Sunday, November 4, 2012

TAJUK WAJIB LULUS SEJARAH 2012

Tingkatan 4 1. Bab 1 :Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal • Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam • Tamadun awal yang terbina di lembah sungai • Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal 2. Bab 2 : Peningkatan Pendidikan dan Ekonomi (Pertanian dan Perdagangan) 3. Bab 3 :Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara 4. Bab 5 :Perjanjian Aqabah dan Hijrah / Piagam Madinah/ Pembukaan Kota Makkah 5. Bab 7 : Pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam pentadbiran, undang-undang, bahasa/kesusasteraan dan cara hidup 6. Bab 9 : Zaman Gelap 7. Bab 10 :Pembandaran di Tanah Melayu • Maksud pembandaran • Faktor kemunculan bandar baru • Fungsi bandar baru • Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan • Langkah mewujudkan pembandaran seimbang Tingkatan 5 1. Bab 2 : Peranan Akhbar,majalah dan novel/KMS,KMM & PASPAM dan Gerakan Islah 2. Bab 3: Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan/ sistem kabinet di Kelantan 3. Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK) 3. Bab 5 : Pakatan Murni • Maksud pakatan murni • Faktor yang mewujudkan pakatan murni • Langkah mewujudkan pakatan murni • Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni • Kejayaan pakatan murni • Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni/Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 4. Bab 6 : Pembentukan Malaysia -SuruhanjayaCobbold(SC) - Nama ahli, Tujuan@peranan SC/Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK) 5. Bab 7 : Plihan Raya/Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan Negara (KBKK) 6. Bab 8 : Dasar Pembangunan Sosial,memartabatkan BM, Dasar Kebudayaan,Sukan utk Perpaduan / Wawasan 2020 7. Bab 9 : Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK)/ASEAN DAN ZOPFAN/ Perang Dunia Pertama

Saturday, November 3, 2012

KOLEKSI SOALAN KBKK : SPM

TINGKATAN 4 Bab 1 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia F1 Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki F2 Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian F3 Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa F4 Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan F5 Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat F6 Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus F7 Teknologi pembakaran batu bata F8 Sikap keterbukaan F9 Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba F10 Agama Hindu F11 Tugasan piktograf F12 Cap mohor F13 Ilmu pengetahuan F14 Arca Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar yang terancang? Berikan alasan-alasan anda. Ya: F1 Ada jalan raya F2 Petempatan tersusun, berjajar F3 Sistem pembentungan F4 Kewujudun majlis perbandaran F5 Bangunan tersusun F6 Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaa Tidak: F1 Petempatan berselerak F2 Tiada jalan raya F3 Kemudahan infrastruktur tidak teratur F4 Ketiadaan badan pengawal selia petempatan F5 Petempatan sering dilanda bencan Bab 2 Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi? F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak F4 Menjamin hak asasi rakyat F5 Tidak kejam F6 Kedaulatan di tangan rakyat F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. F1 Sentiasa bersikap inovatif F2 Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan F3 Memelihara/ mengekalkan keamanan negara F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil F5 Pemerintahan yang berwibawa F6 meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi F8 Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran F10 Meningkatkan ilmu F11 Meneroka bidang baru Mana-mana jawapan munasabah Sebagai seorang warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara ? F1 Menjamin kedaulatan sesebuah negara F2 Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah F3 Menjaga hak asasi rakyat F4 Melaksanakan hukuman yang adil F5 Menjalankan pentadbiran mengikut protokol F6 Membentuk sistem pentadbiran kemas dan teratur F7 Memastikan rakyat berdidiplin F8 Memastikan rakyat hidup bersatu padu F9 Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum F10 Memupuk sikap saling hormat menghormati F11 Menjamin keamanan negara F12 Menjamin kemakmuran negara F13 Menjamin keselamatan Negara Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk memajukan ekonomi negara? F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan F2 Kreatif dan inovatif F3 Berfikiran terbuka F4 Bersifat daya saing F5 Bersifat gigih dan dinamik F6 Berani menanggung risiko F7 Bersedia bekerja dalam pelbagai sektor F8 Membeli barangan buatan Malaysia [Mana-mana jawapan munasabah] Bab 3 Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda boleh mengekalkan bangunan bersejarah untuk dijadikan warisan generasi akan datang? F1 Memelihara monumen F2 Menubuhkan agensi yang mengurus monumen F3 Mewartakan sebagai khazanah negara F4 Mewartakan sebagai tapak warisan dunia F5 Menggubal undang-undang khazanah negara F6 Kempen melindungi monumen Mana-mana yang munasabah Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar ? F1 Memahami budaya sendiri / negara F2 Mempelajari segala aspek budaya tempatan F3 Mengamalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian F4 Tidak terikut-ikut dengan budaya luar F5 Mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya mempertahankan budaya bangsa F6 Memestikan rancangan televisyen memaparkan banyak budaya tempatan F7 Media massa juga tidak digalakkan qq mempamerkan / mengagungkan budaya luar Mana-mana yang munasabah Pada pandangan anda,apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita? F1 Membina pelabuhan F2 Menurunkan cukai F3 Menyediakan kemudahan moden F4 Membina pusat-pusat perdagangan F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing Mana-mana yang munasabah Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut penting bagi rakyat sesebuah negara ? i. Pendidikan ii. Pertanian Pendidikan F1 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan F2 Melahirkan modal insan berilmu F3 Memajukan negara/ membangunkan negara F4 Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum [mana-mana jawapan munasabah] Pertanian F1 Menyediakan sumber makanan kepada rakyat F2 Rakyat boleh mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman F3 Menambahkan sumber pendapatan F4 Menyumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri F5 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini? F1 Dalam bidang kesenian/pembinaan F2 Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan F3 Kesusasteraan F4 Keagamaan F5 Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan (Mana-mana jawapan munasabah) Bab 5 Sebagai seorang pemimpin, apakah peranan anda untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara terus berkekalan? F1 Mengutamakan kebajikan rakyat F2 Mengamalkan akhlak yang mulia F3 Saling bertolak ansur F4 Menunjukkan teladan yang baik F5 Mengutamakan kesabaran F6 Memiliki kebijaksanaan F7 Mengutamakan perpaduan F8 Mengadakan perundingan F9 Mengadakan perjanjian damai F10 Menggunakan diplomasi F11 Menunjukkan sikap persefahaman F12 Tidak mudah menyerah kalah F13 Menanam sikap perjuangan F14 Cekal menempuh rintangan/ halangan F15 Mengamalkan sikap berkecua F16 Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’ Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah. F1 Toleransi antara kaum F2 Kebijaksanaan dalam kepimpinan F3 Mengutamakan keamanan F4 Permuafakatan F5 Kesungguhan dalam perjuangan F6 Menepati janji F7 Bijak mengatur strategi F8 Amalan bersaudara F9 Memberi bantuan kepada yang memerlukan F10 Berakhlak mulia F11 Tidak mudah berputus asa F12 Memohon pertolongan Allah Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ? F1 Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama F2 Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan F3 Menepati janji F4 Kesetiaan kepada pemimpin F5 Mementingkan sikap berdisiplin F6 Mewujudkan persefahaman F7 Keikhlasan F8 Semangat setia kawan F9 Bersifat terbuka F10 Tolak ansur / diplomasi Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perjanjian dalam kehidupan F1Membina persefahaman F2 Kaedah perundingan F3 Sumber rujukan masa hadapan F4 Sesuatu yang dipersetujui tidak mudah dimungkiri F5 Kepentingan ekonomi F6 Kepentingan sosial Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar. F1 Sifat negatif kepada positif F2 Pemalas kepada rajin F3 Berusaha mencari ilmu pengetahuan F4 Menggunakan strategi dalam pembelajaran Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan? F1 Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama F2 Mengelakkan perbalahan semasa sendiri F3 Mematuhi undang-undang F4 Taat kepada ketua F5 Mementingkan persaudaraan F6 Menjaga keamanan F7 Mengamalkan sikap bekerjasama F8 Bertolak ansur F9 Mematuhi ajaran agama F10 Sanggup berkorban Bab 6 Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin? F1 Menjamin bakal pentadbir yang tepat F2 Memilih pemimpin yang benar-benar layak F3 Memastikan pemimpin yang berhemah F4 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat F5 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara F6 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran F7 Memastikan kelancaran pentadbiran F8 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat (Mana-mana jawapan munasabah) Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan? F1 Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju F2 Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa F3 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia F4 Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara F6 Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai bidang ilmu F7 Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D F8 Menggalakkan kegiatan penulisan F9 Menggalakkan kegiatan penterjemahan (Mana-mana jawapan munasabah) Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia? F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) F4 Menaiktaraf universiti di negara ini F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar F8 Memajukan program penterjemahan F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara kita perlu memberi penekanan kepada pendidikan? F1 Meningkatkan ilmu pengetahuan F2 Menaikkan imej negara F3 Melahirkan masyarakat berilmu F4 Memajukan negara F5 Meningkatkan ekonomi negara F6 Membina modal insane cemerlang F7 Melatih pemimpin masa depan F8 Membina ilmu drp pelbagai sumber F9 Mengadun budaya positif dari tamadun lain F10 Menjana transformasi negara F11 Melahirkan ilmuan / intelektual Mana-mana yang munasabah Bab 8 Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di negara kita? F1 Raja merupakan ketua negara F2 Raja lambing kedaulatan negara F3 Warisan turun temurun sejak zaman KMM F4 Lambang keamanan rakyat F5 Lambang perpaduan F6 Pelindung semua rakyat F7 Pelindung orang Melayu F8 Menjaga hak istif1mewa orang Melayu dan bumiputera F9 Memastikan keadilanj dilaksanakan F10 Melicinkan pentadbiran Mana-mana yang munasabah Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang? F1 Kuasa membeli F2 Lambang status F3 Keperluan hidup F4 Penjagaan kesihatan F5 Peluang pendidikan F6 Keselesaan hidup F7 Keharmonian rumahtangga F8 Memenuhi kehendak (Mana-mana jawapan munasabah) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia? F1 Melalui kempen F2 Melalui didikan ibu bapa F3 Melalui aktiviti sekolah/persatuan F4 Pihak media massa memperbanyak program berkaitan F5 Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini F6 Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh F7 Generasi muda mesti berbangga/tidak malu mengamalkan budaya ini F8 Peranan pemimpin Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang perdagangan. F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara F2 Berusaha gigih demi masa depan negara F3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat F4 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial F5 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul F6 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi F7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa F8 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa F9 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru F10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran F11 Meningkatkan disiplin diri F12 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik F13 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan F14 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda / keterampilan diri F15 Menjauhi diri daripada gejala negatif F16 Mematuhi ajaran agama F17 Memelihara jati diri F18 Mengamalkan gaya hidup sihat F19 Mengekalkan perpaduan / Gagasan Satu Malaysia (Mana-mana jawapan yang munasabah) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelabuhan utama dunia? F1 Membina institusi pelaut F2 Penambahan kemudahan pelabuhan F3 Kemudahan baik pulih kapal F4 Menyediakan pusat kemahiran F5 Menyediakanj kursus perkapalan F6 Memajukan sektor perikanan F7 Menjalankan penyelidikan dan pembangunan Mana-mana yang munasabah Bagaimanakah pendidikan dapat membantu seseorang menjadi insan yang berperibadi mulia? F1 Menerap nilai-nilai murni F2 Mengajar manusia bertanggung jawab F3 Membangunkan sahsiah F4 Menjadikan manusia berfikiran matang F5 Menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. (Mana-mana jawapan munasabah) Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu? F1 Membina banyak sekolah F2 Memastikan semua pelajar berpeluang belajar F3 Memberi bantuan kepada pelajar yang tidak mampu meneruskan pelajaran F4 Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT F5 Meluaskan penggunaan jalur lebar F6 Membekalkan komputer kepada sekolah F7 Membanyakkan institusi pengajian tinggi Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan ? F1 Melahirkan manusia berakhlak mulia F2 Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang F3 Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat F4 Mengukuhkan perpaduan antara kaum F5 Meningkatkan taraf hidup penduduk F6 Meningkatkan bilangan pekerja mahir F7 Memajukan ekonomi negara F8 Memajukan teknologi canggih/inovasi F9 Menguasai ilmu pengetahuan (Mana-mana jawapan munasabah) Bab 9 Nyatakan nilai kehidupan yang boleh anda pelajari dari sejarah Zaman Gelap di Eropah? F1 Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan F2 Tanpa ilmu, kehidupan masyarakat akan mundur F3 Mentaati pemerintah F4 Hubungan baik antara rakyat dan pemerintah akan mengukuhkan negara Bab 10 Kemasukan imigran Cina dan India telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini. Cadangkan bagaimana perpaduan kaum dapat dipupuk. F1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama F2 Penubuhan sekolah wawasan F3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan F4 Pengamalan kebudayaan F5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati F6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama F7 One Malaysia F8 Sukan untuk semua F9 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN F10 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga F11 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan F12 Perkahwinan antara kaum digalakkan Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadap orang Melayu? F1 Terpaksa membayar cukai F2 Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah F3 Melayu terdedah dengan ekonomi wang F4 Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk meminjam wang F5 Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang F6 Melayu kekal miskin/sebagai petani F7 Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan ekonomi F8 Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden F9 Melayu gagal bersaing dalam ekonomi F10 Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu (Terima mana-mana jawapan munasabah dan kesan positif) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sebab negara kita harus mempertimbangkan kegiatan ekonomi perdagangan. F1 Negara dapat dibangunkan kerana mempunyai sumber ekonomi yg banyak dan menguntungkan F2 Dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan F3 Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan F4 Kemudahan infrastuktur yang lebih baik F5 Kemudahan prasarana yg bberkembang dgn pesat F6 Jalinan jalan raya di seluruh negara dapat dibina F7 Wujudnya bandar-bandar baru di seluruh negara F8 Wujudnya kawasan-kawasan perindustrian Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah Melayu pada ketika itu? F1 Terbentuk masyarakat berbilang kaum F2 Penempatan yang berbeza F3 Orang Melayu di kampung / luar bandar F4 Orang India di estet F5 Orang Cina di lombong / bandar F6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi F7 Orang Melayu bertani / miskin F8 Orang India menjadi buruh F9 Orang Cina peniaga / bekerja di lombong F10 Bahasa pertuituran yang berbeza F11 Pertambahan penduduk Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah anda berusaha mengisi kemerdekaan negara? F1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara F2 Menekankan kemajuan dari sudut dunia /akhirat F3 Memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial F4 Menjadi modal insan terbilang / memiliki personaliti unggul F5 Mendapatkan pendidikan berkualiti / berprestasi tinggi F6 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa F7 Berfikiran kritis / kreatif dalam memajukan bangsa F8 Mencipta inovasi / nilai baru / ciptaan baru F9 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran F10 Meningkatkan disiplin diri F11 Sentiasa mengamalkan sahsiah / sikap / akhlak / moral yang baik F12 Memanfaatkan usaha kerajaan / mengambil peluang / melibatkan diri dalam mengembangkan ilmu pengetahuan F13 Menjauhi diri daripada gejala negatif F14 Mematuhi ajaran agama F15 Memelihara jati diri F17 Mengekalkan perpaduan / Gagasan 1 Malaysia Pada pendapat anda, mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu perlu dikekalkan? F1 Dapat melindungi Tanah Simpanan Melayu F2 Sebagai warisan Melayu F3 Elak daripada jatuh ketangan bukan Melayu / orang asing F4 Menjaga warisan tanah orang Melayu Mana-mana yang munasabah Sekiranya anda memiliki tanah pusaka, bagaimanakah anda dapat mengekalkan hak milik tanah tersebut? F1 Tidak menjual tanah tersebut F2 Memajukan tanah yang dimiliki F3 Mengusahakannya dengan aktiviti yang menguntungkan F4 Memberikan pendidikan/ilmu tentang kepentingan tanah F5 Memberikan kesedaran pentingnya tanah pusaka untuk kelangsungan hidup F6 Menguatkuasakan undang-undang melarang tanah pusaka daripada dijual kepada orang asing F7 Menubuhkan syarikat mengurus hartanah pusaka Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah pentingnya kita mempertahankan hak tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing? F1 Tanah merupakan sumber ekonomi negara F2 Mengekalkan kedaulatan negara F3 Menjamin kekayaan sama rata F4 Mengekalkan hak warisan bangsa Sebagai warganegara yang prihatin, apakah peranan anda dalam mengekalkan perpaduan kaum? F1 Belajar di sekolah yang sama F2 Menggunakan bahasa pertuturan yang sama F3 Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum F4 Menggunakan kurikulum yang sama F5 Saling hormat-menghormati F6 Bekerjasama/bertoleransi F7 Kunjung –mengunjungi pada hari perayaan F8 Tidak membangkitkan isu-isu sensitif Bagaimanakah kepelbagaian budaya dapat disepadukan di negara ini? F1 Melalui Dasar Pendidikan Negara F2 Melalui kempen 1 Malaysia F3 Melalui aktiviti sukan F4 Melalui program/aktiviti di sekolah F5 Melalui aktiviti kokurikulum F6 Sambutan perayaan semua kaum Tingkatan 5 Bab 1 Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita. F1 Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar F2 Menghormati lambang-lambang kebesaran F3 Menghayati Rukun Negara F4 Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja F5 Lawatan ke muzium diraja F6 Mencari maklumat berkaitan melalui internet F7 Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja F8 Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu F9 Meraikan hari keputeraan sultan F10 Kembara Tengku Mahkota dibukukan (Mana-mana jawapan munasabah) Sebagai warganegara, apakah usaha yang perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat? F1 Cekal/tabah F2 Tidak berputus asa F3 Berani F4 Bijaksana F5 Berfikiran positif F6 Berdayasaing F7 Menguasai pelbagai ilmu F8 Mempunyai jati diri yang kukuh F9 Berpegang teguh kepada ajaran agama F10 Sentiasa bersatupadu F11 Semangat patriotik/cinta akan negara F12 Berinovasi/kreatif (Terima mana-mana jawapan munasabah) Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ? F1 Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan F2 Menguasai pentadbiran F3 Memudahkan perluasan pengaruh F4 Mengekalkan kuasa politik F5 Mendapatkan cukai F6 Menyebarkan agama Kristian F7 Meluaskan jajahan takluk F8 Menyebarkan budaya Barat F9 Menguasai jabatan kerajaan F10 Menghapuskan kuasa raja dan pembesar Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk tempatan? F1 Kemerosotan pengaruh golongan Datu F3 Jawatan pembesar tradisional terhapus F4 Institusi raja terhapus F5 Pengaruh golongan agama merosot F6 Cukai yang tinggi terhadap rakyat F7 Kerahan tenaga kepada rakyat Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya? F1 Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn F2 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat F3 Untuk mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan F4 Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain F5 Penasihat kastam dari Amerika Syarikat F6 Penasihat tentera dari Perancis F7 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah F8 Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi F9 Memperkenalkan Kabinet Menteri Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara F10 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. F11 Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah F12 Menjalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan? F1 Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat F2 Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat F3 Raja kehilangan kuasa F4 Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama F5 Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat F6 Memperkenalkan undang-undang Barat F7 Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka F8 Memperkenalkan sistem kehakiman Barat F9 Melaksanakan sistem pungutan cukai F10 Memaksa raja menerima penasihat Barat Bab 2 Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita. F1 Perpaduan/Integrasi Nasional F2 Satu Malaysia F3 Kemakmuran Malaysia F4 Keistimewaan Malaysia F5 Kejayaan Malaysia F6 Malaysia Boleh F7 Malaysia Gemilang F8 Malaysia Kebanggaan Kita F9 Patriotik F10 Keindahan Malaysia Sebagai seorang pemimpin persatuan di sekolah, bagaimanakah anda menangani setiap cabaran yang dihadapi? F1 Tidak berputus asa F2 Berani menghadapi risiko F3 Cekal/tabah F4 Berfikiran positif F5 Rasional F6 Bijaksana F7 Berilmu F8 Bertoleransi Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan ? F1 Berwibawa F2 Semangat perjuangan yang kental F3 Berilmu pengetahuan F4 Berjuang melalui organisasi F5 Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas F6 Mempunya ilmu pengetahuan F7 Bekerjasama F8 Mementingkan perpaduan Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya demi kemajuan dan kemakmuran negara ? F1 Melahirkan / membangkitkan semangat kebangsaan F2 Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri F3 Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu F4 Memajukan bangsa F5 Menggalakkan semua golongan memajukan diri F6 Memajukan pendidikan untuk semua kaum F7 Menggalakkan masyarakat maju dalam ekonomi Mana-mana jawapan munasabah Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu kepada generasi muda hari ini. F1 Pentingnya ilmu pengetahuan F2 Perlunya menyertai kegiatan persatuan / badan sosial F3 Sikap kerjasama / tolak ansur F4 Semangat patriotik F5 Memelihara jati diri F6 Menghindari budaya negatif F7 Menguasai ilmu teknologi F8 Peluang pendidikan kepada semua Mana-mana yang munasabah Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu menubuhkan persatuan? F1 Menggalakkan kesedaran untuk bersatu F2 Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang F3 Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama F4 Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat F5 Suara orang Melayu akan didengari oleh British F6 Semangat kenegerian akan diatasi F7 Orang Melayu tidak mudah ditindas F8 Mengukuhkan kuasa politik orang melayu F9 Kebajikan orang Melayu akan terbela F10 Memupuk semangat kebangsaan Mana-mana yang munasabah Bab 4 Sebagai penduduk Tanah Melayu, mengapakah kita perlu menentang Malayan Union ? F1 Masa tidak sesuai F2 Kuasa Raja-Raja terhakis. F3 Raja-Raja kehilangan tahta/kredibiliti F4 Agama Islam akan tercabar F5 Zakat dipungut di bawah nama Gabenor F6 Pemberian kerakyatan yang longgar F7 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil F8 Mengancam status quo orang Melayu. F9 Ekonomi orang Melayu bertambah mundur F10 Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur. F11 Bimbang warisan tamadun akan hilang. F12 Menghapuskan sejarah yang dibina oleh Kesultanan Melaka Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada orang Melayu jika Malayan Union tidak dibubarkan ? F1 Bangsa Melayu akan terhakis F2 Kesultanan Melayu terhapus F3 Adat istiadat Melayu pupus F4 Orang Melayu akan mundur ekonomi F5 Agama Islam bukan agama rasmi F6 Bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan F7 YDP Agong tidak menjadi ketua negara F8 Imigran akan menguasai ekonomi Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar daripada Kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union? F1 Bersikap tegas. F2 Bersatu padu F3 Berdiplomasi F4 Bersikap sederhana F5 menyelesaikan masalah melalui perundingan F6 Bersedia mentadbir kerajaan sendiri F7 Bekerjasama F8 Patuh kepada ketua F9 Muafakat/musyawarah F10 Cinta kepada negara/patriotik Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita? F1 Berusaha sehingga mencapai kejayaan F2 Bertolak ansur dalam politik F3 Mewujudkan kerjasama F4 Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat F5 Sanggup berkorban demi kebaikan bersama F6 Menjaga kedaulatan negara F7 Merealisasikan dasar-dasar kerajaan F8 Menjaga nama baik negara F9 Mempromosikan Malaysia di luar negara F10 Menjayakan konsep 1Malaysia Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita mesti mengamalkan sikap bertoleransi dalam kehidupan seharian? F1 Menjamin keharmonian hidup F2 Menjamin kestabilan negara F3 Mempercepat pembangunan negara F4 Tidak berlaku pertumpahan darah F5 Menjaga nama baik/imej negara F6 Mengeratkan perpaduan Bab 5 Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita. F1 Rela berkorban F2 Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan F3 Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin F4 Menggunakan kebijaksanaan F5 Permuafakatan dalam membuat keputusan F6 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat F7 Mengutamakan keamanan F8 Mengamalkan toleransi/ tolak ansur F9 Mengamalkan pendekatan diplomasi F10 Perpaduan kaum diutamakan F11 Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan F12 Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai Kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ? F1 Negara bebas daripada penjajahan F2 Mewujudkan keamanan F3 Membentuk masyarakat bersatu padu F4 Menegakkan maruah bangsa F5 Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial F6 Menjadi negara berdaulat Pada pandangan anda, mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 perlu dihayati oleh generasi muda ? F1 Menerapkan nilai tanggungjawab sebagai warga Malaysia F2 Taat kepada Raja/ pemimpin F3 Cinta akan negara F4 Memupuk perpaduan di antara kaum F5 Menghormati hak orang lain F6 Taat kepada agama Bab 6 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa pembentukan Malaysia berjaya diatasi? F1 PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia F2 Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin F3 Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin F4 Pemimpin memberikan kerjasama F5 Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang terlibat F6 Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan Kekerasan semasa menghadapi tentangan F7 Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB F8 Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan F9 Menggunakan cara diplomasi F10 Kerjasama daripada rakyat (Terima mana-mana munasabah) Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin negara ketika itu dalam usaha pembentukan Malaysia? F1 Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri F2 Membendung / menyekat / menjadi benteng ancaman komunis F3 Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah F4 Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik F5 Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara F6 Memastikan kepentingan British terpelihara F7 Mewujudkan satu pasaran yang luas F8 Menggalakkan pelaburan F9 Menggalakkan perkembangan industri pertanian F10 Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini F11 Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum F12 Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara F13 Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama F14 Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin F15 Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri (Mana-mana jawapan yang munasabah) Pembetukan Malaysia telah memberi banyak faedah kepada rakyat Malaysia hari ini. Jelaskan faedah tersebut. F1 Kekayaana Negara bertambah F2 Negeri yang kurang maju dibantu F3 Semua negeri di Malaysia dapat kemerdekaan F4 Pengaruh komunis dihapuskan F5 Keluasan negara bertambah F6 Jumlah penduduk bertambah F7 Pasaran lebih luas F8 Kepelbagaian budaya masyarakat Mana-mana yang munasabah Pada pandangan anda, apakah kesan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ? F1 Keluasan negara bertambah F2 Bilangan penduduk bertambah F3 Pertahanan negara lebih kukuh F4 Komunis dapat dibanteras F5 Penjajahan asing dapat ditamatkan F6 Merapatkan hubungan antara kaum F7 Memperkayakan budaya negara F8 Meluaskan pasaran dalam negara F9 Sumber hasil diperkayakan F10 Negeri-negeri kurang maju dapat dibangunkan (Mana-mana jawapan munasabah) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pembentukan Malaysia ? F1 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut. F2 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. F3 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo F4 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian. F5 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu. F6 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota. F7 Menggalakkan pelaburan F8 Menggalakkan perkembangan industri pertanian F9 Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi F10 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun F11 Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama [mana-mana jawapan munasabah] Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini? F1 Keluasan negara bertambah F2 Bilangan penduduk bertambah F3 Pertahanan negara kukuh F4 Komunis dapat diatasi F5 Penjajahan asing ditamatkan F6 Memperkayakan budaya negara F7 Meluaskan pasaran negara F8 Negeri kurang maju dapat dibangunkan (Mana-mana jawapan munasabah) Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia? F1 Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong F2 Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara F3 Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum F4 Bersatu-padu F5 Patuh akan undang-undang/peraturan F6 Menghormati lambang/simbol negara F7 Patuh akan perlembagaan negara (mana-mana munasabah) Bab 7 Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita ? F1 Mempunyai kuasa mendengar / menentukan perkara sivil / jenayah F2 Menentukan kesahihan undang-undang F3 Mentafsir Perlembagaan Persekutuan / Perlembagaan Negeri F4 Melaksanakan tugas kehakiman F5 Mentafsir undang-undang F6 Menjamin keadilan / kesaksamaan undang-undang F7 Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah Mana-mana yang munasabah Sebagai seorang warga negara , apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita? F1 Menjalin pemuafakatan dengan kerajaan F2 Mendaftar sebagai pengundi F3 Keluar mengundi F4 Berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian F5 Bekerjasama dengan semua kaum F6 Sedia bekorban demi tanah air F7 Cintai negara F8 Perasaan bangga akan negara Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kita? F1 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air F2 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air F3 Taat kepada pemerintah F4 Rakyat sentiasa bersemangat F5 Simbol perpaduan F6 Lambang kemegahan penduduk F7 Membezakan Malaysia dengan negara lain F8 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara F9 Memupuk semangat bersyukur F10 Menyemarakkan semangat patriotisme F11 Memupuk kesetiaan kepada raja F12 Lambang jati diri bangsa dan negara F13 Lambang identiti negara F14 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara F15 Simbol kedaulatan negara F16 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air Mana-mana yang munasabah Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai perlembagaan? F1 Negara akan kucar-kacir F2 Pentadbiran tidak mantap F3 Berlaku rusuhan kaum F4 Tiada kesetabilan politik F5 Ekonomi yang tidak mantap F6 Tidak dapat membina pembentukan Negara bangsa ( mana-mana munasabah) Bab 8 Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? F1 Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis rasmi F2 Menanam rasa bangga dan menyintai bahasa Melayu F3 Mengadakan kempen ‘Minggu Bahasa Melayu’ F4 Mengadakan pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu F5 Menghayati Bulan Bahasa F6 Meningkatkan amalan bacaan bahan-bahan dalam bahasa Melayu F7 Menghargai bahasa Melayu melalui amalan pertuturan yang baik Mana-mana yang munasabah Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah? F1 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai F2 Mengamalkan budaya yang baik F3 Menghormati kebudayaan kaum lain F4 Mengasdakan aktiviti perkhemahan yg melibatkan pelbagai kaum F5 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum F6 Menyertai pelbagi aktiviti anjuran sekolah F7 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum Mana-mana yang munasabah Pada pandangan anda mengapakah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan? F1 Untuk memartabatkan bahasa Melayu F2 Jamin perpaduan F3 Pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu F4 Bahasa utama negara F5 Menjadi bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka F6 Lambang kedaulatan kerajaaan Melayu Mana-mana yang munasabah Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum perlu dipelihara dan diperkasakan dari semasa ke semasa? F1 Memastikan keamanan negara berkekalan F2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat F3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara F4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing F5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang F6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing F7 Akan dihormati oleh negara luar F8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat F9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum F10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak ansur kaum (Mana-mana jawapan munasabah) Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan? F1 Kestabilan politik F2 Tiada pemusatan kuasa F3 Raja sebagai ketua negara F4 Pertahanan menjadi lebih kukuh F5 Perkongsian ekonomi yang sama rata F6 Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi F7 Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat F8 Keseimbangan kaum [Mana-mana jawapan munasabah] Bab 9 Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia? F1 Elakkan daripada peperangan F2 Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik F3 Perpaduan di kalangan rakyatnya F4 Menghormati kedaulatan negara lain F5 Perlumbaan senjata harus dielakkan F6 Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang F7 Menyelesaikan masalah melalui rundingan F8 Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa F9 Tidak menjalankan dasar penjajahan (Mana-mana jawapan munasabah) Bagaimanakah generasi muda Malaysia hari ini dapat memanfaatkan keamanan negara? F1 Belajar bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi F2 Memupuk perpaduan antara kaum F3 Menjaga keamanan dan keselamatan negara F4 Hidup bertoleransi dan berganding bahu F5 Memajukan ekonomi ke peringkat global F6 Menghasilkan produk untuk pasaran F7 Memelihara kedaulatan negara F8 Memelihara demokrasi sedia ada di negara kita F9 Menghidupkan semangat 1Malaysia Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah negara? F1 Meningkatkan eksport/import negara F2 Menarik pelabur asing F3 Pertukaran teknologi/kepakaran F4 Mengekalkan kedaulatan negara F5 Menjamin kestabilan/keamanan dunia F6 Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek F7 Mewujudkan perdagangan dua hala F8 Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan F9 Menarik lebih ramai pelancong luar F10 Meningkatkan imej negara di mata dunia (Terima mana-mana jawapan munasabah) Pada pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus menjalin hubungan baik dengan negara luar? F1 Mengekalkan kestabilan politik / negara /serantau/dunia F2 Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi F3 Meningkatkan kemajuan sains / teknologi F4 Memastikan kemajuan negara berterusan F5 Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing F6 Memajukan bidang perindustrian/perladangan negara F7 Meluaskan pasaran eksport keluaran negara F8 Mendapat pertukaran teknologi F9 Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat F10 Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara negara-negara F11 Mengekalkan persefahaman F12 Meneruskan hubungan diplomatik F13 Membina semangat setiakawan F14 Membuka peluang pekerjaan F15 Membantu meningkatkan prasarana F16 Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalin hubungan antara satu sama lain? F1 Mengadakan hubungan diplomatik F2 Membuat perjanjian perdagangan F3 Menjalinkan hubungan kebudayaan F4 Melalui sukan F5 Melaksanakan projek usaha sama Mana-mana yang munasabah Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan sesebuah negara dengan negara lain F1 Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama F2 Bantu membatnu bila diserang musuh F3 Sering mengadakan mesyuarat F4 Kerjasama dalam ekonomi F5 Kerjasama pertahanan F6 Kerjasama ekonomi F7 Kerjasama politik F8 Pertukaran budaya F9 Hormati kedaulatan negara lain F10 Bertindak satu suara Pada pendapat anda, bagaimanakah peperangan dapat dielakkan? F1 Melalui kerjasama masyarakat antarabangsa F2 Melalui PBB F3 Kerjasama serantau F4 Hubungan baik antara negara jiran F5 Hormat menghormati antara negarea F6 Kuasa besar tidak menyerang negara lain sewenang-wenangnya Mana-mana yang munasabah Jelaskan kebaikan yang diperoleh Malaysia dengan menjalinkan hubungan antarabangsa F1 Mewujudkan hubungan diplomatik F2 Menjamin hak asasi manusia F3 Mengelakkan pertelingkahan F4 Membangunkan ekonomi negara F5 Pasaran ekonomi meluas F6 Meningkatkan nilai ringgit Malaysia F7 Membangunkan prasarana pendidikan F8 Pertukaran kepakaran / teknologi F9 Mengadakan rundingan/perbincangan F10 Pertukaran ilmu F11 Pertukaran pelajar Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk mengelak berlakunya peperangan ? F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang F2 Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain F3 Menanam kesedaran pentingnya keamanan F4 Mengutamakan keharmonian kaum F5 Berbaik-baik dengan semua negara F6 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar F7 Mematuhi matlamat Piagam PBB F8 Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi F9 Kerjasama di peringkat antarabangsa F10 Bersama-sama menentang keganasan F11 Meningkatkan taraf hidup rakyat Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban negara dunia? F1 Kehancuran perpaduan manusia F2 Kemusnahan/ kehilangan warisan bangsa F3 Kehilangan nyawa F4 Keruntuhan ekonomi F5 Kemunculan kuasa besar/ besar F6 Kehilangan nilai-nilai kemanusiaan F7 Kehancuran negara bangsa F8 Kehilangan hak asasi manusia [mana-mana jawapan munasabah]