1. Peningkatan ekonomi yang pesat berkembang dalam tamadun India dan tamadun China
2. Akta Pemagaran Tanah di Britain
3. Kesatuan Melayu Singapura dan Kesatuan Melayu Muda
4. Piagam Madinah
5. Kedatangan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu
6. Badan Perundangan - Dewan Negara dan Dewan Rakyat
7. Globalisasi
Tuesday, September 21, 2010
KATA TUGAS DALAM MENJAWAB SOALAN ESEI
1) Memberi fakta (F) sahaja
- Kata tugas seperti senaraikan, jelaskan, apakah, bagaimanakah, pada pendapat anda.
Contoh : Jelaskan ciri-ciri kalendar dalam Tamadun Hwang Ho
F1 30 hari sebulan
F2 360 hari setahun
F3 menentukan musim
F4 seperti menanam, menuai, perkahwinan, perburuan, dan pengkebumian
2) Memberi fakta (F) berserta huraian (H)
- Kata tugas seperti terangkan
Contoh : Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban dunia hari ini.
F1 Ilmu matematik
H1a seperti algebra
H1b dan geometri
F2 memperkenalkan sistem kalendar
H2a 12 bulan
H2b dan 365 hari setahun
F3 Maju dalam perubatan
H3a pengamal perubatan berstatus tinggi kerana berkhidmat dengan firaun
H3b mahir dalam pengawetan mayat
H3c dan pembedahan mayat
3)Memberi fakta (F), huraian (H) dan Contoh (C)
- Kata tugas seperti huraikan
Contoh : Huraikan faktor kebangkitan pemimpin tempatan menentang British
F1 Dasar penaklukan
H1a dengan menakluki daerah mereka
C1a seperti Naning, Terengganu dan Sarawak
- Kata tugas seperti senaraikan, jelaskan, apakah, bagaimanakah, pada pendapat anda.
Contoh : Jelaskan ciri-ciri kalendar dalam Tamadun Hwang Ho
F1 30 hari sebulan
F2 360 hari setahun
F3 menentukan musim
F4 seperti menanam, menuai, perkahwinan, perburuan, dan pengkebumian
2) Memberi fakta (F) berserta huraian (H)
- Kata tugas seperti terangkan
Contoh : Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban dunia hari ini.
F1 Ilmu matematik
H1a seperti algebra
H1b dan geometri
F2 memperkenalkan sistem kalendar
H2a 12 bulan
H2b dan 365 hari setahun
F3 Maju dalam perubatan
H3a pengamal perubatan berstatus tinggi kerana berkhidmat dengan firaun
H3b mahir dalam pengawetan mayat
H3c dan pembedahan mayat
3)Memberi fakta (F), huraian (H) dan Contoh (C)
- Kata tugas seperti huraikan
Contoh : Huraikan faktor kebangkitan pemimpin tempatan menentang British
F1 Dasar penaklukan
H1a dengan menakluki daerah mereka
C1a seperti Naning, Terengganu dan Sarawak
Thursday, September 16, 2010
SOALAN RAMALAN SEJARAH SPM 2010
Friday, September 3, 2010
TETAP BERSEMANGAT BELAJAR WALAUPUN MUSIM HARI RAYA
Hari raya ialah suatu yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak. Segala keperitan mengharungi ibadat puasa selama sebulan terubat apabila menjelmanya Aidil Fitri. Namun, sebagai pelajar kita jangan sekali-kali hilang tumpuan disebabkan oleh kemunculan Hari Raya.
Berikut adalah beberapa panduan belajar pada musim Hari Raya :
1. Tampal kata-kata amaran di pintu bilik
Anda perlu tampat kata-kata semangat atau amaran sebagai tanda peringatan. Manusia cepat lupa. Oleh itu, nota yang ditampal mampu membantu anda sentiasa ingat akan tanggungjawab anda. Nota itu mestilah mudah dilihat dan terang untuk ditonton.
2. Buat jadual khas waktu Hari Raya
Buat jadual mengikut kesesuaian dengan keadaan dan kesibukan hari raya. Lebih elok anda bincang terlebih dahulu dengan keluarga untuk memastikan kesesuaian, contohnya kalau balik bercuti di rumah datuk / nenek di kampung.
3. Set jam supaya tidak leka dan lupa
Anda perlu set jam sama ada jam loceng, jam tangan atau telefon bimbit supaya anda tidak terleka dengan suasana hari raya. Jam boleh bertindak sebagai amaran kepada anda agar tidak terlalu leka dengan kemeriahan hari raya.
4. Berpada-pada menonton TV
Aidil Fitri menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk ditonton. Kalau kita tidak bijak memilih rancangan yang bermanfaat, kita akan hanyut di depan kaca TV. Justeru, pilihlah rancangan yang sesuai dan berfaedah untuk anda selaku seorang pelajar.
5. Minta bantuan ahli keluarga
Minta bantuan ibu, bapa, abang, kakak atau adik supaya memberi ingatan kepada anda sekiranya mereka melihat anda terlalu leka dengan hari raya. Ingatlah, PMR, SPM dan STPM hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
6. Sentiasa berdoa
Jangan lupa perbanyakkan solat (terutama berjemaah bagi lelaki) di samping sentiasa berdoa. Malah perlu diingat, waktu berpuasa adalah antara waktu yang paling mustajab berdoa. Mohonlah agar Allah menambahkan rezeki kepada kita dan diberi hidayah yang berkekalan.
7. Jauhi aktiviti yang tidak berfaedah
Sebagai pelajar, elakkan daripada bermain mercun. Setiap tahun kita dengar ada remaja yang putus jari, buta mata dan cacat seumur hidup. Justeru, tetapkan pendirian anda agar tidak sesekali ingin bermain mercun. Jangan tergoda dengan ajakan rakan-rakan atau sepupu kita untuk ”membakar duit” itu.
Sekian, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR BATIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)