
F7 Generasi muda mesti berbangga/tidak malu
mengamalkan budaya ini
F8 Peranan pemimpin
Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang perdagangan.
F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara
F2 Berusaha gigih demi masa depan negara
F3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F4 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F5 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul
F6 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi
F7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
F8 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa
F9 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru
F10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
F11 Meningkatkan disiplin diri
F12 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik
F13 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
F14 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / keterampilan diri
F15 Menjauhi diri daripada gejala negatif
F16 Mematuhi ajaran agama
F17 Memelihara jati diri
F18 Mengamalkan gaya hidup sihat
F19 Mengekalkan perpaduan / Gagasan Satu Malaysia
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelabuhan utama dunia?
F1 Membina institusi pelaut
F2 Penambahan kemudahan pelabuhan
F3 Kemudahan baik pulih kapal
F4 Menyediakan pusat kemahiran
F5 Menyediakanj kursus perkapalan
F6 Memajukan sektor perikanan
F7 Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Mana-mana yang munasabah
Bagaimanakah pendidikan dapat membantu seseorang menjadi insan yang berperibadi mulia?
F1 Menerap nilai-nilai murni
F2 Mengajar manusia bertanggung jawab
F3 Membangunkan sahsiah
F4 Menjadikan manusia berfikiran matang
F5 Menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
(Mana-mana jawapan munasabah)
Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu?
F1 Membina banyak sekolah
F2 Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
F3 Memberi bantuan kepada pelajar yang tidak mampu
meneruskan pelajaran
F4 Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT
F5 Meluaskan penggunaan jalur lebar
F6 Membekalkan komputer kepada sekolah
F7 Membanyakkan institusi pengajian tinggi
Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan ?
F1 Melahirkan manusia berakhlak mulia
F2 Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
F3 Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
F4 Mengukuhkan perpaduan antara kaum
F5 Meningkatkan taraf hidup penduduk
F6 Meningkatkan bilangan pekerja mahir
F7 Memajukan ekonomi negara
F8 Memajukan teknologi canggih/inovasi
F9 Menguasai ilmu pengetahuan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bab 9
Nyatakan nilai kehidupan yang boleh anda pelajari dari sejarah Zaman Gelap di Eropah?
F1 Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan
F2 Tanpa ilmu, kehidupan masyarakat akan mundur
F3 Mentaati pemerintah
F4 Hubungan baik antara rakyat dan pemerintah akan mengukuhkan negara
Bab 10
Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Cadangkan bagaimana perpaduan kaum dapat dipupuk.
F1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama
F2 Penubuhan sekolah wawasan
F3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
F4 Pengamalan kebudayaan
F5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
F6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
F7 One Malaysia
F8 Sukan untuk semua
F9 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
F10 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
F11 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
F12 Perkahwinan antara kaum digalakkan
Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadap orang Melayu?
F1 Terpaksa membayar cukai
F2 Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
F3 Melayu terdedah dengan ekonomi wang
F4 Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk meminjam wang
F5 Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
F6 Melayu kekal miskin/sebagai petani
F7 Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan ekonomi
F8 Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
F9 Melayu gagal bersaing dalam ekonomi
F10 Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
(Terima mana-mana jawapan munasabah dan kesan positif)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sebab negara kita harus mempertimbangkan kegiatan ekonomi perdagangan.
F1 Negara dapat dibangunkan kerana mempunyai sumber ekonomi yg banyak dan menguntungkan
F2 Dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan
F3 Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
F4 Kemudahan infrastuktur yang lebih baik
F5 Kemudahan prasarana yg bberkembang dgn pesat
F6 Jalinan jalan raya di seluruh negara dapat dibina
F7 Wujudnya bandar-bandar baru di seluruh negara
F8 Wujudnya kawasan-kawasan perindustrian
Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah
Melayu pada ketika itu?
F1 Terbentuk masyarakat berbilang kaum
F2 Penempatan yang berbeza
F3 Orang Melayu di kampung / luar bandar
F4 Orang India di estet
F5 Orang Cina di lombong / bandar
F6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi
F7 Orang Melayu bertani / miskin
F8 Orang India menjadi buruh
F9 Orang Cina peniaga / bekerja di lombong
F10 Bahasa pertuituran yang berbeza
F11 Pertambahan penduduk
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah
anda berusaha mengisi kemerdekaan negara?
F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara
F2 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F3 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F4 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul
F5 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi
F6 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
F7 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa
F8 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru
F9 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
F10 Meningkatkan disiplin diri
F11 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik
F12 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
F13 Menjauhi diri daripada gejala negatif
F14 Mematuhi ajaran agama
F15 Memelihara jati diri
F17 Mengekalkan perpaduan / Gagasan 1 Malaysia
Pada pendapat anda, mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu perlu dikekalkan?
F1 Dapat melindungi Tanah Simpanan Melayu
F2 Sebagai warisan Melayu
F3 Elak daripada jatuh ketangan bukan Melayu / orang asing
F4 Menjaga warisan tanah orang Melayu
Mana-mana yang munasabah
Sekiranya anda memiliki tanah pusaka, bagaimanakah anda dapat mengekalkan hak milik tanah tersebut?
F1 Tidak menjual tanah tersebut
F2 Memajukan tanah yang dimiliki
F3 Mengusahakannya dengan aktiviti yang menguntungkan
F4 Memberikan pendidikan/ilmu tentang kepentingan tanah
F5 Memberikan kesedaran pentingnya tanah pusaka untuk kelangsungan hidup
F6 Menguatkuasakan undang-undang melarang tanah pusaka daripada dijual kepada orang asing
F7 Menubuhkan syarikat mengurus hartanah pusaka
Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah pentingnya kita mempertahankan hak tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?
F1 Tanah merupakan sumber ekonomi negara
F2 Mengekalkan kedaulatan negara
F3 Menjamin kekayaan sama rata
F4 Mengekalkan hak warisan bangsa
Sebagai warganegara yang prihatin, apakah peranan anda dalam mengekalkan perpaduan kaum?
F1 Belajar di sekolah yang sama
F2 Menggunakan bahasa pertuturan yang sama
F3 Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum
F4 Menggunakan kurikulum yang sama
F5 Saling hormat-menghormati
F6 Bekerjasama/bertoleransi
F7 Kunjung –mengunjungi pada hari perayaan
F8 Tidak membangkitkan isu-isu sensitif
Bagaimanakah kepelbagaian budaya dapat disepadukan di negara ini?
F1 Melalui Dasar Pendidikan Negara
F2 Melalui kempen 1 Malaysia
F3 Melalui aktiviti sukan
F4 Melalui program/aktiviti di sekolah
F5 Melalui aktiviti kokurikulum
F6 Sambutan perayaan semua kaum
Tingkatan 5
Bab 1
Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.
F1 Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
F2 Menghormati lambang-lambang kebesaran
F3 Menghayati Rukun Negara
F4 Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
F5 Lawatan ke muzium diraja
F6 Mencari maklumat berkaitan melalui internet
F7 Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
F8 Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
F9 Meraikan hari keputeraan sultan
F10 Kembara Tengku Mahkota dibukukan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Sebagai warganegara, apakah usaha yang perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat?
F1 Cekal/tabah
F2 Tidak berputus asa
F3 Berani
F4 Bijaksana
F5 Berfikiran positif
F6 Berdayasaing
F7 Menguasai pelbagai ilmu
F8 Mempunyai jati diri yang kukuh
F9 Berpegang teguh kepada ajaran agama
F10 Sentiasa bersatupadu
F11 Semangat patriotik/cinta akan negara
F12 Berinovasi/kreatif
(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?
F1 Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2 Menguasai pentadbiran
F3 Memudahkan perluasan pengaruh
F4 Mengekalkan kuasa politik
F5 Mendapatkan cukai
F6 Menyebarkan agama Kristian
F7 Meluaskan jajahan takluk
F8 Menyebarkan budaya Barat
F9 Menguasai jabatan kerajaan
F10 Menghapuskan kuasa raja dan pembesar
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk tempatan?
F1 Kemerosotan pengaruh golongan Datu
F3 Jawatan pembesar tradisional terhapus
F4 Institusi raja terhapus
F5 Pengaruh golongan agama merosot
F6 Cukai yang tinggi terhadap rakyat
F7 Kerahan tenaga kepada rakyat
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya?
F1 Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn
F2 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
F3 Untuk mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan
F4 Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain
F5 Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6 Penasihat tentera dari Perancis
F7 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8 Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F9 Memperkenalkan Kabinet Menteri Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F10 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
F11 Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah
F12 Menjalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?
F1 Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2 Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3 Raja kehilangan kuasa
F4 Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
F5 Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6 Memperkenalkan undang-undang Barat
F7 Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8 Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10 Memaksa raja menerima penasihat Barat
Bab 2
Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita.
F1 Perpaduan/Integrasi Nasional
F2 Satu Malaysia
F3 Kemakmuran Malaysia
F4 Keistimewaan Malaysia
F5 Kejayaan Malaysia
F6 Malaysia Boleh
F7 Malaysia Gemilang
F8 Malaysia Kebanggaan Kita
F9 Patriotik
F10 Keindahan Malaysia
Sebagai seorang pemimpin persatuan di sekolah, bagaimanakah anda menangani setiap cabaran yang dihadapi?
F1 Tidak berputus asa
F2 Berani menghadapi risiko
F3 Cekal/tabah
F4 Berfikiran positif
F5 Rasional
F6 Bijaksana
F7 Berilmu
F8 Bertoleransi
Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ?
F1 Berwibawa
F2 Semangat perjuangan yang kental
F3 Berilmu pengetahuan
F4 Berjuang melalui organisasi
F5 Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas
F6 Mempunya ilmu pengetahuan
F7 Bekerjasama
F8 Mementingkan perpaduan
Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya demi kemajuan dan kemakmuran negara ?
F1 Melahirkan / membangkitkan semangat kebangsaan
F2 Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
F3 Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu
F4 Memajukan bangsa
F5 Menggalakkan semua golongan memajukan diri
F6 Memajukan pendidikan untuk semua kaum
F7 Menggalakkan masyarakat maju dalam ekonomi
Mana-mana jawapan munasabah
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu kepada generasi muda hari ini.
F1 Pentingnya ilmu pengetahuan
F2 Perlunya menyertai kegiatan persatuan / badan sosial
F3 Sikap kerjasama / tolak ansur
F4 Semangat patriotik
F5 Memelihara jati diri
F6 Menghindari budaya negatif
F7 Menguasai ilmu teknologi
F8 Peluang pendidikan kepada semua
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu
menubuhkan persatuan?
F1 Menggalakkan kesedaran untuk bersatu
F2 Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang
F3 Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama
F4 Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat
F5 Suara orang Melayu akan didengari oleh British
F6 Semangat kenegerian akan diatasi
F7 Orang Melayu tidak mudah ditindas
F8 Mengukuhkan kuasa politik orang melayu
F9 Kebajikan orang Melayu akan terbela
F10 Memupuk semangat kebangsaan
Mana-mana yang munasabah
Bab 4
Sebagai penduduk Tanah Melayu, mengapakah kita perlu menentang Malayan Union ?
F1 Masa tidak sesuai
F2 Kuasa Raja-Raja terhakis.
F3 Raja-Raja kehilangan tahta/kredibiliti
F4 Agama Islam akan tercabar
F5 Zakat dipungut di bawah nama Gabenor
F6 Pemberian kerakyatan yang longgar
F7 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
F8 Mengancam status quo orang Melayu.
F9 Ekonomi orang Melayu bertambah mundur
F10 Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.
F11 Bimbang warisan tamadun akan hilang.
F12 Menghapuskan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melaka
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada orang Melayu jika Malayan Union tidak dibubarkan ?
F1 Bangsa Melayu akan terhakis
F2 Kesultanan Melayu terhapus
F3 Adat istiadat Melayu pupus
F4 Orang Melayu akan mundur ekonomi
F5 Agama Islam bukan agama rasmi
F6 Bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan
F7 YDP Agong tidak menjadi ketua negara
F8 Imigran akan menguasai ekonomi
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar daripada
Kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union?
F1 Bersikap tegas.
F2 Bersatu padu
F3 Berdiplomasi
F4 Bersikap sederhana
F5 menyelesaikan masalah melalui perundingan
F6 Bersedia mentadbir kerajaan sendiri
F7 Bekerjasama
F8 Patuh kepada ketua
F9 Muafakat/musyawarah
F10 Cinta kepada negara/patriotik
Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?
F1 Berusaha sehingga mencapai kejayaan
F2 Bertolak ansur dalam politik
F3 Mewujudkan kerjasama
F4 Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
F5 Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
F6 Menjaga kedaulatan negara
F7 Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
F8 Menjaga nama baik negara
F9 Mempromosikan Malaysia di luar negara
F10 Menjayakan konsep 1Malaysia
Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita mesti mengamalkan sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian?
F1 Menjamin keharmonian hidup
F2 Menjamin kestabilan negara
F3 Mempercepat pembangunan negara
F4 Tidak berlaku pertumpahan darah
F5 Menjaga nama baik/imej negara
F6 Mengeratkan perpaduan
Bab 5
Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.
F1 Rela berkorban
F2 Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
F3 Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
F4 Menggunakan kebijaksanaan
F5 Permuafakatan dalam membuat keputusan
F6 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
F7 Mengutamakan keamanan
F8 Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
F9 Mengamalkan pendekatan diplomasi
F10 Perpaduan kaum diutamakan
F11 Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
F12 Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai
Kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ?
F1 Negara bebas daripada penjajahan
F2 Mewujudkan keamanan
F3 Membentuk masyarakat bersatu padu
F4 Menegakkan maruah bangsa
F5 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
F6 Menjadi negara berdaulat
Pada pandangan anda, mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 perlu dihayati oleh generasi muda ?
F1 Menerapkan nilai tanggungjawab sebagai warga Malaysia
F2 Taat kepada Raja/ pemimpin
F3 Cinta akan negara
F4 Memupuk perpaduan di antara kaum
F5 Menghormati hak orang lain
F6 Taat kepada agama
Bab 6
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa pembentukan Malaysia berjaya diatasi?
F1 PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia
F2 Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin
F3 Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin
F4 Pemimpin memberikan kerjasama
F5 Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang
terlibat
F6 Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan
Kekerasan semasa menghadapi tentangan
F7 Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB
F8 Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan
F9 Menggunakan cara diplomasi
F10 Kerjasama daripada rakyat
(Terima mana-mana munasabah)
Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin negara ketika itu dalam usaha pembentukan Malaysia?
F1 Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri
F2 Membendung / menyekat / menjadi benteng ancaman komunis
F3 Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah
F4 Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik
F5 Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara
F6 Memastikan kepentingan British terpelihara
F7 Mewujudkan satu pasaran yang luas
F8 Menggalakkan pelaburan
F9 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F10 Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini
F11 Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum
F12 Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara
F13 Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama
F14 Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin
F15 Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Pembetukan Malaysia telah memberi banyak faedah kepada rakyat Malaysia hari ini. Jelaskan faedah tersebut.
F1 Kekayaana Negara bertambah
F2 Negeri yang kurang maju dibantu
F3 Semua negeri di Malaysia dapat kemerdekaan
F4 Pengaruh komunis dihapuskan
F5 Keluasan negara bertambah
F6 Jumlah penduduk bertambah
F7 Pasaran lebih luas
F8 Kepelbagaian budaya masyarakat
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda, apakah kesan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara lebih kukuh
F4 Komunis dapat dibanteras
F5 Penjajahan asing dapat ditamatkan
F6 Merapatkan hubungan antara kaum
F7 Memperkayakan budaya negara
F8 Meluaskan pasaran dalam negara
F9 Sumber hasil diperkayakan
F10 Negeri-negeri kurang maju dapat dibangunkan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan
pembentukan Malaysia ?
F1 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
F2 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
F3 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
F4 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
F5 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
F6 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
F7 Menggalakkan pelaburan
F8 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F9 Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F10 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
F11 Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
[mana-mana jawapan munasabah]
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara kukuh
F4 Komunis dapat diatasi
F5 Penjajahan asing ditamatkan
F6 Memperkayakan budaya negara
F7 Meluaskan pasaran negara
F8 Negeri kurang maju dapat dibangunkan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia?
F1 Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
F2 Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
F3 Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
F4 Bersatu-padu
F5 Patuh akan undang-undang/peraturan
F6 Menghormati lambang/simbol negara
F7 Patuh akan perlembagaan negara
(mana-mana munasabah)
Bab 7
Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita ?
F1 Mempunyai kuasa mendengar / menentukan perkara sivil / jenayah
F2 Menentukan kesahihan undang-undang
F3 Mentafsir Perlembagaan Persekutuan / Perlembagaan Negeri
F4 Melaksanakan tugas kehakiman
F5 Mentafsir undang-undang
F6 Menjamin keadilan / kesaksamaan undang-undang
F7 Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah
Mana-mana yang munasabah
Sebagai seorang warga negara , apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita?
F1 Menjalin pemuafakatan dengan kerajaan
F2 Mendaftar sebagai pengundi
F3 Keluar mengundi
F4 Berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian
F5 Bekerjasama dengan semua kaum
F6 Sedia bekorban demi tanah air
F7 Cintai negara
F8 Perasaan bangga akan negara
Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kita?
F1 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
F2 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
F3 Taat kepada pemerintah
F4 Rakyat sentiasa bersemangat
F5 Simbol perpaduan
F6 Lambang kemegahan penduduk
F7 Membezakan Malaysia dengan negara lain
F8 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
F9 Memupuk semangat bersyukur
F10 Menyemarakkan semangat patriotisme
F11 Memupuk kesetiaan kepada raja
F12 Lambang jati diri bangsa dan negara
F13 Lambang identiti negara
F14 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
F15 Simbol kedaulatan negara
F16 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai perlembagaan?
F1 Negara akan kucar-kacir
F2 Pentadbiran tidak mantap
F3 Berlaku rusuhan kaum
F4 Tiada kesetabilan politik
F5 Ekonomi yang tidak mantap
F6 Tidak dapat membina pembentukan Negara bangsa
( mana-mana munasabah)
Bab 8
Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
F1 Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis rasmi
F2 Menanam rasa bangga dan menyintai bahasa Melayu
F3 Mengadakan kempen ‘Minggu Bahasa Melayu’
F4 Mengadakan pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu
F5 Menghayati Bulan Bahasa
F6 Meningkatkan amalan bacaan bahan-bahan dalam bahasa Melayu
F7 Menghargai bahasa Melayu melalui amalan pertuturan yang baik
Mana-mana yang munasabah
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?
F1 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai
F2 Mengamalkan budaya yang baik
F3 Menghormati kebudayaan kaum lain
F4 Mengasdakan aktiviti perkhemahan yg melibatkan pelbagai kaum
F5 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
F6 Menyertai pelbagi aktiviti anjuran sekolah
F7 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda mengapakah bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan?
F1 Untuk memartabatkan bahasa Melayu
F2 Jamin perpaduan
F3 Pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu
F4 Bahasa utama negara
F5 Menjadi bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
F6 Lambang kedaulatan kerajaaan Melayu
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum perlu dipelihara dan diperkasakan dari semasa ke semasa?
F1 Memastikan keamanan negara berkekalan
F2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
F3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
F4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
F5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
F6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
F7 Akan dihormati oleh negara luar
F8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
F9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
F10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum
(Mana-mana jawapan munasabah)
Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan?
F1 Kestabilan politik
F2 Tiada pemusatan kuasa
F3 Raja sebagai ketua negara
F4 Pertahanan menjadi lebih kukuh
F5 Perkongsian ekonomi yang sama rata
F6 Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi
F7 Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat
F8 Keseimbangan kaum
[Mana-mana jawapan munasabah]
Bab 9
Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia?
F1 Elakkan daripada peperangan
F2 Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik
F3 Perpaduan di kalangan rakyatnya
F4 Menghormati kedaulatan negara lain
F5 Perlumbaan senjata harus dielakkan
F6 Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang
F7 Menyelesaikan masalah melalui rundingan
F8 Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa
F9 Tidak menjalankan dasar penjajahan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bagaimanakah generasi muda Malaysia hari ini dapat memanfaatkan keamanan negara?
F1 Belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi
F2 Memupuk perpaduan antara kaum
F3 Menjaga keamanan dan keselamatan negara
F4 Hidup bertoleransi dan berganding bahu
F5 Memajukan ekonomi ke peringkat global
F6 Menghasilkan produk untuk pasaran
F7 Memelihara kedaulatan negara
F8 Memelihara demokrasi sedia ada di negara kita
F9 Menghidupkan semangat 1Malaysia
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah negara?
F1 Meningkatkan eksport/import negara
F2 Menarik pelabur asing
F3 Pertukaran teknologi/kepakaran
F4 Mengekalkan kedaulatan negara
F5 Menjamin kestabilan/keamanan dunia
F6 Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek
F7 Mewujudkan perdagangan dua hala
F8 Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan
F9 Menarik lebih ramai pelancong luar
F10 Meningkatkan imej negara di mata dunia
(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus menjalin
hubungan baik dengan negara luar?
F1 Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
F2 Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
F3 Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
F4 Memastikan kemajuan negara berterusan
F5 Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
F6 Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara
F7 Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
F8 Mendapat pertukaran teknologi
F9 Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
F10 Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
F11 Mengekalkan persefahaman
F12 Meneruskan hubungan diplomatik
F13 Membina semangat setiakawan
F14 Membuka peluang pekerjaan
F15 Membantu meningkatkan prasarana
F16 Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalin hubungan antara satu sama lain?
F1 Mengadakan hubungan diplomatik
F2 Membuat perjanjian perdagangan
F3 Menjalinkan hubungan kebudayaan
F4 Melalui sukan
F5 Melaksanakan projek usaha sama
Mana-mana yang munasabah
Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara lain
F1 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2 Bantu membatnu bila diserang musuh
F3 Sering mengadakan mesyuarat
F4 Kerjasama dalam ekonomi
F5 Kerjasama pertahanan
F6 Kerjasama ekonomi
F7 Kerjasama politik
F8 Pertukaran budaya
F9 Hormati kedaulatan negara lain
F10 Bertindak satu suara
Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan dapat dielakkan?
F1 Melalui kerjasama masyarakat antarabangsa
F2 Melalui PBB
F3 Kerjasama serantau
F4 Hubungan baik antara negara jiran
F5 Hormat menghormati antara negarea
F6 Kuasa besar tidak menyerang negara lain sewenang-wenangnya
Mana-mana yang munasabah
Jelaskan kebaikan yang diperoleh Malaysia dengan menjalinkan hubungan antarabangsa
F1 Mewujudkan hubungan diplomatik
F2 Menjamin hak asasi manusia
F3 Mengelakkan pertelingkahan
F4 Membangunkan ekonomi negara
F5 Pasaran ekonomi meluas
F6 Meningkatkan nilai ringgit Malaysia
F7 Membangunkan prasarana pendidikan
F8 Pertukaran kepakaran / teknologi
F9 Mengadakan rundingan/perbincangan
F10 Pertukaran ilmu
F11 Pertukaran pelajar
Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk mengelak berlakunya peperangan ?
F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2 Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
F3 Menanam kesedaran pentingnya keamanan
F4 Mengutamakan keharmonian kaum
F5 Berbaik-baik dengan semua negara
F6 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
F7 Mematuhi matlamat Piagam PBB
F8 Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
F9 Kerjasama di peringkat antarabangsa
F10 Bersama-sama menentang keganasan
F11 Meningkatkan taraf hidup rakyat
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban negara dunia?
F1 Kehancuran perpaduan manusia
F2 Kemusnahan/ kehilangan warisan bangsa
F3 Kehilangan nyawa
F4 Keruntuhan ekonomi
F5 Kemunculan kuasa besar/ besar
F6 Kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
F7 Kehancuran negara bangsa
F8 Kehilangan hak asasi manusia
[mana-mana jawapan munasabah]
Tuesday, October 23, 2012
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
a.Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. (5 markah)
Isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat. Mereka juga mengambil kira tentang pemberian kuasa autonomi kepada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, isu kedudukan raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu turut mendapat perhatian utama.
Selain itu, isu agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan turut diutamakan. Malah, isu kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan kerakyatan jus soli turut diberi perhatian.
b.Jelaskan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (10 markah)
Antara isi-isi penting ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan iaitu pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri. Dengan itu, diwujudkan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri, iaitu terdapat senarai persekutuan dan senarai negeri pada peringkat negeri dan Negara.
Selain itu, institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan manakala diwujudkan tiga jenis kerakyatan, iaitu secara kuat kuasa undang-undang, secara permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli telah diterima.
Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu tetap dikekalkan manakala agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan.
Tanah Simpanan Melayu terus dikekalkan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara.
Yang Dipertuan Agung menjadi ketua negara dan pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang terletak di bawah kuasa parlimen.
Di peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri yang dibantu oleh EXCO.
HIJRAH
a.Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?(4 markah)
Hijrah bermaksud berpindah. Dalam pengertian tamadun Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah bertujuan mengukuhkan kedudukan Islam. Hijrah juga membawa maksud semangat ingin berubah sikap, dan cara berfikir di samping sebagai strategi baru menyebarkan Islam.
b.Berikan hujah untuk menolak dakwaan orientalis Barat yang menuduh hijrah sebagai suatu pelarian. (4 markah)
Penghijrahan umat Islam kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjian Aqabah Kedua.
kedua, ketibaan umat Islam Makkah ke Madinah juga disambut dengan rela dan meriahnya oleh penduduk Madinah.
Ketiga, orang Islam Makkah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka.
Keempat, nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah. Malah penghijrahan itu adalah atas perintah Allah.
.
c.Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam. (8 markah)
Melalui hijrah, dakwah Islamiah dapat dilakukan secara aman dan dilakukan secara terbuka tanpa berselindung lagi.
Dengan hijrah, terjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan suku Arab Madinah. Nabi telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah dan Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan. Lebih hebat lagi, mereka diberi modal berniaga, tempat tinggal dan jaminan keselamatan.
Selain itu, hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Hijrah juga berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj sekaligus melahirkan kehidupan harmoni di Madinah.
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membina Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat ibadat, belajar dan membincangkan masalah.
Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud kota bercahaya. Ini telah menjadikan Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Dengan hijrah juga wujud penggunaan takwim Islam mengikut kiraan tahun hijrah yang digunakan secara rasmi oleh Khalifah Umar.
Yang lebih penting, hijrah telah merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua negara.
d.Sebagai pelajar, bagaimanakah hijrah dapat dijadikan amalan untuk meningkatkan kecemerlangan diri? (4 markah)
Sebagai pelajar, kita perlu berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin. Kita juga perlu strategi belajar yang berkesan dan terancang untuk mencipta kejayaan. Kita juga perlu membuang sifat nakal agar menjadi murid yang baik. Kita juga perlu belajar menepati masa dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencipta kejayaan.
Saturday, October 20, 2012
TAJUK SANGAT PENTING (TERKINI)
BAB 1Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal
• Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam
• Tamadun awal yang terbina di lembah sungai
• Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
• Ciri tamadun awal
• Peranan petempatan kekal dalam proses pembinaan tamadun
BAB 2
**Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Pemerintahan)
• Sejarah kemunculan sistem pemerintahan demokrasi di Athens, Yunani
• Ciri pemerintahan demokrasi di Athens
• Ciri pemerintahan republik di Rom
• Ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India
• Pelaksanaan sistem birokrasi awam dalam tamadun China
Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Perundangan)
• Pembentukan undang-undang Yunani
• Jenis dan ciri undang-undang Rom
• Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun India
• Pelaksanaan undang-undang berasaskan falsafah Legalisme & Confucius dalam tamadun China
• Kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara
Peningkatan Tamadun Manusia (Perluasan Kuasa)
• Perluasan empayar Yunani oleh Alexander The Great
• Perluasan empayar Rom oleh Augustus Caesar
• Perluasan empayar Maurya oleh Chandragupta Maurya dan Asoka
• Perluasan empayar Dinasti China oleh Shih Huang Ti
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Ekonomi)
• Punca yang menyebabkan negara kota Yunani menumpukan bidang perdagangan
• Faktor yang mendorong kemajuan perdagangan dalam tamadun India
• Kemajuan bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China
• Sebab berlakunya peningkatan dalam bidang ekonomi
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Pendidikan)
• Falasafah pendidikan Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani
• Falsafah pendidikan Rom yang menekankan ilmu praktikal
• Pendidikan berteraskan ilmu agama dalam dalam tamadun India
• Pendidikan awam dalam tamadun China
BAB 3
Kerajaan Agraria dan Maritim
• Ciri kerajaan agraria
• Faktor kejayaan kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian
• Ciri kerajaan maritim
• Faktor kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
• Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung
**Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
• Cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
• Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan
• Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap seni bina candi di Asia Tenggara
• Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara
TEMA 8 (BAB 4 – BAB 8 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 2 SOALAN
BAB 4
Penyebaran Islam di Makkah
• Cara Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam di Makkah
• Rasional Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia
• Tokoh awal yang memeluk Islam
• Usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
• Langkah Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi cabaran
BAB 5
Hijrah
• Pengertian Hijrah
• Faktor Nabi mengarahkan umat Islam berhijrah ke Madinah
• Peristiwa yang membawa kepada Hijrah
• Kepentingan Hijrah kepada umat Islam
• Nilai daripada peristiwa Hijrah
**Piagam Madinah
• Maksud Piagam Madinah
• Kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial
• Kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah
• Kepentingan Piagam Madinah dalam pembinaan negara
• Pelaksanaan Piagam Madinah dalam konteks masyarakat majmuk
**Penyebaran Islam Semasa di Madinah
• Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam
• Alasan menyangkal dakwaan orientalis Barat yang mengatakan Islam menggunakan peperangan untuk menyebarkan Islam
• Tujuan peperangan dalam Islam
• Peraturan yang mesti dipatuhi semasa berperang
• Keburukan peperangan
• Langkah mengelakkan peperangan
BAB 7
**Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
• Teori dan bukti Islam datang terus dari Tanah Arab
• Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui India
• Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui China
• Faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara
**Penyebaran Islam di Asia Tenggara
• Cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam
• Cara yang digunakan oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam
• Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
• Peranan pusat kebudayaan Islam dalam menyebarkan Islam
• Peranan mubaligh menyebarkan Islam
TEMA 9 (BAB 9 – BAB 10 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
**Zaman Gelap di Eropah
• Maksud Zaman Gelap
• Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
• Keadaan ekonomi pada Zaman Gelap
• Keadaan sosial pada Zaman Gelap
• Perubahan yang berlaku di Eropah pada penghujung Zaman Gelap
Gerakan Reformation
• Maksud reformation
• Faktor berlakunya gerakan reformation
• Perkembangan gerakan reformation di Eropah
• Kesan gerakan reformation
**Kesan Revolusi Perindustrian di Eropah (Hubungan Pekerja – Majikan)
• Gerakan Luddite
• Langkah menghalang gerakan pekerja
• Bentuk penindasan terhadap golongan pekerja
• Usaha membela nasib golongan pekerja
BAB 10
**Pembandaran di Tanah Melayu
• Maksud pembandaran
• Faktor kemunculan bandar baru
• Fungsi bandar baru
• Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan
• Langkah mewujudkan pembandaran seimbang
Pendidikan vernakular di Tanah Melayu
• Ciri pendidikan vernakular
• Perkembangan sekolah Melayu
• Perkembangan sekolah Cina dan Tamil
• Perkembangan sekolah Inggeris
• Sebab pendidikan vernakular tidak berjaya memupuk perpaduan
TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 1
**Birokrasi Barat di Asia Tenggara
• Ciri sistem pemerintahan tradisional di negara-negara Asia Tenggara
• Ciri sistem birokrasi di negara-negara Asia Tenggara
• Pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat di IndoChina
• Pelaksanaan pentadbiran peringkat tempatan di Filipina
• Kesan pelaksanaan sistem birokrasi
Nasionalisme di Asia Tenggara
• Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
• Ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
• Perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
• Langkah penjajah mennangani gerakan bersifat radikal
• Kelainan gerakan nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara lain
BAB 2
**Akhbar, Majalah dan Novel Melayu Tahun 1930-an
• Judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu tahun 1930-an
• Isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar Melayu
• Persoalan yang menjadi topik dalam Majalah Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu
• Mesej semangat kebangsaan dalam novel Melayu tahun 1930-an
• Persoalan semasa berkaitan media cetak pada hari ini
**Perjuangan Persatuan-Persatuan Melayu
• Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
• Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
• Kegiatan bersifat politik Kesatuan Melayu Muda
• Sebab kurangnya penglibatan masyarakat Sabah dalam persatuan
• Kepentingan Kongres Melayu 1939 dan 1940
TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 3 SOALAN
BAB 3
Pembinaan Negara dan Bangsa
• Faktor pembinaan negara bangsa moden di Eropah
• Maksud realpolitik
• Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Jerman dan Itali
• Kaedah pembinaan negara Islam Madinah
• Kaedah pembinaan negara dan bangsa Malaysia
BAB 5
**Pakatan Murni
• Maksud pakatan murni
• Faktor yang mewujudkan pakatan murni
• Langkah mewujudkan pakatan murni
• Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni
• Kejayaan pakatan murni
• Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Penubuhan dan peranan Suruhanjaya Reid
• Isu yang diutamakan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan
• Langkah ke arah menghasilkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
• Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
BAB 6
**Pembentukan Malaysia 1963
• Faktor dan cadangan pembentukan Malaysia
• Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
• Peranan dan penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
• Penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
BAB 8
**Perpaduan Kebangsaan
• Kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
• Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
• Matlamat kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Ciri Kebudayaan Kebangsaan
• Peranan sukan ke arah memupuk perpaduan
• Kepentingan perpaduan
Dasar Pelajaran Selepas Kemerdekaan
• Matlamat dan kandungan Penyata Razak 1956
• Kandungan Penyata Razak yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
• Syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960
• Kandungan Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Laporan Rahman Talib
• Pengenalan sistem persekolahan Aneka Jurusan 1969 mengikut Kajian Aminudin Baki 1965
• Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
• Hala tuju pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988
Wawasan 2020
• Konsep Wawasan 2020
• Teras Kemajuan Bersepadu mengikut Wawasan 2020
• Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020
• Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
• Ciri masyarakat Malaysia mengikut Wawasan 2020
• Tanggungjawab warganegara Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020
TEMA 12 (BAB 9 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
Blok Dunia dan Perang Dingin
• Maksud blok dunia
• Faktor kemunculan blok dunia
• Sebab berlakunya perang dingin
• Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis
• Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
• Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga
**Dasar Luar Malaysia
• Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
• Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat
• Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali
• Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi
• Faedah mengadakan hubungan luar
Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)
• Matlamat penubuhan ASEAN
• Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
• Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN
**Cabaran Masa Depan
• Kepentingan ICT
• Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
• Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
• Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat
. Langkah mewujudkan K-Masyarakat
TERKINI:TAJUK-TAJUK PERUNCINGAN JPN KELANTAN
TAJUK-TAJUK PERUNCINGAN SPM 2012
TINGKATAN 4
Bab 1 TAMADUN AWAL
Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1. Dua buah dinasti yang memerintah
2. Sumbangan
3. Kemajuan dalam pertanian
4. Usaha membangunkan sektor pertanian
BAB 2PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1. Sumbangan dalam ekonomi - pertanian dan perdagangan
2. Monumen tinggalan sejarah
3. Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4. Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5. Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6. Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7. Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8. Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)
Bab 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kerajaan Maritim ( KEDAH TUA DAN SRIVIJAYA) ( JPN KEDAH )
1. Faktor perkembangan
2. Srivijaya sebagai kerajaan maritime
3. Kemajuan dalam bidang perdagangan (KBKK)
Pengaruh Hindu dan Buddha ( NEGERI SEMBILAN )
1. Cara kedatangan
2. Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran kerajaan awal
3. Mengapa perlu pertahankan institusi berja di Malaysia (KBKK)
Bab 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Hijrah ( KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING )
1. Maksud
2. Sebab hijrah
3. Peristiwa hijrah
4. Kepentingan hijrah
5. Piagam Madinah
6. Cara nabi Muhammad s.a.w sebar Islam di Madinah
7. Iktibar peristiwa hijrah (KBKK)
8. Ciri-ciri kepimpinan nabi (KBKK)
Pembukaan Semula Kota Makkah ( PERAK )
1. Faktor Pembukaan Kota Makkah
2. Kepentingan pembukaan
3. Iktibar pembukaan semula Makkah
4. Peperangan dalam Islam - tujuan, garispanduan, cara elak peperangan
Bab 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN
PertembunganTamadun Islam denganTamadun lain di dunia ( PERAK, SBP )
1. Cara pertembungan
2. Tamadun terlibat
3. Kesan pertembungan
4. Mengapa Negara perlu tingkatkan kecemerlangan dalam pendidikan(KBKK)
5. Bagaimana anda membantu Negara membina kecemerlangan dalam pendidikan ( KBKK)
Bab 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu ( TERENGGANU,MELAKA,KELANTAN)
1. Perana pendakwah Islam di Asia Tenggara.
2. Kesan dalam pemerintahan/pentadbiran dan perundangan
3. Kesan dalam ekonomi – perdagangan, matawang, cukai
4. Ciri-ciri menjadi pemimpin (KBKK)
5. Sumbangan bidang perdagangan kepada Negara ( KBKK)
6. Kesan penyebaran Islam terhadap cara hidup
7. Langkah mengekalkan Malaysia kuasa perdagangan (KBKK)
Bab 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perkembangan di Eropah ( KELANTAN, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, SBP)
1. Zaman Gelap – maksud, sebab terjadi, ciri, sebab berjaya keluar dari zaman gelap, mengapa perdagangan tidak berkembang
2. Peranan baron
3. Keadaan petani zaman gelap
4. Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan
5. Faktor zaman gelap berakhir
6. Perbandingan sistem feudal dengan Ker. Melayu Melaka.
7. Revolusi Pertanian dan Perindustrian.
8. Iktibar zaman gelap/ bagaimana mampu menyaingi kemajuan Eropah (KBKK)
9. Usaha bagi elakkan zaman gelap berlaku di negara kita. (KBKK)
Bab 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA( TERENGGANU)
Kesan-kesan Dasar Ekonomi
1. Peraturan Tanah sebelum dan selepas kedatanagan British
2. Tujuan peraturan tanah
3. Dua jenis tanah yang diperkenalkan British
4. Peningkatan nilai tanah masa kini – mengapa (KBKK)
5. Cara memajukan sector hartanah – (KBKK)
TINGKATAN 5
BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA (MELAKA )
1. Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
2. Perkembangan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
3. Tindakan elakkan penjajahan (KBKK)
BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
( KEDAH, KELANTAN, PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, TERENGGANU, SBP)
1. Faktor pemangkin
2. Gerakan Islah – tokoh, maksud, akhbar, isu perjuangan, halangan,
3. Persatuan Melayu – tujuan, kejayaan dicapai, kegiatan
4. Kesatuan Melayu Muda - perkembangan , matlamat
5. Faedah menyertai persatuan di sekolah (KBKK)
6. Sikap pemimpin persatuan yang boleh dicontohi (KBKK)
7. Cara membangkitkan nasionalisme di Negara kita (KBKK)
8. Aktiviti memupuk semangat patriotic (KBKK)
9. Islah membantu memaju pemikiran / sumbangan gerakan Islah (KBKK)
10. Cabaran Malaysia menjadi negara maju (KBKK)
11. Adakah system pendidikan Malaysia dapat lahirkan modal insan cemerlang ? Nyatakan alasan. (KBKK)
Bab 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA ( KEDAH)
1. Warisan Kesultanan Melayu Melaka
2. Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan
3. Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK)
BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA (PERAK , NEGERI SEMBILAN )
1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Tokoh terlibat, isu menjadi panduan
- Suruhanjaya Reid - peranan
- Isi kandungan PTM 1957
- Kepentingan PTM 1957
2. Bagaimana PTM mendapat kemerdekaan (KBKK)
3. Sumbangan anda mengisi kemerdekaan (KBKK)
BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGANU, PERAK , SELANGOR, NEGERI SEMBILAN , SBP, MELAKA, MERSING, KEDAH )
1. Pembentukan Malaysia
- Cadangan
- Negeri yang terlibat
- Faktor
- Reaksi
- Langkah kearah pembentukan
- Manafaat penubuhan Malaysia
- Iktibar menjayakan penubuhan Malaysia.
2. SuruhanjayaCobbold
- Nama ahli
- Tujuan penubuhan
- Cadangan
3. Faedah pembentukan Malaysia (KBKK)
4. Bagaimana menjayakan gagasan Malaysia (KBKK)
5. Kerjasama kearah pembentukan Malaysia (KBKK)
6. Ciri-ciri kepimpinan pemimpin dalam usaha pembentukan Malaysia (KBKK)
7. Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK)
BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGGANU, NEGERI SEMBILAN )
1. Pilihanraya – SPR, Syarat pengundi, Calon, Proses pilihan raya, kepentingan pilihan raya
2. Badan Perundangan – syarat ahli dewan Negara, fungsi badan perundangan, proses lulus undang-undang
3. Peranan anda pastikan pilihan raya berkesan (KBKK)
4. Wajarkah pilihan raya diadakan di sekolah(KBKK)
5. Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan system pemerintahan Negara (KBKK)
6. Sebab-sebab badan kehakiman diperlukan di setiap negara (KBKK)
Bab 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN (PERAK, SBP, KEDAH, SELANGOR,TERENGGANU )
1. Pembangunan dan Perpaduan Bangsa
a. Laporan Barnes
b. Penyata Razak
c. Akhta Bahasa Kebangsaan
d. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
e. Sukan Untuk Perpaduan – bagaimana boleh pupuk perpaduan
f. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KBKK)
g. Cadangan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (KBKK)
h. Kepentingan perpaduan kepada Negara(KBKK)
i. Wawasan 2020 – tanggungjawab rakyat (KBKK)
2. Rukun Negara - mengapa diperkenalkan
Bab 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA (KELANTAN, KEDAH, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, MERSING, PERAK,SBP)
1. Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK), cara tingkatkan imej Negara (KBKK)
2. Perang Dunia 1 - faktor,peristiwa, kesan,
3. Perang Dunia Kedua – sebab, kesan
4. Malaysia dalam pertubuhan serantau – faedah, sumbangan, kejayaan
5. Langkah elak peperangan dan mewujudkan kesejahteraan (KBKK)
Kepentingan semangat setiakawan (KBKK)
Tuesday, September 18, 2012
TAJUK RAMALAN 2012
Tingkatan 4
1. Bab 1 : Tamadun Hwang Ho
2. Bab 2 : Peningkatan Pendidikan
3. Bab 3 :Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
4. Bab 5 :Perjanjian Aqabah dan Hijrah / Pembukaan Kota Makkah
5. Bab 7 : Pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam pentadbiran, undang-undang, bahasa/kesusasteraan dan cara hidup
6. Bab 9 : Revolusi Pertanian dan Perindustrian
Tingkatan 5
1. Bab 2 : Faktor Pemangkin Nasionalisme dan Gerakan Islah
2. Bab 5 : Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
3. Bab 6 : Faktor Pembentukan Malaysia
4. Bab 7 : Lambang Negara – Jata dan Bendera Negara
5. Bab 8 : Rukun Negara / Dasar Pendidikan Kebangsaan / Akta Bahasa Kebangsaan / Wawasan 2020
6. Bab 9 : Perang Dunia Pertama
Tuesday, August 21, 2012
BAB 10 TINGKATAN 4
BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
Pengenalan.
Tanah Melayu awalnya dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas ).
Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Perancis, Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri mereka.
Pertapakan kuasa-kuasa ini telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial.
British mulai bertapak di Tanah Melayu pada 1786 di Pulau Pinang, 1819 di Singapura dan 1824 di Melaka.
EKONOMI TRADISIONAL.
PENGERTIAN
• Dikenali sebagai ekonomi sara diri
• Merujuk aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan lebihan produk
untuk tujuan pemasaran.
• Ekonomi untuk memenuhi keperluan sendiri
CIRI-CIRI
• kegiatan: melombong bijih timah, menanam padi ,memungut hasil hutan, menternak binatang, menangkap ikan
• berskala kecil
• teknologi mudah
• kegunaan keluarga
• lebihan untuk tukaran barangan lain
• dilakukan bersama ahli keluarga
EKONOMI DAGANGAN.
PENGERTIAN
Merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.
Pengeluaran
o dalam skala besar
o tenaga buruh yang banyak
o modal besar
o teknologi tinggi
o pemasaran yang luas.
Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah pasarkan hasil bijih ke China, India dan Jepun.
Bijih juga digunakan oleh orang Melayu untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alat muzik seperti gong.
Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
Kaedah perlombongan : mendulang.
Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan ( komersial ).
Penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur.
Kewujudan permintaan biojih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan pertanian yang berkembang pada abad ke 19.
SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL.
British menekankan sektor pertanian berasaskan eksport kerana pertanian komersial merupakan penyumbang utama sumber pendapatan British di Tanah Melayu.
Tanaman komersial yang digalakkan ialah :
o Ubi kayu
o Tebu
o Lada hitam
o Gambir
o Tembakau
o Kopi
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir di Johor dilaksanakan melalui Sistem Kangcu.
Pemodal Eropah dan China banyak menumpukan kepada pertanian komersial.
Mereka dapat menguasai pertanian komersial ini kerana :
o Mempunyai modal
o Mempunyai teknologi tinggi
o Mendapat konsesi tanah yang luas
o Mendapat tempoh pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu sebaliknya masih terikat dengan pertanian sara diri.
Pada abad ke 19, British hanya menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal China mengusahakan lada hitam, gambir dan ubi kayu.
Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
PERUSAHAAN GETAH.
Revolusi Industri telah meningkatkan permintaan getah terutamanya untuk perusahaan automobil.
Bagi memenuhi permintaan getah, British memperkenalkan tanaman getah sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu.
Usaha memperkembangkan perusahaan getah dijalankan oleh H.N.Ridley.
Ridley selain mengagihkan benih getah secara percuma telah menemui cara menoreh secara sistem ibidem ( tulang ikan ) yang tidak merosakkan pokok.
Perkembangan industri pembuatan barangan penggunaan seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah.
Kesannya, harga getah melambung tinggi dan perusahaan ini menjadi perusahaan terpenting di Tanah Melayu.
Kemasukan modal asing melalui syarikat perwakilan di Tanah Melayu juga membantu perkembangan perusahaan ini dan pembukaan ladang-ladang baru.
Perluasan kawasan tanaman juga ada kaitan dengan dasar British yang memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.
Antara dasar British :
o Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
o Membina infrastruktur seperti jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
o Untuk mengatasui kekurangan buruh, British membawa masuk pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Industri Getah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia.
Rancangan Stevenson telah diperkenalkan untuk mengatasi kejatuhan harga getah secara berterusan.
Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar dan dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928.
INDUSTRI PERLOMBONGAN
Tanah Melayu sangat kaya dengan bahan galian sehingga di gelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas oleh pedagang India.
Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah melayu sejak abad ke 9 lagi.
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian dari British kerana ia mendatangkan keuntungan lantaran permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Penglibatan pengusaha dari China berlaku secara nyata mulai abad ke 19.
Pada peringkat awal kedatangan mereka, pembesar Melayu mengawal dan memantau sepenuhnya kegiatan mereka.
Penguasaan pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui aspek :
o Pengusaha dari China mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan
o Pembesar Melayu akan memastikan bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka .
o Harga timah akan ditentukan oleh pembesar Melayu sendiri.
Penguasaan orang Melayu terhadap perlombongan bijih timah berubah apabila pemodal Eropah mulai menguasai sektor ini.
Awal abad ke 20, industri perlombongan mulai dikuasai pelombong dari Eropah.
Pemodal Eropah dapat menyaingi pengusaha Cina kerana :
o Kemampuan menyediakan modal untuk teknologi tinggi iaitu kapal korek
o Perlombongan secara besar-besar menggunakan kapal korek.
o Perlombongan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
o Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial di semua peringkat sektor ini.
Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari Negeri Selat kerana kekurangan modal.
Faktor penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah pada abad ke 20 merosot adalah akibat pengenalan kapal korek.
PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR.
Kepesatan pembangunan pertanian dan perlombongan oleh kolonial British menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga buruh tempatan untuk aktiviti ekonomi di Tanah Melayu.
British membawa masuk buruh dari China dan India untuk bekerja di sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
Faktor penghijrahan buruh China dan India ke Tanah Melayu :
o Galakan British
o Tiadanya tentangan dari orang Melayu
o Wujudnya hubungan tradisi antara orang India dengan Tanah Melayu
o Kemakmuran Tanah Melayu dalam sektor ekonomi membuka peluang pekerjaan
Kemasukan Buruh dari China.
Kemasukan melalui beberapa cara iaitu :
o Sistem tiket kredit
o Sistem pengambilan kakitangan
o Sistem pengambilan rumah kongsi
Sistem Tiket Kredit
o Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China oleh kheh thau ( ketua) sebelum dibawa ke pelabuhan.
o Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa.
o Bakal imigran dikenali sebagai sin kheh ( imigran miskin yang tidak mampu membiayai perjalanan mereka ke Tanah Melayu )
o Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran.
o Sin kheh membuat perjanjian lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan mereka dalam suatu tempoh tertentu.
o Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan :
Pelabuhan yang akan dituju.
Keterangan sama ada Sin kheh bebas atau berhutang.
o Sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh apabila sampai ke pelabuhan
o Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu
Mac 1872, British mewujudkan jawatan pelindung buruh dari China untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China
30 Jun 1914, sistem ini digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan atau sistem pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
o Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
o Tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan
o Pegawai tersebut perlu mengiringi buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi.
o Pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
o Perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai ke Tanah Melayu akan dibiayai oleh pegawai tersebut.
o Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.
Charles Brooke kemudiannya telah mengubah cara pengambilan buruh China dengan mengadakan tajaan melalui syarikatnya di Singapura.
Di Sarawak, kemasukan imigran berketurunan Foochow secara berkumpulan terlaksana berikutan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu, Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
Buruh Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.
KEMASUKAN BURUH DARI INDIA.
Kemasukan buruh dari India melalui beberapa cara :
o Sistem buruh bebas / merdeka
o Sistem kontrak
o Sistem kangani
Sistem Buruh Bebas / Merdeka
o Datang sendiri dengan biayaan masing-masing
o Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu
o Mereka bebas melilih tempat atau pekerjaan yang dikehendaki di Tanah Melayu.
Sistem kontrak
o Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
o Sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu (1 - 3 tahun) dengan bayaran paling minima ( 9 – 13 sen sehari ).
o Sistem kontrak digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung Imigresen India , 1907 kerana ia dianggap satu bentuk perhambaan tidak ketara .
Sistem Kangani
o Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur.
o Kangani yang dipercayai oleh majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
o Akangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perjalanan buruh tersebut ke Tanah Melayu.
o 1938, sistem ini diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani sendiri.
INSTITUSI KEWANGAN DAN INSURANS.
Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan.
Selain mata wang emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain digunakan di Tanah Melayu seperti :
o Dinar emas di Kelantan
o Wang dan kupang emas di Terengganu
o Jongkong tampang di Pahang
Pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.
Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada 1580
1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Selat di bawah Ordinan XIII.
Pengenalan wang kertas ini menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.
Untuk mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank.
Ia bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.
Sistem pinjaman yang diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
Penubuhan bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Dana dari luar juga dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.
Bank juga dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan menjadikan perniagaan antarabangsa lebih licin.
Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank, pada 1859.
Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau komprador.
Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank menjadi penaja kepada peminjam.
Awal abad 20, pemodal tempatan mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri.
Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank.
Bank perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese Banking Corporation Limited.
Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama.
Perkhidmatan Insurans.
Perkhidmatan insurans juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Antara insurans yang penting ialah :
o insurans maritim / kelautan
o insurans kebakaran
o insurans harta
o insurans perniagaan dan kemalangan
o insurans nyawa
Keperluan perkhidmatan insurans maritin berkait dengan peningkatan pengangkutan laut dalam sektor perdagangan.
Insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
Insurans kebakaran wujud kerana sering berlaku kebakaran seperti kebakaran pada 1881 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur.
Di peringkat awal , syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
Akhir abad ke 19, barulah muncul syarikat insurans yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited.
Pada 1917, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran.
1948, enakmen enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.
British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu.
Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.
British juga telah mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Untuk meneruskan penguasaan British trhadap ekonomi, undang-undang berkaitan pemilikan tanah turut diperkenalkan .
Tujuannya ialah untuk melindungi orang Melayu dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada diceroboh oleh pemodal dan pelabur asing.
UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH.
Sebelum kedatangan British, pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama kerana :
o Wujud kawasan yang luas
o Kepadatan penduduk yang rendah
Hal yang berkaitan dengan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mestilah mendapat kebenaran pembesar Melayu
Tanah merupakan sumber dan tunggak kuasa politik serta mencrminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
Undang-undang adat : tanah yang diteroka dan diusahakan oleh sesorang akan menjadi miliknya dan boleh diwarisi generasi seterusnya.
Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan keadaan di Barat.
Ini adalah kerana pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna yang mencatatkan pemiliknya.
Bagi British, rekod bertulis penting kerana :
o Dapat menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
o Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga iaitu pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian.
o Mengikut konsep barat, tanah boleh dicagarkan untuk mendapatkan modal.
British telah memperkenalkan undang-undang tanah berteraskan konsep barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.
Undang-undang tanah barat yang pertama di perkenalkan ialah Peraturan Tanah Perak 1879 diikuti Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah Sungai Ujong, 1887.
Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, setiap negeri mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen.
Pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens ( dijalankan di Australia ) telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan tanah di Negeri- Negeri Melayu.
British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah
Individu atau syarikat yang ingin mengusahakan sesuatu tanah perlu membuat permohonan daripada Pejabat Tanah dan bukan lagi daripada pembesar Melayu.
Orang Melayu perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
Undang undang Tanah memberi kuasa kepada Residen negeri menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
Residen mengambil kira aspek modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia dalam membuat keputusan permohonan tanah untuk aktiviti ekonomi.
Dasar British juga membawa kepada pengenalan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu terutamanya untuk urusan pembayaran cukai hasil hutan, jual beli, sewa tanah, membeli barang keperluan dan perkhidmatan.
Penggunaan wang menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar kehilangan tanah mereka di tangan orang tengah yang menjadi peminjam wang kepada mereka.
25.11.1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan tujuan :
o menjamin kelangsungan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
o mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Akta ini membolehkan Residen mengisytiharkan mana-mana kawasan milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. ( TSM ) dan mengelakkan ia dijual atau ditukar milik kepada bukan Melayu.
Hakikatnya, TSM adalah untuk melindungi ekonomi British. Buktinya:
o Tanaman komersial tidak dibenarkan di TSM
o Kebanyakkan kawasan TSM tidak subur
o Walaupun besar tetapi tidak sesuai untuk ekonomi perladangan
Di Sarawak, Land Order, 1931 telah diperkenalkan untuk melindungi tanah pribumi dan milik komuniti daripada diceroboh oleh pengusaha dari China.
1933, Land Settlement diperkenalkan untuk memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.
Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan kepada orang asing.
Berdasarkan undang undang 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.
Land Order 1948 bahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu :
o Kawasan tanah campuran
o Kawasan tanah simpanan
o Kawasan tanah pedalaman
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak di kawasan tanah campuran sahaja.
Di Sabah, Proklamasi III, Perlindungan Hak Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889
Peraturan ini menetapkan :
o Kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
o Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi
o Penduduk pribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.
Kebanyakan pekebun kecil adalah orang Melayu.
British berusaha mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.
Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan untuk melarang penanaman getah di kawasan padi.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
Premium untuk pembukaan tanah baru untuk menanam getah dinaikkan.
Pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang sama sekali pada tahun 1930an
Di peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan tidak membimbangkan pengusaha Eropah dan kerajaan British.
Kemerosotan harga getah pada tahun 1930an menyebabkan British mula meliandungi pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.
Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Dikuatkuasakan dari November 1922 hingga Oktober 1928.
1934, dilaksanakan pula Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
Pekebun kecil diberi kuota yang rendah dan ditekan kerana British melihat golongan ini sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
Usaha usaha lain untuk meningkatkan harga getah oleh British turut memberikan kesan negatif kepada pekebun pekebun kecil.
Orang Melayu tidak mahu menanam padi kerana pulangan yang lebih lumayan dengan penanaman getah.
Kesannya, Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Myanmar dan Indo-China.
Untuk mengelakkan pergantungan bekalan beras dari luar, British bukan sahaja memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 dan TSM tetapi juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memperbaiki sistem perparitan dan tali air dan membantu kegiatan penanaman padi.
Keutamaan British sewaktu menjajah Tanah Melayu ialah ekonomi penjajah dan ekonomi peladang atau kelas komprador manakala kepentingan orang Melayu dinafikan.
Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebun kecil menyebabkan mereka jauh ketinggalan dari segi modal dan teknik baru.
KESAN KESAN DASAR EKONOMI.
Perbandaran
Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.
Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.
Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan:
o Mengalami pertambahan penduduk
o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong
o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.
Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.
Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.
Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.
Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar bandar.
Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.
Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.
Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan
Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.
Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.
Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.
Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
Dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke Tanah Melayu.
Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan dibezakan mengikut kaum.
Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di bandar.
Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain.
Sistem Pendidikan Vernakular.
Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.
Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.
British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )
Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885
Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.
Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.
Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.
Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu.
Pendidikan Tamil
Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar
Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.
Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan China.
Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa ( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.
Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari China.
1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.
Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British
Pendidikan Inggeris.
Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.
Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana:
o Terletak di bandar
o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.
Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu.
Sektor Perkilangan.
Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.
Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.
Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.
Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.
1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.
Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.
Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.
Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.
Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.
Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.
Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.
1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.
Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.
Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yang banyak.
Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.
Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.
Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.
Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
Perkhidmatan Kesihatan.
Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.
Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.
Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.
Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.
Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.
1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.
Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Ada juag hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina.
Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.
Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.
Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.
1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.
Sunday, August 5, 2012
WAWASAN 2020
WASAWAN 2020 (Soalan Target 2012)
(a) Apakah yang anda faham mengenai Wawasan 2020. [ 4 markah ]
F1 gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
F2 Dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad
F3 Pada 28 Februari 1991
F4 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F5 Menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia
F6 Kemajuan yang diharapkan tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata / seperti yang berlaku di barat
F7 Inginkan kemajuan bersepadu
(b) Terangkan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. [ 10 markah ]
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
H1b Dapat dicapai melalui dasar kerajaan sepeerti Dasar pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan / Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
F2 Membina masyarakat berjiwa bebas / tenteram dan berkeyakinan
H2a Rakyat Malaysia perlu gagah menghadapi pelbagai masalah
H2b Bangsa yang gagah dapat memajukan negara / mengangkat martabat bangsa / menangkis musuh negara
F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Masyarakat demokratik bebas memilih kerajaan
H3b Perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan disalurkan melalui saluran yang betul
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a Kemajuan fizikal diimbangkan dengan moral dan etika
H4b bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya unggul
H4c kepatuhan kepada agama / pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang / keberkesanan sistem pendidikan / keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
H5a dapat berfikir secara rasional / tidak bertindak melulu
H5b dapat membebaskan diri daripada berfahaman sempit / sedia menerima perubahan / pandangan orang lain
F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
H6b masyarakat bertunjangkan ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi
H6c mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti
H6c mempunyai amalan kreatif
H6d mempunyai sikap inovatif
F7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a dicirikan dengan kehidupan bermuafakat / saling memahami dan menghormati / bekerjasama dan saling membantu
H7b tidak individulistik / meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
H7c asas pembinaan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama / nilai-nilai murni amalan tradisi / institusi kekeluargaan
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a kemajuan negara yang dinikmati mkelompok tetrtentu akan membawa rasa tidak puas hati
H8b contoh berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
H8c keadilan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a masyarakat yang hidup dalam kemewahan
H9b mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9c pendapatan isi rumah / negara berada pada tahap yang tinggi
(c) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda boleh merealisasikan Wawasan 2020? [ 6 markah ]
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(a) Apakah yang anda faham mengenai Wawasan 2020. [ 4 markah ]
F1 gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020
F2 Dicetuskan oleh Dr. Mahathir Mohammad
F3 Pada 28 Februari 1991
F4 Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F5 Menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia
F6 Kemajuan yang diharapkan tidak menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata / seperti yang berlaku di barat
F7 Inginkan kemajuan bersepadu
(b) Terangkan sembilan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. [ 10 markah ]
F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
H1b Dapat dicapai melalui dasar kerajaan sepeerti Dasar pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan / Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1c Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
F2 Membina masyarakat berjiwa bebas / tenteram dan berkeyakinan
H2a Rakyat Malaysia perlu gagah menghadapi pelbagai masalah
H2b Bangsa yang gagah dapat memajukan negara / mengangkat martabat bangsa / menangkis musuh negara
F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Masyarakat demokratik bebas memilih kerajaan
H3b Perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan disalurkan melalui saluran yang betul
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
H4a Kemajuan fizikal diimbangkan dengan moral dan etika
H4b bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya unggul
H4c kepatuhan kepada agama / pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang / keberkesanan sistem pendidikan / keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertoleransi
H5a dapat berfikir secara rasional / tidak bertindak melulu
H5b dapat membebaskan diri daripada berfahaman sempit / sedia menerima perubahan / pandangan orang lain
F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
H6a masyarakat yang maju dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
H6b masyarakat bertunjangkan ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi
H6c mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti
H6c mempunyai amalan kreatif
H6d mempunyai sikap inovatif
F7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
H7a dicirikan dengan kehidupan bermuafakat / saling memahami dan menghormati / bekerjasama dan saling membantu
H7b tidak individulistik / meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
H7c asas pembinaan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama / nilai-nilai murni amalan tradisi / institusi kekeluargaan
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
H8a kemajuan negara yang dinikmati mkelompok tetrtentu akan membawa rasa tidak puas hati
H8b contoh berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
H8c keadilan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur
H9a masyarakat yang hidup dalam kemewahan
H9b mempunyai taraf hidup yang tinggi
H9c pendapatan isi rumah / negara berada pada tahap yang tinggi
(c) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda boleh merealisasikan Wawasan 2020? [ 6 markah ]
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU
a)Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu (8 markah)
Faktor pertama ialah pengenalan system politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik tradisional. Ini kerana residen telah menggantikan pembesar tradisional. Perubahan sebegini telah mencabar amalan dan tradisi orang tempatan.
Selain itu, pendudukan Jepun turut membangkitkan nasionalisme. Slogan Asia Untuk Asia telah menarik perhatian masyarakat yang terpedaya dengan janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan. Akan tetapi kesengsaraan semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia juga turut menyumbang kebangkitan nasionalisme. Syeikh Muhammad Abduh telah memulakan gerakan itu sekaligus berjaya membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam.
Konflik perkauman yang timbul akibat penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari turut membangkitkan semangat.
b) Jelaskan perjuangan gerakan Islah (6 markah)
Golongan ini berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam iaitu kembali kepada ajaran Quran dan hadis. Antara tokoh Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin dan Syeid Sheikh al-Hadi. Mereka juga dikenali sebagai Kaum Muda. Mereka turut menerbitkan majalah seperti al-Imam dan Pengasuh.
Kaum Muda ini mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu. Mereka juga menubuhkan beberapa madrasah yang menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat. Mereka juga member peluang kepada kaum wanita mendapatkan pendidikan. Malangnya mereka ditentang hebat oleh Kaum Tua dan hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat sahaja.
c)Andaikan anda menjadi Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menjadikan persatuan tersebut sebuah persatuan yang paling berjaya di sekolah anda? Saya akan mewujudkan suatu perlembagaan yang jelas demi kebaikan persatuan. Selain itu, saya akan mewujudkan misi dan visi yang spesifik serta membuat perancangan yang baik. Saya juga akan membina kerjasama yang baik dengan seluruh persatuan di sekolah saya, di samping mengenakan yuran berpatutan demi kebaikan ahli. Akan tetapi, jika terdapat ahli yang tidak memberikan kerjasama saya akan mengenakan hukuman yang sewajarnya. Saya juga akan menerbitkan buletin persatuan sebagai salah satu aktiviti.
Subscribe to:
Posts (Atom)