Peningkatan Tamadun
PENGENALAN
Tamadun awal
manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk
mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang.
Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan
pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi
membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan
kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup.
Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi
sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Yunani,
Rom, India dan China.
Latar Belakang
Tamadun Yunani
1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi
oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.
2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.
3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.
4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.
5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran
Laut Meditterranean.
6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.
7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.
Tamadun Rom
1. Terbentuk di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah
Latium.
2. Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium.
3. Lembah ini berkembang menjadi penting semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM.
4. Majlis Perbandaran diwujudkan di setiap bandar yang akan menjalankan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
5. Kesan daripada kewujudan Majlis Perbandaran ini telah membawa kemajuan dan keselesaan
hidup di bandar.
6. Bandaraya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, rumah mandi awam, sarkas dan tempat berdialog.
7. Antara bandarnya ialah Bandar Pompei
Tamadun India
1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M
2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana
- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus
- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.
- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir agama Hindu.
- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah Indus.
3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang
menyebabkan wujud empayar pertama .
4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.
Tamadun China
1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.
2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.
3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa
hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.
4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan
kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.
Aspek-aspek peningkatan Tamadun.
Pemerintahan dan Pentadbiran
Tamadun Yunani
1. Beberapa bentuk pemerintahan diamalkan oleh sesebuah negara kota.
2. Bentuk pemerintahannya daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator(Tirani) terus berubah
kepada demokrasi.
3. Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja.
4. Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.
5. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
6. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki.
7. Daripada kalangan konsul lahir pula sistem pemerintahan bercorak aristokrasi.
8. Apabila sistem pemerintahan bercorak aristokrasi tidak disukai, lahir pula golongan yang
menuntut hak dan menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan membentuk pemerintahan berbentuk Tirani oleh Diktator.
9. Rakyat biasa tidak menyukai sistem pemerintahan tirani ini dan akhirnya terbentuklah sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
10. Ciri-ciri sistem demokrasi Athens
- Terdapat dua dewan iaitu Dewan Perhimpunan dan Senat
- Semua warga lelaki diberi peluang menjadi anggota dawn dalam tempuh 6 bulan
- Dewan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
- Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majisterit dan Juri dilantik oleh Dewan
11. Di Sparta, Sistem pemerintahannya adalah bentuk sistem pemerintahan tentera.
Tamadun Rom
1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M
2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M
3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom
- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.
-
Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat.
Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.
4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.
5.
Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator.
Beliau menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran
Maharaja.
6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.
7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.
8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).
Tamadun India
1.
Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India
membentuk dua kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
2.
Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja manakala
kerajaan besar diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
3. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari tahun 321 – 185 S.M.
4. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra.
5. Zaman kegemilangan peemrintahan Dinasti Maurya adalah pada masa pemrintahan Maharaja Asoka (tahun 273 – 232 S.M)
6. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak pemerintahan ayahnya Bindusara.
7. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya
Tamadun China
1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.
2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)
3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.
4.
Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem
pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja
terdiri daripada orang awam.
5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.
6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem peemrintahan ini.
Perundangan
Tamadun Yunani
1. Dewan Perhimpunan berfungi sebagai penggubal undang-undang.
2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic
3. Bagi Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya
menggubal undang-undang.
Tamadun Rom
1. Undang-undang yang diguna adalah berbentuk undang-undang bertulis.
2. Undang-undang betulis yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu dikenali
sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
3.
Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada yang rumit,
Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan
undang-undang tersebut.
4. Undang-undang ini dikenali dengan Kod Undang-undang Rom (527M).
Tamadun India
1. Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.
2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab undang-undang Hindu yang tertua.
3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
4.
Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan
undang-undang kerana golongan mahir tentang hukum-hakam agama.
5. Zaman Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dibaca oleh rakyat.
7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.
8. Tiang didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.
Tamadun China
1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.
3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
5.
Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan
undang-undang ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.
6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat
PERLUASAN KUASA
•
Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah
itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.
• Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.
TAMADUN YUNANI
Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak tahun 800 s.m.
Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.
Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander
the Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah
dunia dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.
Semasa zaman
pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan
dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di
bawah kekuasaannya.
Semasa era pemerintahannya memperlihatkan
penyebaran Kebudayaan Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik
ini ialah campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang
lain. Syracuse, Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang
menerima kebudayaan ini.
Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great dan bermulanya kemunculan Rom.
TAMADUN ROM
Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar.
Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada
Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan
pemerintahan diktator.
Keadaan ini berlaku setelah beliau
berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus
Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan
Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).
Pada era
pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza
daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem
pemerintahan warisan.
Beliau telah berjaya membentuk empayar
hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam,
Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan
Palestin.
TAMADUN INDIA
Tokoh
perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti
Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).
Kejayaan
Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah disebabkan mempunyai
pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda
dan 10, 000 orang infantri.
Beliau telah berjaya menguasai
seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya
menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.
Kemudian agenda
perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara.
Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan
India.
Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India
menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan
daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.
Selepas
kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan corak
pemerintahan seperti tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan dasar
yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan
Maurya.
Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha.
TAMADUN CHINA
Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman
Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
Shih Huang Ti telah melaksanakan ;
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar
Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti
Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar
Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui
pasukan yang besar dan kuat.
Antara kawasan ynag berjaya
ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang
Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.
Beliau juga telah
berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan
serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.
PENINGKATAN EKONOMI
• Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan barangan untuk perdagangan.
•
Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan
kemunculan bandar, kegiatan tersebut membawa kepada penghasilan yang
melebihi keperluan mereka sendiri.
• Hasil yang berlebihan itu
dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti
barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang
terdapat di bandar.
TAMADUN YUNANI
Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada
perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang
bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.
Akibat
kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah
kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa
mendapatkan bekalan makanan dari luar.
Athens mendapatkan
bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga
menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur.
Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan
kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke
tempat-tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman, iaitu
pada tahun 300 s.m.
Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai
Zaman Hellenstik. Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke
dalam masyarakat Rom.
TAMADUN INDIA
Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian
Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan
yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan
senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.
Hubungan perdagangan
negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya
dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.
Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti,
Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan,
dan Cambay di bahagian barat.
Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;
a) Mengawal harga
b) Mengawal kualiti barangan
c) Mengawal gaji pekerja
Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.
Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai
Dinara. Selain itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada
cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta
melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik.
Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya.
Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.
Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan.
Cukai-cukai yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para
pentadbir dan raja.
Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri Lanka.
TAMADUN CHINA
Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.
Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah.
Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.
Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.
Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han
dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India,
Timur Tengah dan Barat.
Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat
iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom
merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.
Mulai
zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan
jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di
Rom.
Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran
jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah
di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga
dengan kapal dari China dan India.
Penemuan tembikar China
dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan
maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.
Hasil
perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan
didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar
berikutan perkembangan perdagangan.
Perkembangan ekonomi yang
besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu
pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat
pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.
PENINGKATAN SOSIAL
•
Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara
seperti pendidikan, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan
teknologi.
• Antara perkara yang tersebut pendidikan
merupakan asas dan tonggaknya. Ia membantu manusia untuk meningkatkan
tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam
bidang-bidang lain.
TAMADUN YUNANI
Pendidikan
Athens
a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi aspek rohani dan jasmani
b) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia.
d)
Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik,
kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat
dititikberatkan.
Sparta
a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat setia kepada negara kota.
b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada pendidikan mental.
Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah
tertubuhnya beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes,
Elea dan Miletus.
Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan
Yunani yang penting semasa era pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah
ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodatus,
di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti
Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.
TAMADUN ROM
Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.
Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan
TAMADUN INDIA
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik.
Pendidikan pada zaman ini berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia
menghadap hari selepas mati.
Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda.
Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk belajar.
Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian
apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah dibina,
iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.
Pada abad
pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan
Universiti Nalanda pada abad kelima masihi.
Untuk mencapai
taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku
agama khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual,
mantera, dan lagu-lagu agama. Selain itu, mereka mempelajari karya
saintifik dan falsafah.
Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga
adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta
menjawat jawatan dalam kerajaan.
TAMADUN CHINA
Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;
Tahap pendidikan Kaedah pembelajaran
Sekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi Memperterjemah buku suci
Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam
Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga
peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf
dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun.
Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk
ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali.
Pengendalian peperiksaan awam;
a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
d)
Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik
kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk
menulis jawapan.
Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.
Falsafah
Tamadun Yunani
-
Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap
persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar
mereka.
- Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
-
Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan
melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan
beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh
dengan meminum racun.
- Plato adalah pengikut Socrates dan
falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang
diperintah oleh ahli falsafah.
- Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
-
Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan
falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik,
etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.
- Merupakan guru Alexander the Great.
- Karya utama ialah Republic.
- Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
- Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa Sejarah.
-
Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of
the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
Tamadun Rom
- Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.
- Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam.
Tamadun India
- Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab
veda dan yang menolaknya.
- Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
- Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.
Tamadun China
- Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.
- Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu
- Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.
- Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.
- Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
Sains dan Teknologi
Tamadun Yunani
- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas.
- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan.
- Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .
Tamadun Rom
- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
Tamadun India
- Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda.
- Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.
- Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
- Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic.
- Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
- Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
Tamadun China
-
Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif)
membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional.
- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan.
-
Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah
seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa
dan diratakan serta dikeringkan.
Seni bina
- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk
hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,
agama dan rajanya.
Tamadun Yunani
- Acropolis dibina untuk keagamaan.
- Merupakan pusat pentadbiran di Athens
- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
Tamadin Rom
- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.
- Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.
Tamadun India
- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.
- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
-
Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan
penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.
Tamadun China
- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
Bahasa dan Kesusasteraan
Tamadun Yunani
- Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander
The Great.
- Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.
Tamadun Rom
- Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.
- Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.
- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar
Tamadun India
- Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan
Indo –Arya.
- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit.
- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.
- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.
Tamadun China
- Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien.
- Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin.
- Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.
- Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
-
Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada
huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia
Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.
Sistem Sosial
Tamadun Yunani
-
Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba.
- Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.
-
Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua
ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot
(golongan majoriti yang mengusaha tanah)
Tamadun Rom
- Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba
Tamadun India
.
- Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.
- Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaul
Tamadun China
-
Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja,
keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat
bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.
- Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.
-
Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua
ialah petani yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah
golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.
- Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.
Sumbangan Tamadun
1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi.
2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.
3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini.
4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih jadi rujukan.
5.
Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar
China, Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi
dan berharga sbg sumber pelancongan.
6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari ini.
8.
Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang
berkaitan keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan
Hindu dan Buddha (Sanskrit)
9. Dari segi sosial, wujud sistem
pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan matematik,
astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti
Teorom Pythagoras dan Teori Archimedes.
10. Kelahiran Sukan
Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu
pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati
Tuhan Zeus. Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes,
Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang dari segi :
tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.
Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia
1. Agama Hindu
- Muncul sejak zaman tamadun Indus
- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.
- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva)
- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin.
- Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha.
-
Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai
kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup.
-
Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila
seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak
akan dilahirkan ke dunia lagi.
- Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya (kebebasan mutlak).
2. Agama Buddha
- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha.
- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda.
- Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan.
- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan.
- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya.
- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China.
- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.
- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.
3. Agama Kristian
- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.
- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament.
- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh masyarakat.
- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.
- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian.
4. Agama Islam
- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan.
- Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah.
-
Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di
madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.
- Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.
- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.
- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (hadis).
- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam
5. Confucianisme
- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M.
-
Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau
meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk China.
-
Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu
bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa
utama dalam masyarakat China.
- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao).
6. Taoisme
- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius.
-
Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat
jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar
mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China.
- Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama.
-
Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang
perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa
(Wu-Wei).
- Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
Selamat maju jaya : Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin
Monday, February 4, 2013
TAMADUN MESIR PURBA
Sampel Soalan (esei)
Soalan A
Jelaskan lokasi Tamadun Mesir Purba (hlm. 17) - 4 markah
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterrenean. (1 m) Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. (1 m) Sungai Nil ini berpunca dari daripada dua anak sungai, (1 m) iaitu Sungai Nil Biru (1 m) yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia (1 m) dan Sungai Nil Putih (1 m) yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda (1 m).
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. (1 m) Selain itu, tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia. ( 1m)
Soalan B
Huraikan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba. - 5 markah
Dalam Tamadun Mesir Purba, pendidikan hanya dikhususkan kepada kanak-kanak dari keluarga atasan. (1 m) Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. (1 m) Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat (1 m) dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. (1 m)
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan melahirkan para pegawai kerajaan ( 1m ) terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih (1 m). Ilmu geometri (1 m), matematik (1 m) dan sains diajar (1 m) bagi melahirkan golongan yang terlatih (1 m) yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian (1 m), pengawalan air Sungai Nil (1 m) serta pembinaan bangunan dan piramid (1 m).
Soalan C
Huraikan empat kejayaan yang telah dicapai oleh Tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan. (6 markah)
Tamadun Mesir telah berjaya melahirkan pengamal perubatan (1 m). Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat (1 m) dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat (1 m). Mereka juga maju dalam proses memumiakan mayat (1 m). Tahap keilmuan mereka yang maju dalam bidang fizik (1 m), kimia (1 m), perubatan (1 m) dan pembedahan (1 m) memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga kini. (1 m)
Sunday, November 4, 2012
TAJUK WAJIB LULUS SEJARAH 2012
Tingkatan 4
1. Bab 1 :Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal • Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam • Tamadun awal yang terbina di lembah sungai • Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
2. Bab 2 : Peningkatan Pendidikan dan Ekonomi (Pertanian dan Perdagangan)
3. Bab 3 :Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
4. Bab 5 :Perjanjian Aqabah dan Hijrah / Piagam Madinah/ Pembukaan Kota Makkah
5. Bab 7 : Pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam pentadbiran, undang-undang, bahasa/kesusasteraan dan cara hidup
6. Bab 9 : Zaman Gelap
7. Bab 10 :Pembandaran di Tanah Melayu • Maksud pembandaran • Faktor kemunculan bandar baru • Fungsi bandar baru • Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan • Langkah mewujudkan pembandaran seimbang
Tingkatan 5
1. Bab 2 : Peranan Akhbar,majalah dan novel/KMS,KMM & PASPAM dan Gerakan Islah
2. Bab 3: Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan/ sistem kabinet di Kelantan 3. Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK)
3. Bab 5 : Pakatan Murni • Maksud pakatan murni • Faktor yang mewujudkan pakatan murni • Langkah mewujudkan pakatan murni • Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni • Kejayaan pakatan murni • Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni/Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
4. Bab 6 : Pembentukan Malaysia -SuruhanjayaCobbold(SC) - Nama ahli, Tujuan@peranan SC/Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK)
5. Bab 7 : Plihan Raya/Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan Negara (KBKK)
6. Bab 8 : Dasar Pembangunan Sosial,memartabatkan BM, Dasar Kebudayaan,Sukan utk Perpaduan / Wawasan 2020
7. Bab 9 : Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK)/ASEAN DAN ZOPFAN/ Perang Dunia Pertama
Saturday, November 3, 2012
KOLEKSI SOALAN KBKK : SPM
TINGKATAN 4
Bab 1
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia
F1 Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
F2 Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
F3 Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
F4 Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
F5 Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
F6 Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
F7 Teknologi pembakaran batu bata
F8 Sikap keterbukaan
F9 Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
F10 Agama Hindu
F11 Tugasan piktograf
F12 Cap mohor
F13 Ilmu pengetahuan
F14 Arca
Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar yang terancang?
Berikan alasan-alasan anda.
Ya:
F1 Ada jalan raya
F2 Petempatan tersusun, berjajar
F3 Sistem pembentungan
F4 Kewujudun majlis perbandaran
F5 Bangunan tersusun
F6 Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaa
Tidak:
F1 Petempatan berselerak
F2 Tiada jalan raya
F3 Kemudahan infrastruktur tidak teratur
F4 Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
F5 Petempatan sering dilanda bencan
Bab 2
Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?
F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak
F4 Menjamin hak asasi rakyat
F5 Tidak kejam
F6 Kedaulatan di tangan rakyat
F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
F1 Sentiasa bersikap inovatif
F2 Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3 Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
F5 Pemerintahan yang berwibawa
F6 meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8 Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10 Meningkatkan ilmu
F11 Meneroka bidang baru
Mana-mana jawapan munasabah
Sebagai seorang warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara ?
F1 Menjamin kedaulatan sesebuah negara
F2 Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
F3 Menjaga hak asasi rakyat
F4 Melaksanakan hukuman yang adil
F5 Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
F6 Membentuk sistem pentadbiran kemas dan teratur
F7 Memastikan rakyat berdidiplin
F8 Memastikan rakyat hidup bersatu padu
F9 Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
F10 Memupuk sikap saling hormat menghormati
F11 Menjamin keamanan negara
F12 Menjamin kemakmuran negara
F13 Menjamin keselamatan Negara
Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk memajukan ekonomi negara?
F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2 Kreatif dan inovatif
F3 Berfikiran terbuka
F4 Bersifat daya saing
F5 Bersifat gigih dan dinamik
F6 Berani menanggung risiko
F7 Bersedia bekerja dalam pelbagai sektor
F8 Membeli barangan buatan Malaysia
[Mana-mana jawapan munasabah]
Bab 3
Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda boleh mengekalkan bangunan bersejarah untuk dijadikan warisan generasi akan datang?
F1 Memelihara monumen
F2 Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
F3 Mewartakan sebagai khazanah negara
F4 Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
F5 Menggubal undang-undang khazanah negara
F6 Kempen melindungi monumen
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar ?
F1 Memahami budaya sendiri / negara
F2 Mempelajari segala aspek budaya tempatan
F3 Mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
F4 Tidak terikut-ikut dengan budaya luar
F5 Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mempertahankan budaya bangsa
F6 Memestikan rancangan televisyen memaparkan banyak budaya tempatan
F7 Media massa juga tidak digalakkan qq mempamerkan / mengagungkan budaya luar
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda,apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita?
F1 Membina pelabuhan
F2 Menurunkan cukai
F3 Menyediakan kemudahan moden
F4 Membina pusat-pusat perdagangan
F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut penting bagi rakyat sesebuah negara ?
i. Pendidikan
ii. Pertanian
Pendidikan
F1 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
F2 Melahirkan modal insan berilmu
F3 Memajukan negara/ membangunkan negara
F4 Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
[mana-mana jawapan munasabah]
Pertanian
F1 Menyediakan sumber makanan kepada rakyat
F2 Rakyat boleh mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
F3 Menambahkan sumber pendapatan
F4 Menyumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F5 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?
F1 Dalam bidang kesenian/pembinaan
F2 Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
F3 Kesusasteraan
F4 Keagamaan
F5 Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bab 5
Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara terus berkekalan?
F1 Mengutamakan kebajikan rakyat
F2 Mengamalkan akhlak yang mulia
F3 Saling bertolak ansur
F4 Menunjukkan teladan yang baik
F5 Mengutamakan kesabaran
F6 Memiliki kebijaksanaan
F7 Mengutamakan perpaduan
F8 Mengadakan perundingan
F9 Mengadakan perjanjian damai
F10 Menggunakan diplomasi
F11 Menunjukkan sikap persefahaman
F12 Tidak mudah menyerah kalah
F13 Menanam sikap perjuangan
F14 Cekal menempuh rintangan/ halangan
F15 Mengamalkan sikap berkecua
F16 Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah.
F1 Toleransi antara kaum
F2 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Permuafakatan
F5 Kesungguhan dalam perjuangan
F6 Menepati janji
F7 Bijak mengatur strategi
F8 Amalan bersaudara
F9 Memberi bantuan kepada yang memerlukan
F10 Berakhlak mulia
F11 Tidak mudah berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah
Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh
diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ?
F1 Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama
F2 Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan
F3 Menepati janji
F4 Kesetiaan kepada pemimpin
F5 Mementingkan sikap berdisiplin
F6 Mewujudkan persefahaman
F7 Keikhlasan
F8 Semangat setia kawan
F9 Bersifat terbuka
F10 Tolak ansur / diplomasi
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perjanjian dalam kehidupan
F1Membina persefahaman
F2 Kaedah perundingan
F3 Sumber rujukan masa hadapan
F4 Sesuatu yang dipersetujui tidak mudah dimungkiri
F5 Kepentingan ekonomi
F6 Kepentingan sosial
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar.
F1 Sifat negatif kepada positif
F2 Pemalas kepada rajin
F3 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F4 Menggunakan strategi dalam pembelajaran
Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan?
F1 Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama
F2 Mengelakkan perbalahan semasa sendiri
F3 Mematuhi undang-undang
F4 Taat kepada ketua
F5 Mementingkan persaudaraan
F6 Menjaga keamanan
F7 Mengamalkan sikap bekerjasama
F8 Bertolak ansur
F9 Mematuhi ajaran agama
F10 Sanggup berkorban
Bab 6
Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?
F1 Menjamin bakal pentadbir yang tepat
F2 Memilih pemimpin yang benar-benar layak
F3 Memastikan pemimpin yang berhemah
F4 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
F5 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
F6 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
F7 Memastikan kelancaran pentadbiran
F8 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan?
F1 Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
F2 Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
F3 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4 Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
F6 Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam
pelbagai bidang ilmu
F7 Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
F8 Menggalakkan kegiatan penulisan
F9 Menggalakkan kegiatan penterjemahan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Menaiktaraf universiti di negara ini
F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8 Memajukan program penterjemahan
F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara kita perlu memberi penekanan kepada pendidikan?
F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan
F2 Menaikkan imej negara
F3 Melahirkan masyarakat berilmu
F4 Memajukan negara
F5 Meningkatkan ekonomi negara
F6 Membina modal insane cemerlang
F7 Melatih pemimpin masa depan
F8 Membina ilmu drp pelbagai sumber
F9 Mengadun budaya positif dari tamadun lain
F10 Menjana transformasi negara
F11 Melahirkan ilmuan / intelektual
Mana-mana yang munasabah
Bab 8
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu
mempertahankan sistem beraja di negara kita?
F1 Raja merupakan ketua negara
F2 Raja lambing kedaulatan negara
F3 Warisan turun temurun sejak zaman KMM
F4 Lambang keamanan rakyat
F5 Lambang perpaduan
F6 Pelindung semua rakyat
F7 Pelindung orang Melayu
F8 Menjaga hak istif1mewa orang Melayu dan
bumiputera
F9 Memastikan keadilanj dilaksanakan
F10 Melicinkan pentadbiran
Mana-mana yang munasabah
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?
F1 Kuasa membeli
F2 Lambang status
F3 Keperluan hidup
F4 Penjagaan kesihatan
F5 Peluang pendidikan
F6 Keselesaan hidup
F7 Keharmonian rumahtangga
F8 Memenuhi kehendak
(Mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
F1 Melalui kempen
F2 Melalui didikan ibu bapa
F3 Melalui aktiviti sekolah/persatuan
F4 Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
F5 Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
F6 Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
F7 Generasi muda mesti berbangga/tidak malu
mengamalkan budaya ini
F8 Peranan pemimpin
Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang perdagangan.
F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara
F2 Berusaha gigih demi masa depan negara
F3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F4 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F5 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul
F6 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi
F7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
F8 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa
F9 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru
F10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
F11 Meningkatkan disiplin diri
F12 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik
F13 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
F14 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / keterampilan diri
F15 Menjauhi diri daripada gejala negatif
F16 Mematuhi ajaran agama
F17 Memelihara jati diri
F18 Mengamalkan gaya hidup sihat
F19 Mengekalkan perpaduan / Gagasan Satu Malaysia
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelabuhan utama dunia?
F1 Membina institusi pelaut
F2 Penambahan kemudahan pelabuhan
F3 Kemudahan baik pulih kapal
F4 Menyediakan pusat kemahiran
F5 Menyediakanj kursus perkapalan
F6 Memajukan sektor perikanan
F7 Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Mana-mana yang munasabah
Bagaimanakah pendidikan dapat membantu seseorang menjadi insan yang berperibadi mulia?
F1 Menerap nilai-nilai murni
F2 Mengajar manusia bertanggung jawab
F3 Membangunkan sahsiah
F4 Menjadikan manusia berfikiran matang
F5 Menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
(Mana-mana jawapan munasabah)
Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu?
F1 Membina banyak sekolah
F2 Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
F3 Memberi bantuan kepada pelajar yang tidak mampu
meneruskan pelajaran
F4 Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT
F5 Meluaskan penggunaan jalur lebar
F6 Membekalkan komputer kepada sekolah
F7 Membanyakkan institusi pengajian tinggi
Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan ?
F1 Melahirkan manusia berakhlak mulia
F2 Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
F3 Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
F4 Mengukuhkan perpaduan antara kaum
F5 Meningkatkan taraf hidup penduduk
F6 Meningkatkan bilangan pekerja mahir
F7 Memajukan ekonomi negara
F8 Memajukan teknologi canggih/inovasi
F9 Menguasai ilmu pengetahuan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bab 9
Nyatakan nilai kehidupan yang boleh anda pelajari dari sejarah Zaman Gelap di Eropah?
F1 Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan
F2 Tanpa ilmu, kehidupan masyarakat akan mundur
F3 Mentaati pemerintah
F4 Hubungan baik antara rakyat dan pemerintah akan mengukuhkan negara
Bab 10
Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Cadangkan bagaimana perpaduan kaum dapat dipupuk.
F1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama
F2 Penubuhan sekolah wawasan
F3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
F4 Pengamalan kebudayaan
F5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
F6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
F7 One Malaysia
F8 Sukan untuk semua
F9 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
F10 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
F11 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
F12 Perkahwinan antara kaum digalakkan
Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadap orang Melayu?
F1 Terpaksa membayar cukai
F2 Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
F3 Melayu terdedah dengan ekonomi wang
F4 Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk meminjam wang
F5 Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
F6 Melayu kekal miskin/sebagai petani
F7 Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan ekonomi
F8 Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
F9 Melayu gagal bersaing dalam ekonomi
F10 Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
(Terima mana-mana jawapan munasabah dan kesan positif)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sebab negara kita harus mempertimbangkan kegiatan ekonomi perdagangan.
F1 Negara dapat dibangunkan kerana mempunyai sumber ekonomi yg banyak dan menguntungkan
F2 Dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan
F3 Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
F4 Kemudahan infrastuktur yang lebih baik
F5 Kemudahan prasarana yg bberkembang dgn pesat
F6 Jalinan jalan raya di seluruh negara dapat dibina
F7 Wujudnya bandar-bandar baru di seluruh negara
F8 Wujudnya kawasan-kawasan perindustrian
Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah
Melayu pada ketika itu?
F1 Terbentuk masyarakat berbilang kaum
F2 Penempatan yang berbeza
F3 Orang Melayu di kampung / luar bandar
F4 Orang India di estet
F5 Orang Cina di lombong / bandar
F6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi
F7 Orang Melayu bertani / miskin
F8 Orang India menjadi buruh
F9 Orang Cina peniaga / bekerja di lombong
F10 Bahasa pertuituran yang berbeza
F11 Pertambahan penduduk
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah
anda berusaha mengisi kemerdekaan negara?
F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara
F2 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat
F3 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F4 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul
F5 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi
F6 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
F7 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa
F8 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru
F9 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
F10 Meningkatkan disiplin diri
F11 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik
F12 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
F13 Menjauhi diri daripada gejala negatif
F14 Mematuhi ajaran agama
F15 Memelihara jati diri
F17 Mengekalkan perpaduan / Gagasan 1 Malaysia
Pada pendapat anda, mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu perlu dikekalkan?
F1 Dapat melindungi Tanah Simpanan Melayu
F2 Sebagai warisan Melayu
F3 Elak daripada jatuh ketangan bukan Melayu / orang asing
F4 Menjaga warisan tanah orang Melayu
Mana-mana yang munasabah
Sekiranya anda memiliki tanah pusaka, bagaimanakah anda dapat mengekalkan hak milik tanah tersebut?
F1 Tidak menjual tanah tersebut
F2 Memajukan tanah yang dimiliki
F3 Mengusahakannya dengan aktiviti yang menguntungkan
F4 Memberikan pendidikan/ilmu tentang kepentingan tanah
F5 Memberikan kesedaran pentingnya tanah pusaka untuk kelangsungan hidup
F6 Menguatkuasakan undang-undang melarang tanah pusaka daripada dijual kepada orang asing
F7 Menubuhkan syarikat mengurus hartanah pusaka
Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah pentingnya kita mempertahankan hak tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?
F1 Tanah merupakan sumber ekonomi negara
F2 Mengekalkan kedaulatan negara
F3 Menjamin kekayaan sama rata
F4 Mengekalkan hak warisan bangsa
Sebagai warganegara yang prihatin, apakah peranan anda dalam mengekalkan perpaduan kaum?
F1 Belajar di sekolah yang sama
F2 Menggunakan bahasa pertuturan yang sama
F3 Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum
F4 Menggunakan kurikulum yang sama
F5 Saling hormat-menghormati
F6 Bekerjasama/bertoleransi
F7 Kunjung –mengunjungi pada hari perayaan
F8 Tidak membangkitkan isu-isu sensitif
Bagaimanakah kepelbagaian budaya dapat disepadukan di negara ini?
F1 Melalui Dasar Pendidikan Negara
F2 Melalui kempen 1 Malaysia
F3 Melalui aktiviti sukan
F4 Melalui program/aktiviti di sekolah
F5 Melalui aktiviti kokurikulum
F6 Sambutan perayaan semua kaum
Tingkatan 5
Bab 1
Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.
F1 Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
F2 Menghormati lambang-lambang kebesaran
F3 Menghayati Rukun Negara
F4 Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
F5 Lawatan ke muzium diraja
F6 Mencari maklumat berkaitan melalui internet
F7 Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
F8 Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
F9 Meraikan hari keputeraan sultan
F10 Kembara Tengku Mahkota dibukukan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Sebagai warganegara, apakah usaha yang perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat?
F1 Cekal/tabah
F2 Tidak berputus asa
F3 Berani
F4 Bijaksana
F5 Berfikiran positif
F6 Berdayasaing
F7 Menguasai pelbagai ilmu
F8 Mempunyai jati diri yang kukuh
F9 Berpegang teguh kepada ajaran agama
F10 Sentiasa bersatupadu
F11 Semangat patriotik/cinta akan negara
F12 Berinovasi/kreatif
(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?
F1 Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2 Menguasai pentadbiran
F3 Memudahkan perluasan pengaruh
F4 Mengekalkan kuasa politik
F5 Mendapatkan cukai
F6 Menyebarkan agama Kristian
F7 Meluaskan jajahan takluk
F8 Menyebarkan budaya Barat
F9 Menguasai jabatan kerajaan
F10 Menghapuskan kuasa raja dan pembesar
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk tempatan?
F1 Kemerosotan pengaruh golongan Datu
F3 Jawatan pembesar tradisional terhapus
F4 Institusi raja terhapus
F5 Pengaruh golongan agama merosot
F6 Cukai yang tinggi terhadap rakyat
F7 Kerahan tenaga kepada rakyat
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya?
F1 Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn
F2 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
F3 Untuk mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan
F4 Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain
F5 Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6 Penasihat tentera dari Perancis
F7 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8 Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F9 Memperkenalkan Kabinet Menteri Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F10 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
F11 Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah
F12 Menjalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?
F1 Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2 Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3 Raja kehilangan kuasa
F4 Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
F5 Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6 Memperkenalkan undang-undang Barat
F7 Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8 Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10 Memaksa raja menerima penasihat Barat
Bab 2
Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita.
F1 Perpaduan/Integrasi Nasional
F2 Satu Malaysia
F3 Kemakmuran Malaysia
F4 Keistimewaan Malaysia
F5 Kejayaan Malaysia
F6 Malaysia Boleh
F7 Malaysia Gemilang
F8 Malaysia Kebanggaan Kita
F9 Patriotik
F10 Keindahan Malaysia
Sebagai seorang pemimpin persatuan di sekolah, bagaimanakah anda menangani setiap cabaran yang dihadapi?
F1 Tidak berputus asa
F2 Berani menghadapi risiko
F3 Cekal/tabah
F4 Berfikiran positif
F5 Rasional
F6 Bijaksana
F7 Berilmu
F8 Bertoleransi
Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ?
F1 Berwibawa
F2 Semangat perjuangan yang kental
F3 Berilmu pengetahuan
F4 Berjuang melalui organisasi
F5 Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas
F6 Mempunya ilmu pengetahuan
F7 Bekerjasama
F8 Mementingkan perpaduan
Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya demi kemajuan dan kemakmuran negara ?
F1 Melahirkan / membangkitkan semangat kebangsaan
F2 Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
F3 Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu
F4 Memajukan bangsa
F5 Menggalakkan semua golongan memajukan diri
F6 Memajukan pendidikan untuk semua kaum
F7 Menggalakkan masyarakat maju dalam ekonomi
Mana-mana jawapan munasabah
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu kepada generasi muda hari ini.
F1 Pentingnya ilmu pengetahuan
F2 Perlunya menyertai kegiatan persatuan / badan sosial
F3 Sikap kerjasama / tolak ansur
F4 Semangat patriotik
F5 Memelihara jati diri
F6 Menghindari budaya negatif
F7 Menguasai ilmu teknologi
F8 Peluang pendidikan kepada semua
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu
menubuhkan persatuan?
F1 Menggalakkan kesedaran untuk bersatu
F2 Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang
F3 Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama
F4 Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat
F5 Suara orang Melayu akan didengari oleh British
F6 Semangat kenegerian akan diatasi
F7 Orang Melayu tidak mudah ditindas
F8 Mengukuhkan kuasa politik orang melayu
F9 Kebajikan orang Melayu akan terbela
F10 Memupuk semangat kebangsaan
Mana-mana yang munasabah
Bab 4
Sebagai penduduk Tanah Melayu, mengapakah kita perlu menentang Malayan Union ?
F1 Masa tidak sesuai
F2 Kuasa Raja-Raja terhakis.
F3 Raja-Raja kehilangan tahta/kredibiliti
F4 Agama Islam akan tercabar
F5 Zakat dipungut di bawah nama Gabenor
F6 Pemberian kerakyatan yang longgar
F7 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
F8 Mengancam status quo orang Melayu.
F9 Ekonomi orang Melayu bertambah mundur
F10 Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.
F11 Bimbang warisan tamadun akan hilang.
F12 Menghapuskan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melaka
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada orang Melayu jika Malayan Union tidak dibubarkan ?
F1 Bangsa Melayu akan terhakis
F2 Kesultanan Melayu terhapus
F3 Adat istiadat Melayu pupus
F4 Orang Melayu akan mundur ekonomi
F5 Agama Islam bukan agama rasmi
F6 Bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan
F7 YDP Agong tidak menjadi ketua negara
F8 Imigran akan menguasai ekonomi
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar daripada
Kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union?
F1 Bersikap tegas.
F2 Bersatu padu
F3 Berdiplomasi
F4 Bersikap sederhana
F5 menyelesaikan masalah melalui perundingan
F6 Bersedia mentadbir kerajaan sendiri
F7 Bekerjasama
F8 Patuh kepada ketua
F9 Muafakat/musyawarah
F10 Cinta kepada negara/patriotik
Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?
F1 Berusaha sehingga mencapai kejayaan
F2 Bertolak ansur dalam politik
F3 Mewujudkan kerjasama
F4 Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
F5 Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
F6 Menjaga kedaulatan negara
F7 Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
F8 Menjaga nama baik negara
F9 Mempromosikan Malaysia di luar negara
F10 Menjayakan konsep 1Malaysia
Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita mesti mengamalkan sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian?
F1 Menjamin keharmonian hidup
F2 Menjamin kestabilan negara
F3 Mempercepat pembangunan negara
F4 Tidak berlaku pertumpahan darah
F5 Menjaga nama baik/imej negara
F6 Mengeratkan perpaduan
Bab 5
Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.
F1 Rela berkorban
F2 Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
F3 Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
F4 Menggunakan kebijaksanaan
F5 Permuafakatan dalam membuat keputusan
F6 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
F7 Mengutamakan keamanan
F8 Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
F9 Mengamalkan pendekatan diplomasi
F10 Perpaduan kaum diutamakan
F11 Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
F12 Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai
Kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ?
F1 Negara bebas daripada penjajahan
F2 Mewujudkan keamanan
F3 Membentuk masyarakat bersatu padu
F4 Menegakkan maruah bangsa
F5 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
F6 Menjadi negara berdaulat
Pada pandangan anda, mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 perlu dihayati oleh generasi muda ?
F1 Menerapkan nilai tanggungjawab sebagai warga Malaysia
F2 Taat kepada Raja/ pemimpin
F3 Cinta akan negara
F4 Memupuk perpaduan di antara kaum
F5 Menghormati hak orang lain
F6 Taat kepada agama
Bab 6
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa pembentukan Malaysia berjaya diatasi?
F1 PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia
F2 Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin
F3 Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin
F4 Pemimpin memberikan kerjasama
F5 Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang
terlibat
F6 Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan
Kekerasan semasa menghadapi tentangan
F7 Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB
F8 Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan
F9 Menggunakan cara diplomasi
F10 Kerjasama daripada rakyat
(Terima mana-mana munasabah)
Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin negara ketika itu dalam usaha pembentukan Malaysia?
F1 Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri
F2 Membendung / menyekat / menjadi benteng ancaman komunis
F3 Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah
F4 Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik
F5 Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara
F6 Memastikan kepentingan British terpelihara
F7 Mewujudkan satu pasaran yang luas
F8 Menggalakkan pelaburan
F9 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F10 Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini
F11 Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum
F12 Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara
F13 Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama
F14 Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin
F15 Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Pembetukan Malaysia telah memberi banyak faedah kepada rakyat Malaysia hari ini. Jelaskan faedah tersebut.
F1 Kekayaana Negara bertambah
F2 Negeri yang kurang maju dibantu
F3 Semua negeri di Malaysia dapat kemerdekaan
F4 Pengaruh komunis dihapuskan
F5 Keluasan negara bertambah
F6 Jumlah penduduk bertambah
F7 Pasaran lebih luas
F8 Kepelbagaian budaya masyarakat
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda, apakah kesan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara lebih kukuh
F4 Komunis dapat dibanteras
F5 Penjajahan asing dapat ditamatkan
F6 Merapatkan hubungan antara kaum
F7 Memperkayakan budaya negara
F8 Meluaskan pasaran dalam negara
F9 Sumber hasil diperkayakan
F10 Negeri-negeri kurang maju dapat dibangunkan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan
pembentukan Malaysia ?
F1 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
F2 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
F3 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
F4 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
F5 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
F6 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
F7 Menggalakkan pelaburan
F8 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F9 Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F10 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
F11 Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
[mana-mana jawapan munasabah]
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara kukuh
F4 Komunis dapat diatasi
F5 Penjajahan asing ditamatkan
F6 Memperkayakan budaya negara
F7 Meluaskan pasaran negara
F8 Negeri kurang maju dapat dibangunkan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia?
F1 Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
F2 Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
F3 Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
F4 Bersatu-padu
F5 Patuh akan undang-undang/peraturan
F6 Menghormati lambang/simbol negara
F7 Patuh akan perlembagaan negara
(mana-mana munasabah)
Bab 7
Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita ?
F1 Mempunyai kuasa mendengar / menentukan perkara sivil / jenayah
F2 Menentukan kesahihan undang-undang
F3 Mentafsir Perlembagaan Persekutuan / Perlembagaan Negeri
F4 Melaksanakan tugas kehakiman
F5 Mentafsir undang-undang
F6 Menjamin keadilan / kesaksamaan undang-undang
F7 Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah
Mana-mana yang munasabah
Sebagai seorang warga negara , apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita?
F1 Menjalin pemuafakatan dengan kerajaan
F2 Mendaftar sebagai pengundi
F3 Keluar mengundi
F4 Berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian
F5 Bekerjasama dengan semua kaum
F6 Sedia bekorban demi tanah air
F7 Cintai negara
F8 Perasaan bangga akan negara
Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kita?
F1 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
F2 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
F3 Taat kepada pemerintah
F4 Rakyat sentiasa bersemangat
F5 Simbol perpaduan
F6 Lambang kemegahan penduduk
F7 Membezakan Malaysia dengan negara lain
F8 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
F9 Memupuk semangat bersyukur
F10 Menyemarakkan semangat patriotisme
F11 Memupuk kesetiaan kepada raja
F12 Lambang jati diri bangsa dan negara
F13 Lambang identiti negara
F14 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
F15 Simbol kedaulatan negara
F16 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai perlembagaan?
F1 Negara akan kucar-kacir
F2 Pentadbiran tidak mantap
F3 Berlaku rusuhan kaum
F4 Tiada kesetabilan politik
F5 Ekonomi yang tidak mantap
F6 Tidak dapat membina pembentukan Negara bangsa
( mana-mana munasabah)
Bab 8
Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
F1 Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis rasmi
F2 Menanam rasa bangga dan menyintai bahasa Melayu
F3 Mengadakan kempen ‘Minggu Bahasa Melayu’
F4 Mengadakan pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu
F5 Menghayati Bulan Bahasa
F6 Meningkatkan amalan bacaan bahan-bahan dalam bahasa Melayu
F7 Menghargai bahasa Melayu melalui amalan pertuturan yang baik
Mana-mana yang munasabah
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?
F1 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai
F2 Mengamalkan budaya yang baik
F3 Menghormati kebudayaan kaum lain
F4 Mengasdakan aktiviti perkhemahan yg melibatkan pelbagai kaum
F5 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
F6 Menyertai pelbagi aktiviti anjuran sekolah
F7 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum
Mana-mana yang munasabah
Pada pandangan anda mengapakah bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan?
F1 Untuk memartabatkan bahasa Melayu
F2 Jamin perpaduan
F3 Pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu
F4 Bahasa utama negara
F5 Menjadi bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
F6 Lambang kedaulatan kerajaaan Melayu
Mana-mana yang munasabah
Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum perlu dipelihara dan diperkasakan dari semasa ke semasa?
F1 Memastikan keamanan negara berkekalan
F2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
F3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
F4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
F5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
F6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
F7 Akan dihormati oleh negara luar
F8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
F9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
F10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum
(Mana-mana jawapan munasabah)
Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan?
F1 Kestabilan politik
F2 Tiada pemusatan kuasa
F3 Raja sebagai ketua negara
F4 Pertahanan menjadi lebih kukuh
F5 Perkongsian ekonomi yang sama rata
F6 Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi
F7 Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat
F8 Keseimbangan kaum
[Mana-mana jawapan munasabah]
Bab 9
Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia?
F1 Elakkan daripada peperangan
F2 Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik
F3 Perpaduan di kalangan rakyatnya
F4 Menghormati kedaulatan negara lain
F5 Perlumbaan senjata harus dielakkan
F6 Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang
F7 Menyelesaikan masalah melalui rundingan
F8 Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa
F9 Tidak menjalankan dasar penjajahan
(Mana-mana jawapan munasabah)
Bagaimanakah generasi muda Malaysia hari ini dapat memanfaatkan keamanan negara?
F1 Belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi
F2 Memupuk perpaduan antara kaum
F3 Menjaga keamanan dan keselamatan negara
F4 Hidup bertoleransi dan berganding bahu
F5 Memajukan ekonomi ke peringkat global
F6 Menghasilkan produk untuk pasaran
F7 Memelihara kedaulatan negara
F8 Memelihara demokrasi sedia ada di negara kita
F9 Menghidupkan semangat 1Malaysia
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah negara?
F1 Meningkatkan eksport/import negara
F2 Menarik pelabur asing
F3 Pertukaran teknologi/kepakaran
F4 Mengekalkan kedaulatan negara
F5 Menjamin kestabilan/keamanan dunia
F6 Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek
F7 Mewujudkan perdagangan dua hala
F8 Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan
F9 Menarik lebih ramai pelancong luar
F10 Meningkatkan imej negara di mata dunia
(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus menjalin
hubungan baik dengan negara luar?
F1 Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia
F2 Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
F3 Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
F4 Memastikan kemajuan negara berterusan
F5 Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
F6 Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara
F7 Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
F8 Mendapat pertukaran teknologi
F9 Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
F10 Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara
F11 Mengekalkan persefahaman
F12 Meneruskan hubungan diplomatik
F13 Membina semangat setiakawan
F14 Membuka peluang pekerjaan
F15 Membantu meningkatkan prasarana
F16 Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalin hubungan antara satu sama lain?
F1 Mengadakan hubungan diplomatik
F2 Membuat perjanjian perdagangan
F3 Menjalinkan hubungan kebudayaan
F4 Melalui sukan
F5 Melaksanakan projek usaha sama
Mana-mana yang munasabah
Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara lain
F1 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
F2 Bantu membatnu bila diserang musuh
F3 Sering mengadakan mesyuarat
F4 Kerjasama dalam ekonomi
F5 Kerjasama pertahanan
F6 Kerjasama ekonomi
F7 Kerjasama politik
F8 Pertukaran budaya
F9 Hormati kedaulatan negara lain
F10 Bertindak satu suara
Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan dapat dielakkan?
F1 Melalui kerjasama masyarakat antarabangsa
F2 Melalui PBB
F3 Kerjasama serantau
F4 Hubungan baik antara negara jiran
F5 Hormat menghormati antara negarea
F6 Kuasa besar tidak menyerang negara lain sewenang-wenangnya
Mana-mana yang munasabah
Jelaskan kebaikan yang diperoleh Malaysia dengan menjalinkan hubungan antarabangsa
F1 Mewujudkan hubungan diplomatik
F2 Menjamin hak asasi manusia
F3 Mengelakkan pertelingkahan
F4 Membangunkan ekonomi negara
F5 Pasaran ekonomi meluas
F6 Meningkatkan nilai ringgit Malaysia
F7 Membangunkan prasarana pendidikan
F8 Pertukaran kepakaran / teknologi
F9 Mengadakan rundingan/perbincangan
F10 Pertukaran ilmu
F11 Pertukaran pelajar
Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk mengelak berlakunya peperangan ?
F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2 Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
F3 Menanam kesedaran pentingnya keamanan
F4 Mengutamakan keharmonian kaum
F5 Berbaik-baik dengan semua negara
F6 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
F7 Mematuhi matlamat Piagam PBB
F8 Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
F9 Kerjasama di peringkat antarabangsa
F10 Bersama-sama menentang keganasan
F11 Meningkatkan taraf hidup rakyat
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban negara dunia?
F1 Kehancuran perpaduan manusia
F2 Kemusnahan/ kehilangan warisan bangsa
F3 Kehilangan nyawa
F4 Keruntuhan ekonomi
F5 Kemunculan kuasa besar/ besar
F6 Kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
F7 Kehancuran negara bangsa
F8 Kehilangan hak asasi manusia
[mana-mana jawapan munasabah]
Tuesday, October 23, 2012
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
a.Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. (5 markah)
Isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat. Mereka juga mengambil kira tentang pemberian kuasa autonomi kepada negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, isu kedudukan raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu turut mendapat perhatian utama.
Selain itu, isu agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan turut diutamakan. Malah, isu kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan kerakyatan jus soli turut diberi perhatian.
b.Jelaskan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (10 markah)
Antara isi-isi penting ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan iaitu pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri. Dengan itu, diwujudkan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri, iaitu terdapat senarai persekutuan dan senarai negeri pada peringkat negeri dan Negara.
Selain itu, institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan manakala diwujudkan tiga jenis kerakyatan, iaitu secara kuat kuasa undang-undang, secara permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli telah diterima.
Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu tetap dikekalkan manakala agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan.
Tanah Simpanan Melayu terus dikekalkan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara.
Yang Dipertuan Agung menjadi ketua negara dan pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang terletak di bawah kuasa parlimen.
Di peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri yang dibantu oleh EXCO.
HIJRAH
a.Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?(4 markah)
Hijrah bermaksud berpindah. Dalam pengertian tamadun Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah bertujuan mengukuhkan kedudukan Islam. Hijrah juga membawa maksud semangat ingin berubah sikap, dan cara berfikir di samping sebagai strategi baru menyebarkan Islam.
b.Berikan hujah untuk menolak dakwaan orientalis Barat yang menuduh hijrah sebagai suatu pelarian. (4 markah)
Penghijrahan umat Islam kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam perjanjian Aqabah Kedua.
kedua, ketibaan umat Islam Makkah ke Madinah juga disambut dengan rela dan meriahnya oleh penduduk Madinah.
Ketiga, orang Islam Makkah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan mereka.
Keempat, nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah. Malah penghijrahan itu adalah atas perintah Allah.
.
c.Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam. (8 markah)
Melalui hijrah, dakwah Islamiah dapat dilakukan secara aman dan dilakukan secara terbuka tanpa berselindung lagi.
Dengan hijrah, terjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan suku Arab Madinah. Nabi telah memberi gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah dan Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan. Lebih hebat lagi, mereka diberi modal berniaga, tempat tinggal dan jaminan keselamatan.
Selain itu, hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Hijrah juga berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj sekaligus melahirkan kehidupan harmoni di Madinah.
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah membina Masjid al-Nabawi yang menjadi tempat ibadat, belajar dan membincangkan masalah.
Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada Madinah yang bermaksud kota bercahaya. Ini telah menjadikan Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Dengan hijrah juga wujud penggunaan takwim Islam mengikut kiraan tahun hijrah yang digunakan secara rasmi oleh Khalifah Umar.
Yang lebih penting, hijrah telah merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua negara.
d.Sebagai pelajar, bagaimanakah hijrah dapat dijadikan amalan untuk meningkatkan kecemerlangan diri? (4 markah)
Sebagai pelajar, kita perlu berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin. Kita juga perlu strategi belajar yang berkesan dan terancang untuk mencipta kejayaan. Kita juga perlu membuang sifat nakal agar menjadi murid yang baik. Kita juga perlu belajar menepati masa dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencipta kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)