Sunday, February 26, 2012

SKEMA SEJARAH TINGKATAN 4 UJIAN 1 2012

Bahagian B
Soalan 1
a) X – Tamadun Indus
Y – Tamadun Mesir Purba

b) X – Sungai Indus
Y – Sungai Nil

c) i. Tanah subur untuk pertanian
ii. Kemudahan bekalan air
iii. Kemudahan bekalan makanan
iv. Kemudahan perhubungan
v. Kemudahan pengangkutan

d) i. Hukuman denda kepada orang yang mengotorkan sungai
ii. Mengadakan gotong royong membersihkan sungai
iii.Mengadakan aktiviti sukan air
iv.Mengawal sisa toksik daripada dibuang ke dalam sungai
(mana-mana isi yang munasabah)

Soalan 2
a) i. Parsi
ii. Mesir
iii. Turkistan
iv. Samarkand

b) i. Kematian Alexander the Great
ii. Kemunculan Empayar Rom

c) i. Tidak menekankan kekuatan tentera
ii. Menekankan dasar lebih lembut
iii. Menekankan dasar terbuka
iv. Penekanan kepada penyebaran agama Buddha

d) i. Mengakibatkan dunia huru-hara
ii. Setiap negara ada hak untuk menentukan hala tuju sendiri
iii. Setiap negara mempunyai kedaulatan
iv. Semua agama tidak menggalakkan umatnya menceroboh hak orang lain
(mana-mana isi yang munasabah)


Bahagian C
Soalan 1
a) Maksud tamadun
Pandangan Barat
F1 pembangunan lahiriah
F2 hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
F3 Gordon Childe menegaskan pencapaian lahiriah sebagai kayu ukur kemajuan tamadun
F4 Darcy Riberio dan R. A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun ( maks : 2 markah)

Pandangan Islam
F1 pembangunan lahiriah dan rohaniah
F2 Ibn Khaldun menganggap kehidupan bandar terbentuk hasil daripada semangat assabiyah, bekerjasama dan saling membantu.
F3 Syed Mohd Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi
F4 dan kebudayaan yang luhur ( maks : 2 markah)

b) Ciri-ciri tamadun :
F1 Petempatan kekal
H1a corak hidup bersistematik
H1b kemajuan pertanian tanam / simpan
H1c Alatan mencangkul dan teknologi pengairan
H1d Wujud inovasi
H1e Mewujudkan lebihan pengeluaran

F2 Kehidupan berorganisasi
H2a mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka
H2b perimgkat awal, wujud pada tahap paling ringkas, iaitu sistem keluarga
H2c Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi
H2d membawa kepada proses pembahagian masyarakat lebih kompleks.
H2e berbentuk pirami dan bersusun lapis
H2f lapisan paling atas : bangsawan
H2g lapisan kedua : pembesar
H2h lapisan ketiga : rakyat biasa
H2i lapisan keempat : hamba

F3 Sistem pemerintahan
H3a pemimpin @ raja guna unsur magis
H3b mendakwa diri sebagai tuhan
H3c membawa kelahiran sistem perundangan
H3d menjadi panduan kepada masyarakat
H3e demi menjaga keamanan dan kemakmuran

F4 Pengkhususan kerja
H4a menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
H4b barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
H4c menghasilkan sistem barter
H4d titik permulaan bagi aktiviti perdagangan
H4e berlaku pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya
H4f hubungan dengan tamadun luar

F5 Agama dan kepercayaan
H5a berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap pemerintah
H5b pembahagian sosial masyarakat
H5c perkembangan ilmu pengetahuan
H5d kesenian
H5e pembinaan
H5f manusia cuba memahami dan menyesuaikankehidupan dengan alam sekeliling
H5g alam sekitar seperti pokok, batu, matahari dan laut
H5h kuassa ghaib
H5i animisme
H5j secara evolusi bertukar jadi agama
H5k politeisme

F6 Bahasa dan tulisan
H6a bahasa tertua – Yunani dan Sanskrit
H6b hieroglif, cuneiform, ideogram
H6c main peranan dalam penyebaran ilmu pengetahuan / perhubungan
H6d urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan
H6e intsrumen paling penting utk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatat idea & pemikiran Maks : 8 markah



c) Tamadun Awal bermula di lembah sungai :
F1 kesuburan tanah
F2 sesuai untuk pertanian
F3 kemudahan pengangkutan
F4 kemudahan perhubungan
F5 bekalan air
F6 bekalan makanan
Maks : 4 markah
d) Punca kemerosotan sesebuah tamadun :
F1 kezaliman pemerintah
F2 bencana alam
F3 pemberontakan rakyat
F4 serangan dari musuh-musuh
F5 kepincangan masyarakat
F6 perpecahan rakyat
(Mana-mana idea yang munasabah diterima)

Maks : 4 markah

Soalan 2
a) Perbezaan demokrasi di Athens dengan Malaysia :
Athens
F1 Berbentuk penyertaan secara langsung
F2 Warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian
F3 Berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan

Malaysia
F1 Berbentuk penyertaan secara tidak langsung
F2 Demokrasi berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya
F3 Wakil ini yang mengganggotai Dewan Rakyat

Maks : 4 markah
b) Ciri-ciri sistem pemerintahan republik di Rom :
F1 Tiada pemerintah berkuasa mutlak
F2 Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul
F3 Konsul ini dilantik oleh Dewan Senat
F4 Kedua-dua konsul mempunyai kuasa yang sama
F5 Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan
F6 Membiincangkan hal-hal pentadbiran negara
F7 Merangka perundangan
F8 Sebelum seseorang ahli dilantik sebagai konsul, beliau dikenali sebagai praetor / pemrintah tentera
F9 Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom
F10 Keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan


Maks : 8 markah

c) Undang-undang yang digunakan dalam tamadun Rom :
F1 Berbentuk undang-undang bertulis
F2 Merupakan undang-undang Rom pertama
F3 Kekal selama 400 tahun
F4 Hukum Kanun Dua Belas dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas
F5 Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
F6 Undang-undang awal lahir pada zaman Republik
F7 Maharaja Justinian telah mengumpulkan, menyatukan, membukukan undang-undang yang rumit
F8 Lahir Kod Undang-Undang Rom 527 M
F9 Dikenali Undan-Undang Justinian
F10 Terdiri drp 3 cabang iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural
F11 Semua manusia sama di sisi undang-undang
F12 Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
F13 Keadilan terhadap setiap individu
F14 Berasaskan bukti yang cukup
F15 Menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.


Maks : 6 markah

d) Undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan :
F1 Mencegah jenayah
F2 Menjadi hukuman kepada pesalah
F3 Pengajaran kepada semua masyarakat
F4 Memastikan keamanan negara
* Mana-mana isi yang munasabah
Maks : 2 markah





Disediakan oleh :
Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin
SMK St. Teresa
27.02. 2012

BEBERAPA PEDOMAN MENGATASI KELETIHAN BELAJAR

1. Minum setengah gelas air bersih setiap 15 minit sekali. Jangan minum air berais atau bergas. Pengisian badan dengan air membolehkan sistem limfa teraktif dan mengeluarkan toksin, termasuk asid laktik yang menjadi penyebab utama anda terasa letih atau mengantuk.
2. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali : bernafas dalam kiraan 1, 2 ; tahan hingga 2 ...saat dan hembuskan nafas sehingga kiraan 1, 2, 3, 4. Lakukan latihan bernafas sewaktu duduk tegak ataupun berdiri. Latihan ini akan memaksa tekanan udara mengarah ke dinding peparu. Darah mendapat udara dan memindahkan oksigen ke otak anda menyebabkan anda terasa jaga.
3. Lakukan 10 kali gerakan mendepangkan dan mengecilkan dada atau berlari setempat selama 30 saat. Tambahkan denyutan nadi anda dengan menyempitkan dan melebarkan otot-otot anda.
4. Dongakkan kepala ke arah syiling sambil menarik nafas setiap sepuluh minit. Lakukan begini semasa duduk membaca atau semasa duduk mendengar guru sedang me ngajar. Anda boleh juga menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan selepas setiap 20 minit.
5. Picu kelanjar adrenal anda. Ada satu tempat pada tapak tangan anda yang apabila digosok sehingga 30 saat akan mengepam adrenalin ke dalam sistem anda. Gosok tempat ini apabila

TAMADUN HWANG HO

Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
• Golongan raja
• Golongan Pembesar
• Golongan artisan
• Golongan Tentera
• Golongan Petani
• Golongan Hamba
( 2 markah )

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.
• Animisme
• Politeisme
• Penyembahan roh nenek moyang
• Menyembah tuhan syurga/Shang-ti/tuhan bumi/Tu
• Menyembah sungai/bukit/gunung
• Menilik nasib menggunakan tulang oracle
( 2 markah )

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam
• dan musim menuai
• Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian
( 2 markah )

(d) Senaraikan dua ciri negara kota anyang dalam tamadun Hwang-Ho.
• Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana/kuil/pusat pentadbiran
• Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
• Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani
( 2 markah )

(e) Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada peradaban manusia.
• Pembinaan sistem pengairan/terusan
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul/sabit
• Penggunaan batas
• Mencipta alat pertanian berasaskan besi
( 2 markah )

BAB 1 T5 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara. (Buku Teks Ting. 5 hlm. 22)

a. Apakah yang ditentang oleh para nasionalis pada tahap pertama ? 2m
i. Penguasaan politik oleh kerabat diraja
ii. Raja berkuasa mutlak / sistem raja berkuasa mutlak

b. Berikan satu sebab penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songram. 1m

i. Kelemahan sistem pentadbiran
ii. Sikap boros Raja Vajiravudh

c. Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua berlaku di Thailand? 1m

Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina .

d. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Phibul Songram semasa menjadi Perdana Menteri Thailand ? 3m

i. Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan ekonomi oleh orang Cina
ii. Undang-undang untuk menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
iii. Membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina
iv. Menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
v. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
vi. Menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas

e. Apakah yang berlaku terhadap sistem raja di Thailand pada tahun 1932?
2m
i. Sistem raja berperlembagaan Barat diamalkan
ii. Sistem raja berkuasa mutlak digantikan

f. Mengapakah pemodenan pentadbiran oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand penting ? 1m
Sebab ia merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand .

Monday, February 20, 2012

NOTA BAB 2 TINGKATAN 4

Peningkatan Tamadun
PENGENALAN

Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Latar Belakang

Tamadun Yunani

1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi
oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran
Laut Meditterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.

Tamadun Rom

1. Terbentuk di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah
Latium.
2. Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium.
3. Lembah ini berkembang menjadi penting semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM.
4. Majlis Perbandaran diwujudkan di setiap bandar yang akan menjalankan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
5. Kesan daripada kewujudan Majlis Perbandaran ini telah membawa kemajuan dan keselesaan
hidup di bandar.
6. Bandaraya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, rumah mandi awam, sarkas dan tempat berdialog.
7. Antara bandarnya ialah Bandar Pompei

Tamadun India

1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana
- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus
- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.
- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir agama Hindu.
- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah Indus.
3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang
menyebabkan wujud empayar pertama .
4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.
2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.
3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa
hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.
4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan
kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.

Aspek-aspek peningkatan Tamadun.

Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

1. Beberapa bentuk pemerintahan diamalkan oleh sesebuah negara kota.
2. Bentuk pemerintahannya daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator(Tirani) terus berubah
kepada demokrasi.
3. Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja.
4. Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.
5. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
6. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki.
7. Daripada kalangan konsul lahir pula sistem pemerintahan bercorak aristokrasi.
8. Apabila sistem pemerintahan bercorak aristokrasi tidak disukai, lahir pula golongan yang
menuntut hak dan menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan membentuk pemerintahan berbentuk Tirani oleh Diktator.
9. Rakyat biasa tidak menyukai sistem pemerintahan tirani ini dan akhirnya terbentuklah sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
10. Ciri-ciri sistem demokrasi Athens
- Terdapat dua dewan iaitu Dewan Perhimpunan dan Senat
- Semua warga lelaki diberi peluang menjadi anggota dawn dalam tempuh 6 bulan
- Dewan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
- Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majisterit dan Juri dilantik oleh Dewan

11. Di Sparta, Sistem pemerintahannya adalah bentuk sistem pemerintahan tentera.
Tamadun Rom

1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M
2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M
3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.
5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.
6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.
7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.
8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).

Tamadun India

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
2. Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja manakala kerajaan besar diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
3. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari tahun 321 – 185 S.M.
4. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra.
5. Zaman kegemilangan peemrintahan Dinasti Maurya adalah pada masa pemrintahan Maharaja Asoka (tahun 273 – 232 S.M)
6. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak pemerintahan ayahnya Bindusara.
7. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya

Tamadun China

1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.
2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)
3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.
4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja terdiri daripada orang awam.
5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.
6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem peemrintahan ini.

Perundangan

Tamadun Yunani

1. Dewan Perhimpunan berfungi sebagai penggubal undang-undang.
2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic
3. Bagi Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya
menggubal undang-undang.

Tamadun Rom

1. Undang-undang yang diguna adalah berbentuk undang-undang bertulis.
2. Undang-undang betulis yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu dikenali
sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
3. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada yang rumit, Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut.
4. Undang-undang ini dikenali dengan Kod Undang-undang Rom (527M).

Tamadun India

1. Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.
2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab undang-undang Hindu yang tertua.
3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana golongan mahir tentang hukum-hakam agama.
5. Zaman Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dibaca oleh rakyat.
7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.
8. Tiang didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.
3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.
6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat





PERLUASAN KUASA

• Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

• Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.


TAMADUN YUNANI

 Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak tahun 800 s.m.
 Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.
 Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.
 Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di bawah kekuasaannya.
 Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain. Syracuse, Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang menerima kebudayaan ini.
 Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great dan bermulanya kemunculan Rom.


TAMADUN ROM

 Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar.
 Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.
 Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).
 Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.
 Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.

TAMADUN INDIA

 Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).
 Kejayaan Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.
 Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.
 Kemudian agenda perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
 Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.
 Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan corak pemerintahan seperti tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.
 Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha.


TAMADUN CHINA

 Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
 Shih Huang Ti telah melaksanakan ;
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar
 Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.
 Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.
 Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.



PENINGKATAN EKONOMI

• Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan barangan untuk perdagangan.
• Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan tersebut membawa kepada penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.
• Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.


TAMADUN YUNANI

 Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.
 Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar.
 Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur.
 Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke tempat-tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman, iaitu pada tahun 300 s.m.
 Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.


TAMADUN INDIA

 Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian
 Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.
 Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.
 Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
 Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;
a) Mengawal harga
b) Mengawal kualiti barangan
c) Mengawal gaji pekerja
 Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.
 Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara. Selain itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik.
 Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya.
 Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.
 Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
 Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri Lanka.


TAMADUN CHINA

 Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.
 Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.
 Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah.
 Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.
 Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
 Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.
 Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
 Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.
 Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom.
 Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan kapal dari China dan India.
 Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.
 Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan perkembangan perdagangan.
 Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.

PENINGKATAN SOSIAL

• Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti pendidikan, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.

• Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya. Ia membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.


TAMADUN YUNANI

Pendidikan

Athens

a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi aspek rohani dan jasmani
b) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia.
d) Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat dititikberatkan.

Sparta

a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat setia kepada negara kota.
b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada pendidikan mental.

 Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah tertubuhnya beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes, Elea dan Miletus.
 Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodatus, di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.


TAMADUN ROM

 Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.

 Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan


TAMADUN INDIA

 Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia menghadap hari selepas mati.
 Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda.
 Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk belajar.
 Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.
 Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti Nalanda pada abad kelima masihi.
 Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.
 Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat jawatan dalam kerajaan.

TAMADUN CHINA

 Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;

Tahap pendidikan Kaedah pembelajaran
Sekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi Memperterjemah buku suci

 Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali.

 Pengendalian peperiksaan awam;
a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

 Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.

Falsafah

Tamadun Yunani

- Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.
- Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
- Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun.
- Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
- Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
- Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.
- Merupakan guru Alexander the Great.
- Karya utama ialah Republic.
- Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
- Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa Sejarah.
- Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.

Tamadun Rom

- Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.
- Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam.

Tamadun India

- Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab
veda dan yang menolaknya.
- Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
- Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

Tamadun China

- Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.
- Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu
- Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.
- Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.
- Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Sains dan Teknologi

Tamadun Yunani

- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas.
- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan.
- Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .
Tamadun Rom

- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
Tamadun India

- Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda.
- Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.
- Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
- Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic.
- Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
- Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
Tamadun China

- Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional.
- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan.
- Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.

Seni bina

- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk
hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,
agama dan rajanya.


Tamadun Yunani

- Acropolis dibina untuk keagamaan.
- Merupakan pusat pentadbiran di Athens
- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Tamadin Rom

- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.
- Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.

Tamadun India


- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.
- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
- Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.

Tamadun China

- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.


Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun Yunani

- Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander
The Great.
- Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.

Tamadun Rom


- Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.
- Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.
- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar

Tamadun India

- Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan
Indo –Arya.
- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit.
- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.
- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

Tamadun China

- Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien.
- Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin.
- Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.
- Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
- Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

Sistem Sosial

Tamadun Yunani

- Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba.
- Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.
- Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)


Tamadun Rom

- Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba

Tamadun India
.
- Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.
- Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaul
Tamadun China
- Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.
- Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.
- Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.
- Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.

Sumbangan Tamadun

1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi.
2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.
3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini.
4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih jadi rujukan.
5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sbg sumber pelancongan.
6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari ini.
8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha (Sanskrit)
9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti Teorom Pythagoras dan Teori Archimedes.
10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati Tuhan Zeus. Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang dari segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.
Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia

1. Agama Hindu
- Muncul sejak zaman tamadun Indus
- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.
- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva)
- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin.
- Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha.
- Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup.
- Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi.
- Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya (kebebasan mutlak).
2. Agama Buddha
- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha.
- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda.
- Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan.
- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan.
- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya.
- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China.
- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.
- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.
3. Agama Kristian
- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.
- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament.
- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh masyarakat.
- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.
- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian.
4. Agama Islam
- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan.
- Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah.
- Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.
- Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.
- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.
- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (hadis).
- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam
5. Confucianisme
- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M.
- Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk China.
- Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China.
- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao).
6. Taoisme
- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius.
- Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China.
- Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama.
- Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa (Wu-Wei).
- Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.


Selamat maju jaya : Hj. Yasmin bin Hashim @ Yasin

Wednesday, February 15, 2012

BAB 1 TINGKATAN 4 ; TAMADUN HWANG HO

1 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di sekitar Sg. Hwang Ho atau Sg. (Buku Teks Ting. 4 hlm. 29 - 33)
a.Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho ? 1m
Tapak Banpo ( berdekatan bandar Sian moden )

b.Nyatakan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho. 3m
i.Pertanian
ii.Penternakan binatang
iii.Mengumpul hasil hutan
iv. Memburu
c.Mengapakah kalendar penting kepada masyarakat tamadun Hwang Ho? 2m
i.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menanam
ii.Raja menggunakannya untuk menentukan musim menuai
iii.Untuk menjalankan aktiviti harian spt. upacara perkahwinan, perburuan dan pengkebumian.
d.Bagaimanakah para pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?
2m
i.Pembesar dikehendaki melindungi raja
ii.Pembesar dikehendaki memberi bantuan tentera pada masa perang
iii.Pembesar dikehendaki memberi taat setia kepada raja
e. Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu The Art Of War popular sehingga kini ? 1m
Falsafah dalam buku tersebut digunakan sebagai taktik dalam urusan perniagaan

f.Mengapakah masyarakat tamadun Hwang Ho percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan/syurga? 1m
Sebab masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan makmur dan sejahtera.
Sebab pemerintahan yang baik mendapat restu daripada tuhan .

GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND

Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara. (Buku Teks Ting. 5 hlm. 22)

... a. Apakah yang ditentang oleh para nasionalis pada tahap pertama ? 2m
i. Penguasaan politik oleh kerabat diraja
ii. Raja berkuasa mutlak / sistem raja berkuasa mutlak

b. Berikan satu sebab penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songram. 1m

i. Kelemahan sistem pentadbiran
ii. Sikap boros Raja Vajiravudh

c. Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua berlaku di Thailand? 1m

Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina .

d. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Phibul Songram semasa menjadi Perdana Menteri Thailand ? 3m

i. Meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan ekonomi oleh orang Cina
ii. Undang-undang untuk menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
iii. Membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina
iv. Menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
v. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
vi. Menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas

e. Apakah yang berlaku terhadap sistem raja di Thailand pada tahun 1932?
2m
i. Sistem raja berperlembagaan Barat diamalkan
ii. Sistem raja berkuasa mutlak digantikan

f. Mengapakah pemodenan pentadbiran oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand penting ? 1m
Sebab ia merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand .